Wednesday, April 29, 2009

d*** u astro !!

9.45pm Monday. KBSW 303 - Boys Over Flowers. Sungguh asyik. Tiba-tiba;

"Services is currently not available"

tertera di screen tv.

Bini: Setannnn...!! Dah kenapa dengan astro ni? Tak hujan pun.
Laki: Cable die tak betullah tu. (sambil membelek-belek cable connected to the astro decoder zaman tok adam yang besor plus berwarna hitam yang dah tak kilat lagi serta berhabuk-habuk, hehehe)
Bini: Tapi kenapa hari ni? kenapa?!?! lagi 15 minit jek. Yek pun nak buat hal tunggulah BOF habis dulu. Menyampah betul. Pergilah tukar decoder baru. Bayar jeklah 79 inggit tu. Asyik macam ni jek. Potong stim betul!! (marah betul bunyinye)

Keesokan harinya di hadapan kedai agent astro.

Laki: Tunggu kejap, saya tanya kedai tu.

pergi dan kembali ke kereta 3 minit kemudian.

Laki: Pasang baru jeklah. Baru 50 inggit. Yang lama tu potong.

setelah berbincang di dalam kereta, menuju ke kedai agent astro itu kembali dan meneruskan pendaftaran baru.

Keesokan harinya. 1 300 82 3838.

Bini: Hello, saya nak buat pemotongan astro di rumah saya.
Astro: Boleh saya tahu reasonnya?
Bini: Saya nak decoder baru. (jujur sangat pehal?)
Astro: Tapi, pendaftaran baru hanya untuk new subscribers.
Bini: Oh.. kalau macam tu, saya dah tak tengok lagi jeklah astro tu. Saya nak buat pemotongan. (Ini satu penipuan)
Astro: Baiklah. Dalam masa sebulan kita akan buat pemotongan dan astro card mesti dipulangkan dalam masa 3 bulan daripada tarikh pemotongan ya Puan.
Bini: OK.

Morale:
Aku dapat decoder baru dengan harga RM50.00 sahaja bersama-sama new satellite dish. Aku apa kirelah kan. Kau dok sibuk nak jual decoder baru tapi promo new registration cheaper dari replacement of new decoder. The hell?

3 comments:

Anonymous said...

everything for u Boys Over Flowers... even i need to pay RM 50... hehe

malkomal said...

uish rugi tu terlepas walopun sedikit drama in 15 minutes..

xpe ulangan ari ahad yer..

~ujicham~ said...

hahaha.. klako la plak.