Monday, February 16, 2009

Apa kes mamat ni...

Aku nak tanya. Apa kes mamat ni..? He and his teddy ? Wth. Kite lihat siapa yg punye.

aku hutang tag..

aku hutang tag.. so, aku langsaikannya hari ni.

Senaraikan 5 perkara tentang org yang tag kamu:
Encik Akmal Hizam
1. Tak pernah kenal him personally, read his blog regularly though.
2. Riding a BICYCLE to work, read his blog as well. Impressive. (Tak pernah terserempak lagi)
3. Speak English VERY the English.
4. A guy with a strange hobby-for-guy (read his blog)
5. Someone with a great personality (from my observation..seriously)
6. One more, kitorang adik beradik tau.. (atas nama je..hehe..joking!!)

Cik Nurshazalina Yuhanis
1. Cantik.. dia cantik tau !!
2. Single and available.. (eh.. betul ke ni Nis?)..rasa-rasanyelah.
3. Drive kereta macam el-pelesite… (hehehe.. jangan marah Nis.. tapi la ni, dia dah tak boleh nak berpelesite.. yet.)
4. Recently, tunggangannye dah diupgrade.. (tu yang tak boleh nak berpelesite lagi .. buat masa nil ah..hehe)
5. Ada satu mamat Philippine kat opis aku dulu tengok die sampai hilang pandangan pastu die sebut ni, “She looks like a coca-cola bottle”.. Hehehe.. so, paham-paham jeklah wei..

Tuliskan novel kegemaran kamu:
Honestly, I don’t like to read. But, I do read sometimes. This is not a novel.. “Who Moved My Cheese by Spencer Johnson, M.D.”

Listkan 5 benda yang kamu sayang
1. Spec aku.. aku buta tanpanya…
2. Digital photos dalam pc aku.. aku takde hardcopy..
3. Koleksi pinggan mangkuk kat umah aku.. aku suka kumpul pinggan mangkuk..(typical pompuan’lah kan..)
4. Gambar kahwin aku.. hehehe..
5. Apa-apa sahaja yang ada dalam handbag aku..

Friday, February 13, 2009

Inneke Koesherawati

Sebenarnye aku beri diri aku ruang untuk insafi diri setiap Jumaat. So, today is FRIDAY. Story aku hari ni pasal si cantik Inneke. Why?

For those penggemar sinetron indonesia.. mesti kenal siapa Inneke Koesherawati. Aku kenal die melalui sinetron Mutiara Hati. Aku seperti biasa, on and off kalau menonton sinetron Indonesia ini. Bukan ape.. sometimes geram dengan plot-plot'nye. Unimaginable absurd (Laa.. ni dah start melalut la pulak). Well, latest sinetron @ TV3 @ 6.00pm every Sunday - "Isteri Untuk Suamiku" menampilkan si cantik Inneke jugak. (Korang tahu tak berapa cantik pompuan ni... ? pada aku.. dia sangat CANTIQUE).

Kat atas tu aku dah mengarut-ngarut. OK.. now, get back to the point. Inneke ni, pernah diberi gelaran "sex symbol" and pernah acting "nude" dalam filem. But, now, she's changed. Inneke telah berHIJRAH in 2001.

Dalam satu wawancara, she did mention these;

“Semua orang miliki kisah lalu dan saya kira tidak adil jika kita mengungkitnya untuk dijadikan ukuran,”

“Kini saya banyak berpuasa dan solat untuk mengganti semula semua kewajipan yang saya tinggalkan satu ketika dahulu. Syukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan buat saya berubah,”

Salah satu HIJRAH yang insya-Allah akan aku tunaikan jugak.. when?

Thursday, February 12, 2009

detik mula dia berdikari..

aku, seorang emak yang sangat garang.. really.. seriously.. adakala jeritan aku kat anak aku macam boleh didengar satu taman. mesti orang ingat aku mental. kadang-kadang aku rasa aku ni kejam gile. aku boleh punish anak aku duduk kat dalam store kalau tak dengar kata. menjerit-jerit si ilhan kat dalam store. tapi tak sampai satu minit pun.. hehehe. ni gertak jek. tapi, dia hanya ingat kesalahan dia tu tak sampai 3 minit pun. pastu, "assalamualaikum" new-thing-yang-boleh-buat-mommy-menjerit actions. ade masa aku malas nak layan, aku boleh buat cool or buat bodoh jek (eh.. ni kalau ilhan dengar aku cakap bodoh.. mesti dia terus cakap macam ni.. "jangan cakap bodoh-bodoh, nanti Tuhan marah".. memang dia macam auto-machine tau kalau dengar perkataan "bodoh" ni). tapi, disebabkan oleh aku yang sangat dikenali oleh quite-bad-tempered person oleh adik beradik aku.. jarang aku dapat bersabar dengan tindakan-tindakan Ilhan. Ada masa, Iqram pun boleh kena marah dengan aku tau.

kat sini, aku nak cerita. puas aku marah ilhan sebab masih tak pandai-pandai lagi pakai baju sendiri. terkebil-kebil mata die tengok aku bila kena marah.

tapi semalam, ilhan merengek-rengek nak tukar pyjama dia. dia ternampak baju superman yang bapak dia belikan kat atas katil. aku tengah mood agak baik malam tadi. aku layan... (kalau si wahid senario tu.. asik-asik nak cakap "zass") jek. aku suruh dia bukak baju sendiri (yang ni dia dah pandai sikit-sikit.. adakala part baju ada fail skit). lepas tu dia ambik seluar dan pakai sendiri. normally, dia fail tang getah pinggang. tapi, malam tadi, ilhan boleh betulkan getah pinggang seluar yang berbolot-bolot tu dengan teliti. aku tengok rasa macam tak percaya. lepas tu, aku tunjuk kat dia, since baju tu gambarnye kat depan, aku suruh dia letak dulu atas katil sambil gambar mengadap bawah. dia buat sendiri, masukkan kepala, masukkan tangan, betulkan pelipat tangan.. tiba-tiba aku rasa air mata aku bergenang. korang tahu tak apa maknanya tu ? maknanya.. ilhan dah mula berdikari. sebelum ni, aku puas marah-marah dia pasal tak pandai-pandai pakai baju sendiri lagi. tapi, malam tadi, ilhan buat aku sebak.

bagi aku, bila dia mula pakai bajunya sendiri.. itulah detik dia mula berdikari.

tapikan.. ade satu benda ni. as of now, ilhan masih pakai diaper.. dah berbulan buat potty-training. FAIL!

Tuesday, February 10, 2009

Sang Pemimpi & Edensor

Aku dah tak sabar nak sambung rentetan cerita dari Laskar Pelangi. Decision aku untuk beli sendiri buku-buku tu tak tercapai cos aku ni jarang keluar ke shopping complex. So, at last aku pinjam lagi dengan UJI. Sang Pemimpi & Edensor - tetralogi dari Laskar Pelangi yang aku baca tahun lepas. Kirenya, tahun 2009 ni, aku dah habiskan membaca 2 novel. Semangat kuat aku teruskan pembacaan atas dasar-dasar ingin tahu apa jadi pada si Laskar Pelangi. Rupanya Sang Pemimpi & Edensor membawa aku berkenalan dengan watak baru - Arai dan Jimbron. Nak tahu lebih-lebih, kena baca sendiri.

Andai aku cikgu Bahasa Melayu, this book is a must read for students. In conclusion, I highly recommend this book for reading. Sayang, Laskar Pelangi sold out in almost everywhere. But, I have a pdf copy if anybody interested. For Sang Pemimpi and Edensor, still avail in bookshop.
*Thanks to UJI cos kenalkan aku dengan Andrea Hirata. He's a miracle.
Walaupun aku dah habis baca buku-buku ni, aku tetap akan membelinya. Akan aku suruh Ilhan dan Iqram baca suatu hari nanti... aku harapkan Ilhan & Iqram akan seakrab Ikal dan Arai.. Amin.
Aku kini dalam pemburuan the end of Laskar Pelangi - Maryamah Karpov. (Belum masuk Malaysia lagi rasanya). And the film itself - Laskar Pelangi.