Just to share some of the snap we’ve got from the latest ultrasound done on 30.09.09 – 19 weeks & 6 days. Aku rasa nampaknya aku dah mula nak kumpul “football team” agaknya. Hua hua hua. Anyway, Alhamdulillah..everything looks fine.
Wednesday, October 14, 2009
he..he..he.. RO
Thursday, October 8, 2009
friday.. di TV3
Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang membaca. Sebenarnya, itu bukan intipati aku untuk kali ini dan aidilfitri kali ni as usual. Aku masih lagi berempat, insya-Allah tahun depan aku dah berlima. Sebenarnya aku sekarang ni dok menghitung hari setiap minggu.. tunggu hari Jumaat. Contohnya, hari ni Khamis, wow!! Esok Jumaat.. hehehe. Why? Sebab, jam 9.00 malam di TV3 kan ke ada Nur Kasih. Dah basi pun cerita aku ni.. tapi since Nur Kasih dah nak ke penghujungnya.. aku tak kire, aku mesti me“record”kan cerita ini di dalam blog aku. Aku rasa ramai rakyat Malaysia yang menonton dan tak kurang jugak yang tak menonton cerita melayu ni. Aku, typical malay. Aku suka tengok cerita melayu.. serious!! Aku rasa, rata-rata kalau sape yang tak pernah tengok cerita Nur Kasih ni, kalau rajin, google it, dapatlah tahu cerita arahan Khabir Bhatia ni. SUPERB! Simple story but yet very touchy. Aku pon tak tengok cerita ni dari awal, but then masa bulan Ramadhan haritu, after sahur, TV3 ulang tayang dari awal, so, aku dapat catch-up episodes yang aku terlepas. La ni, aku belum pernah miss lagi cerita tu. Tapikan, esok.. aku rasa aku macam akan termiss cerita tu.. tak sanggupnya aku. Pelbagai cara sudah aku fikirkan, tapi, takde jalan lain selain miss jugak… sedihnya. Aku harap takde yang significant yang membuatkan aku akan rasa rugi besar tak tengok si adam dan nur amina. Kalau kisah aidil dan aleeya.. aku tak kisah sangat.. tapi aku nak jugak tengok dengki si sarah selepas ni. Tidakkkk…..
Ada sesapa jugak tak tengok Senandung si Dayang? Aku hangin betul sebab aku boleh miss the last episode yang aku tunggu-tunggu.
Disambung lagi pulak sekarang ni, Sumpah Bunian… aku tengok on off. Tapi kirenye aku layan jugak drama nie. Cam yek yek jek Bunian tu kayak gitu. Agaknyalah, diorang yang buat drama nie dah pergi ke alam bunian? Macam tu ke alam diorang? Tu yang buat aku bertambah tertarik hati nak tengok cerita tu. Orang bunian tu semua betul ke pakai baju putih macam tu? Tapi, takut jugak aku nak fikir mendalam.. aku ni agak penakut sikit. Anyway, sape-sape yang tak rajin melayan cerita melayu tu.. adakalanya.. bukak lah mata..