Monday, October 4, 2010

getting soooo malas

Aku rasa dah berkurun aku tak update blog ni. SANGAT MALAS. Raya haritu tak banyak gambar ambik.. penat melayan iemran yang tak-suka-duduk-kena-dukung-baru-diam-menjerit-dalam-kete-sebab-bosan-menangis-sampai-berjam-jam-dalam-kete-sampai-bengang-otak-dengar-jeritan. AKU LETIH. So, tak banyak sangat gambar. Raya tahun ni giller mencabar. Dari pg to kangkar tebrau (hik hik..jauh tu..haha) to kuala krau to shah alam to perak to shah alam to kangkar tebrau to setia indah to pg. hahahaha… anyway, kakak aku baru pindah rumah baru.. lagi..!! hemm.. that’s why suddenly hari raya ada pulak gathering kat kl in which gathering kat kangkar tebrau tu cam tu cukuplah plaks kan.  Aku pi ict shah alam malam raya ke enam tu.. cantik… walaupun rasa sangat penat and the next day pi felda sg. Klah hot springs.. sangat menarik lah that place.. eventhough aku tak berpeluang nak mandi cause time time camnilah pulak red flag. Alhamdulillah, aku tak terkejar-kejar nnak ke surau.. hik hik. If mood datang will update more kalau rajin. Eh.. will update later for photos plaks.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Monday, May 24, 2010

Shahir Akhir Nye...

Yippeeee…. !! “Tak kecewa I kali ni..”  Tak sesia aku AFUNDI10 SHAHIR x 4 kali.. hehehe.. Laki aku boring jeks sebab aku dok sibuk AFUNDI Shahir on the final concert. Ok lah tu kan? At least aku tumpang happy.Tapi kan, kalau Shahir masuk Imam Muda.. confirm aku undi Shahir dari awal…



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Saturday, May 22, 2010

AMERICAN IDOL KECEWA DAN AFUNDI SHAHIR

AMERICAN IDOL SEASON 9 ..Semalam, aku kecewa.. sebab apa? Casey James (he’s yummy!!! Hua hua hua) tak sampai ke final two.. Huwaaa..! Meleset betul prediction aku kali ni…  AF8 .. Due to kekecewaan aku on AI9, makan aku kenalah AFUNDI10 SHAHIR starting petang ni.. mintak-mintak Shahir menanglah malam ni.. Amin!!



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Monday, May 3, 2010

af8 dan shahir ; sakit hatiku..

Aku pedulik hape lah kan ade orang kutuk aku tengok af.. sker aaa.. hehehe. Tapi hati aku sakit betul semalam. Ade ke patut si hensem Shahir keluar malam tadi. Memang tak masuk dek akal lah. Nak ulas pepanjang buat sakit ati.. Lepas ni aku tak nak tengok AF8 ni lagi… hehehe. sekian.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Friday, April 30, 2010

my iemran ku..

Ni actually kesinambungan daripada kisah aku melahirkan anak aku yang ke-tiga – Iemran Munsieff. Aku ditahan di wad semalam. Esoknya dah happy, pagi-pagi, dah siap mandi dan pakai baju lawa sket untuk balik. So, nak menunggukan jam 12 tengahari tu, aku lelepak atas katil. Iemran tidur dalam baby cot dengan nyenyak. Tetiba somebody kejutkan aku.. sorang doctor perempuan. Dia kata anak aku tak boleh balik, he is G6PD Deficiency. Aku panick. Why? Apa kebenda tu? Aku tengok Iemran.. Nampak sihat jek anak aku ni. Lepas tu, doctor tu explainkan tentang G6PD Deficiency kat aku. Aku giller blur time tu.. macam-macam rasa ada dalam hati. Aku tak pernah dengar perkataan tu dalam hidup aku selama ni. Teruk ke “penyakit” tu? Penyakit ke tu?

Then, doctor tu beritahu aku yang G6PD Deficiency tu bukan penyakit. G6PD Deficiency ni adalah something yang genetic. Maybe ada ahli keluarga aku or husband yang G6PD Deficiency. Or even, aku adalah pembawa G6PD Deficiency ni. Macam-macam doctor tu tanya aku on family history. Belah aku, boleh le aku jawab.. belah laki aku… nan ado. So, untuk monitoring on Iemran’s development, it is some sort of a policy, kena masuk NICU (neo-natal ICU) for at least 5 days. Dengan aku-aku sekali masuk sana. Lucky, ada tempat kosong.. so, aku dapatlah katil (sofa-bed) sebelah anak aku. Takde apa pon yang dibuat pada Iemran.. kan ke dah kate monitoring jek. Tapi sehari selepas duduk kat situ, doctor kata macam ada “jaundice”. Apa lagi, teruslah kena ambil darah.. memang ada.. but not that high. 10 jek readingnye. So, it is still under photo level. Petang, ambik lagi sekali, naik sket 11. So, doctor muda tu recommend letak lampu. Kesian giller aku tengok Iemran, mata dah bertutup dengan gauze, dan berlengging duduk bawah lampu. Cuma satu jek lampu pasang. Itu pon actually for pre-caution kata doctor since those bebudak yang G6PD Deficiency ni mudah dapat kuning.. kuning akan naik mendadak dan susah nak turun. So, untuk elakkan kuning naik tinggi, kena kerapkan penyusuan. Doctor tu berikan total berapa banyak susu yang kena minum dalam masa 3 jam based on days of life plus weight. How they calculate, aku tak tahu. Tapi kire cam logic akal gakslah.. budak baru lahir should drink at least 2 oz. in 3 hours or more if they want to. Aku memang paksa gile Iemran minum. INGAT!! Bebudak yang jaundice ni, memang suka tidooooo. So, kite kena make sure kejutkan die bagi die minum. Itu yang aku buat selama kat sana, aku memang asik tengok jam and well alert dengan feeding time anak aku. Aku paksa Iemran minum. Nak tinggalkan Iemran sesaat pon rasa cam tak nak…. Aku memang down gile masa kat sana. Tapi at the same time, kuatkan semangat to make sure kitorang tak stay kat NICU tu more than needed. Nasib baik kuning Iemran semakin turun dan lampu dah di offkan the next day.

Hari ke-lima di NICU, hari yang dinanti-nantikan.. doctor muda tu decided to take blood sample jugak lagi untuk tengok jaundice eventhough the record shows that reading Iemran semakin turun. Bila keluar results, jaundice naik balik .. sedihnye aku. Nasib baik 11.. still under photo level. Doctor tu explain kat aku that the target is below 14. Kalau lebih, still kena stay. Tapi, kena tunggu result from doctor pakar yang akan buat round tengahari nanti. At last, after Doctor Pakar tu buat round, dia cakap boleh balik tapi aku kena bawak Iemran datang balik esok untuk test darah, check reading jaundice. Aku redha. So, selang sehari aku pergi bawak Iemran ke HSI and Klinik untuk check darah. Lucky, the reading tak naik dan menurun. On the 14 days, Doctor kat HSI kate dah tak payah datang lagi… Yay!!

See… bebudak yang kurang G6PD ni, biasanya akan diambil lebih perhatian sebab diorang ni senannnnng sangat dapat jaundice/ kuning. G6PD Deficiency ni is one of the enzymes in red blood cells. The function is to hold the red blood cells. So, once kite kurang G6PD ni, our red blood cells mudah pecah bila terkena, termakan or terhidu benda larangan. Masa kat NICU tu, doctors and nurses banyak kali educate aku tentang G6PD Deficiency ni and how to take care a baby with this matter. Before balik, Iemran dibekalkan dengan satu kad yang ada tertulis senarai ubat-ubatan terlarang dan benda-benda serta makanan terlarang untuk iemran. Kebanyakannya adalah ubat-ubatan seperti ubat anti-malaria, antibiotic, ubat yang ada nama sulfur..segala macamlah, ubat sing seh, ubat tradisional, salisyc cream dan segala herba-herba yang tak diketahui apa didalamnya. Benda biasa yang di sekeliling kita adalah ubat nyamuk, spray spray ubat nyamuk dan sewaktu dengannya, ubat gegat dan unsur-unsur ubat gegat – naphthalene, nila (kalau check dlm site mat saleh.. segala bentuk chemical dye especially blue colored) dan PANTANG sekali makan KACANG PARANG.