Karipap or epok-epok (orang johor je yang panggil ni) kegemaran aku adalah karipap yang dijual oleh sepasang suami-isteri yang berniaga "open table" depan rumah - flat taman mawar. tak banyak choice kuih-kuihnya.. cuma karipap, pau sambal - aku panggil roti pedas- ada jugak yang panggil burger malaysia - whatever panggilan lain lah, dan donut. Pada aku, cuma karipap dia jek yang aku layan. Memang marvellous ! Pastry dia pakai marjerin/ butter dan aku tak rasa ada minyak sebab bila pegang atau lihat rupa dia, kite dah tahu dah kualiti pastry dia. Karipap kentang berbentuk bulat dan karipap sardin berbentuk biasa tu. Masih kekal dengan harga RM1.00 for 4 pieces. Selain dari kuih-kuih tu, pakcik dan makcik ni ada jual nasi lemak, mee-hoon goreng, mee goreng dan adakalanya kuey teow goreng or nasi goreng. Tapi kat area ni banyak mat bangla tunggu bas nak gi kerje. Kebiasaannya, kalau aku lambat, aku memang tak sempatlah nak pusing menyinggah. Kalau aku datang office dengan borongan karipap sedap tu maksudnye aku cepat sikitlah hari tu.
Tapi sekarang yang in-charge jual beli adalah pakcik KS (Karipap Sedap.. aku tak tahu nama pakcik tu). Makcik KS sudah tak nampak, kadang-kadang aku nampak kelibat dia kat dapur. Rumah dia ground floor dan berhadapan dengan "open table" dia. Makcik KS ni aku rasa adalah seorang pensioner. Mungkin dulu die pernah kerje sebagai seorang kerani atau under admin. Kenapa aku kata begitu? Sebab, pernah beberapa kali aku terserempak dengan mat bangla membeli karipap kat situ. Mat bangla itu pastinya mat bangla yang baru sampai malaysia dan teringin nak makan kuih malaysia. Dia tak pandai langsung berbahasa melayu. Makcik KS memberi penerangan tentang harga karipap dan intinya dalam bahasa london. Aku dengarkan aje. Dan dari situ, aku confirm die adalah seorang pensioner. Dan automatically aku teringat kat satu kakak kat office aku yang dah pencen - K. Meow. hehehe... K. Khad or K. Cat. English orang lama-lama ni memang mengalahkan kebanyakan english bebudak zaman sekarang tau. Die punye pronunciation tu clear. Grammar tu jangan cakaplah.
Pakcik KS pulak, aku dah beberapa kali nampak die menyapu sampah kat area traffic light dan tepi-tepi jalan dan jugak berbasikal sambil membonceng alat-alatan seperti beberapa batang penyapu dan penyodok sampah. So, aku assume die jugak dah pencen dan sekarang bekerja part time menyapu sampah, mungkin jugak kerja ini sebagai satu riadah bagi dia. Pakcik KS ni atas observation aku, boleh dikategorikan sebagai orang yang agak "lurus alam".. kalau pepatah melayu "lurus bendul" tu macam tak sopan jek bunyinya. Berbanding dengan perwatakan Makcik KS yang nampak lebih cerdas dan tegas, tapi murah dengan senyuman.
Bukan ke manusia ni memang diCIPTA oleh Tuhan dengan pelbagai kepandaian dan kelebihan tersendiri.
Kalau semua manusia ni, masuk university dan belajar hingga ke menara gading - in the first place, kenapa pepatah melayu cakap sampai ke menara gading ek ?- siapa pulak yang nak melengkapi kitaran pekerjaan yang seperti Pakcik KS lakukan as a part-time job?
Dan "kau dicipta untukku" will consists of one element of stabilisation in each relationships. Barulah namanya kau tercipta untuk ku....
Pernah arwah mak aku berkata "Rul.. cubalah belajar jahit baju dengan Ngah (kakak aku yang sekarang ini adalah tailor di rumah sepenuh masa). Kan senang nanti, kau tak payah nak tempah-tempah baju."
Jawapan aku.. "Mak.. kalau semua orang belajar jahit baju dan pandai jahit baju, susahlah tailor macam Ngah tu nak carik makan."
Sememangnya, aku tak minat bab-bab jahit-menjahit baju ni, kerja tangan aku tak berapa nak kemas. Kalau jahit-jahit cushion ke.. langsir bodoh-bodoh ke.. benda-benda merepek cam pencil case ke.. boleh pas kat aku. Jahit baju ? Sorry.. hehehe.
1 comment:
tp saya bukan nak kata apalah kak... karipap kat johor mmg sedap.
p/s: masa baru sampai johor, selalu konpius epok2 tu otak2. lalalala.
Post a Comment