Friday, January 29, 2010

Heroes

Aku masih lagi menunggu hari dan masih bekerja sampai hari ni. So, before aku start cuti.. some stories daripada aku. Pasal 2 heroes aku ni. Hero #1, makin montel. Setiap hari, aku dan laki aku dok membebel kat dia pasal dia asyik nak maaaaakannnn aje kejenya. Tak berenti. Bukanlah aku zalim tak kasik die makan, Cuma aku takut die jadik overweight dan itu menyebabkan senang lagi dapat penyakit.. especially semput!!.. nasib baik jugak Ilhan ni active, tak berenti jugak die main, kalau tengok die tending bola… confirm sakitlah kalau terkena. Tapi, apsal ek makin jugak tembam…? Aku rasa sebab die suka sangat makan kulit ayam dengan sausage. Aku dah limitkan pengambilan sausage untuk Ilhan…kulit ayam pun aku dah tak kasik die makan. Semalam sampai die marah-marah aku sebab aku cecepat habiskan kulit ayam goreng yang aku tengah makan. Aku jelling jek die sambil kata “nak jadik gemok eh? Biar die.. tak hensem nanti”.. Ilhan buat muke bengang kat aku lepas tu jelir lidah. Aku pedulik apalah kan.. hehehe.

Hero #2, makin naughty. Pepaham jeklah kalau dah tengah menunggu hari.. perut aku ni, semua orang sibuk kata besar. Lagi besar dari dulu.. aku no comment. Hua hahaha. Satu hari tu, aku lepas mandi dan berkemban jeklah keluar toilet dengan towel (dlm bilik ok). Si Iqram tengok aku, pastu die lengkungkan badan die ke depan sambil memboyotkan perut, pastu tiru ala-ala aku berjalan. Aku tengok die… terdiam, terkesima sekejap aku dibuatnya. Pastu apa lagi, aku gelak tak berenti. Budak ni memang sangat nakal. Dua hari lepas, pukul 3 pagi cam tu lah.. tetiba aku dengar benda bunyi.. bedebub !! terperanjat sekejap aku. Aku toleh sebelah kanan, tengok Iqram dah takde atas katil. Rupanya, dah tergolek ke bawah. Aku pelik camne die boleh tergolek sedangkan tepi die tu dah ada penghadang katil. Bila aku jengok ke bawah, die dah terperosok kat bawah katil. Pastu dengan muka mamai-mamai die, die bangun sambil pegang katil, tersengih-sengih. Nasib baik tak sakit agaknya.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Monday, January 4, 2010

"bulan baru"

Hahaha.. giller direct translation aku. Well, aku akhirnya dah tengok new moon weekend lepas. And obviously cetak rompak ma. Anyway, gambar clear dan aku takde masalah langsung dengan itu. Tergamam-gamam sekejap aku tengok si kacak Edward. Lagi sekali, ternganga.. siap ada rasa cam feeling feeling sket tengok muka vampire tu. Hua haha. Bella macam takde perubahan jek… aku rasa dia tu memang maintain gitu jek kot. Tunggu Breaking Dawn agaknya baru boleh berubah rupa.. Tapi, Jacob – wow!! Tak sangka Jacob jadik comel gitu. I like. Haha. So far, Alice pun dah berubah sket rupa. Ni jek main character yang aku perasan banyak sket kewujudannya dari Twilight untuk New Moon. Aku rasa aku kena tengok sekali lagi dengan penuh concentration baru boleh dapat semuanya. That is for physical things. Since it is a Twilight Saga.. so, expectation untuk new scenery tu aku tak demand. It’s still in Fork, WA. Infact, for the rest of the sequel will be there. The director, Chris Weitz kali ni aku rasa terpaksa angkat tanganlah. Untuk aku yang dah baca buku tu walaupun baru dua kali.. aku memang takde hal langsung on the story line. Tapi, memang it is a bit pity for those who are not reading it. Mampus boleh jadik tak paham. Jalan cerita macam melompat-lompat. Too many things to be covered ke? Tapi, in Twilight pun sama.. but Cat Hardwicke made it smooth and easy to understand eventhough there were some changes made compared with the novel. In which, as stated in my previous post on comment on Twilight the movie vs. the novel, the movie made it more interesting. This New Moon pulak, mostly, stay loyal to the novel which I believe, that’s making it a bit in a rush mode. Kesian director tu, kalau baca comment from viewers all around the world, habis die kena kutuk. Aku rasa, for movie yang adapting the novel, it is a very tough job. Maybe si Chris tu nak lari dari Cat’s style, he didn’t bother to use a narration as in Twilight. Which, made it hard for him to translate everything in  the movie.. memanglah "a picture is worth a thousand words", but hey, sometimes it is not working in that way anyway. Apa-apa hal, tunggulah pulak ECLIPSE lepas ni. Ooo.. aku pulak dah hampir-hampir nak load-out. Not that hampirlah, as of now, aku dah dalam 35th week. Kawan-kawan, doakan aku yea.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Thursday, December 17, 2009

lawak hari ini...

Satu member aku ni putus tunang beberapa bulan yang lalu. Tadi dia datang kat tempat aku.

XX: Pagi tadi dah masuk tiga kali aku mimpi. (X-tunang dia mintak rujuk balik).

Aku: Kau yang pikir sangat kot pasal dia.

XX: Aku tak pernah pikir langsung. Sampai ke pagi tak boleh tido balik.

Aku: Aku rasa benda tu akan menghantui kau sampai mati kot.

XX: Kuang hajar.

Aku: Tak pun tunang kau tu nak jadik macam Runaway Bride.

XX: Runaway Bride taklah macam tu.

Aku: Tapi kire oklah.. buat die buat kau macam Nasir Bilal Khan dalam Perempuan, Isteri…

XX: Itu lagi sial.. last last jadik penggali kubur…

 

Kawan-kawan !! Salam Ma’al Hijrah !



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Tuesday, December 1, 2009

abang's first day at school

Hari ni, anak aku yang pertama – abang, menghadiri hari pertama sekolah. Sejarah buat abang dan yang paling penting jugak, sejarah buat aku dan laki aku. Hari pertama kami menghantar anak ke sekolah. Tak sangka, anak aku dah mula sekolah. 1 Disember 2009, hari Selasa – pra-tadika di Tadika Pintar Bistari, Taman Mawar. Hari ni, pagi-pagi lagi aku kejutkan abang. Liat sungguh nak bangun, tapi bila dah bangun senang je nak gerakkan abang ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Ambil masa agak lama sebab nak shampoo dan conditioner kan rambut abang. Hari ni jugak, adik takde mood sebab adik demam. Kesian adik, kalau tak mesti adik pun excited jugak tengok abang. Abang masuk Kelas 6. Hari ni juga abang kena belajar naik van sekolah waktu balik ke rumah K.Intan. Aku tak sempat nak tengok abang naik van sebab kena buat medical check-up di klinik. Laki aku jek yang pergi tunggu dan tengok. Nasib baik ada v-cam. Dapat jugak aku tengok video yang laki aku ambil. Abang rilex jek masuk kelas. Aku pulak yang rasa sebak.. (sorry, aku ni memang kememe sket..orang Jawa kata). Tengoklah betapa cerianya abang ke sekolah. Yay !! Berjaya anak aku yang pertama ni ke sekolah tanpa ada sebarang masalah. Ohh.. hari ni bekalkan abang pasta goreng dan apple jek. Tengok bekal yang dibawa balik, abang makan sikit jek, carrot jek yang habis. Air orange satu botol, habis.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Saturday, November 28, 2009

nur.. ya nur.. kasih..

At last, the finale of Nur Kasih last night. Aku rasa macam tak cukuplah. The ending seems so cepat. Touching. As wanted, lucky that the ending is a happy ending. I know.. I am so typical. Peduliklah kan. I love happy ending. Thank you to Khabir Bhatia cause had enlightened sesiapa yang tengok Nur Kasih ni dengan satu drama yang high class. *note; anak aku si kecik iqram kalau dengar lagu nur kasih ni, mata die pejam-pejam, lepas tu kepala geleng-geleng dengan mulut muncung-muncung buat gaya-gaya nyanyi sebut “nur”..



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com