Monday, September 15, 2008

Bagaikan Puteri - Comment Aku

Hari ni, pagi Jumaat - kirenye genap seminggu dari tarikh aku beli dan baca novel Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid. Akhirnye tamat - setelah tertangguh-tangguh dengan pelbagai rintangan untuk menghabiskan bacaan novel 574 mukasurat itu.

Komen aku:
Idea: brilliant.. (boleh difilemkan)
Jalan cerita: menarik.. agak pantas
What should be better :
Garapan watak utama, Watak Laksamana Sunan (LS) @ Saifudin & Haryani, tidak diperhalusi. Aku membayangkan watak yang dicipta itu membolehkan aku menjelmakan watak itu di hadapan bayangan mata dan fikiran aku. Tapi, penulis gagal menampilkan bayangan itu untuk aku. Aku dipaksa mencipta bayangan watak utama. Adakah penulis sengaja tidak menggarap watak-watak itu untuk kesesuaian setiap pembaca ? Mungkin penulis mencari jalan selamat untuk tidak memberi perincian untuk watak-watak utama supaya pembaca akan menggambarkan watak-watak itu sebagai apa yang pembaca inginkan.


Apa yang digambarkan untuk watak LS cuma seorang pahlawan Melayu yang berasal dari Tanah Melayu, menetap di Acheh selepas melarikan diri dari keluarga, berkulit cerah, berambut hingga ke pangkal bahu, bertubuh sasa, bermisai tipis dan berjanggut sejemput, muka yang bersih. Pada aku tak cukup perincian. Macamana rupa mata, hidung, bibir, jari jemari tangan, kaki, mungkin juga cara dia berjalan, suara dia (ada juga beberapa bait menyatakan tentang suara Saifudin - tapi tak cukup). Mungkin penulis sepatutnya lebih bijak menyelitkan fizikal LS contohnya...ketika dia menulis mushaf, mungkin boleh selitkan fizikal tangannya - example; - jari-jarinya begitu runcing, kelihatan ruas-ruasnya begitu panjang dihiasi roma yang halus dan rapi menyerlahkan kesenian yang dimiliki, - kuku-kukunya kelihatan begitu indah, sepadan dengan jari anugerah Tuhan, begitu bersih mungkin sering dibasahi dengan wudu’. Something like that'lah kan.. Garapan penulis hanya tertumpu pada sifat kesufian Saifudin.

Watak Haryani juga begitu, tiada perincian. Cuma lebih bersifat attitude - sering menerangkan yang Haryani tu seorang yang periang. Memang berkali-kali pernyataan menyatakan Haryani seorang yang cantik.. bak kata Laksamana Sunan.."Kamu bagaikan puteri.. Haryani". Tapi exactly, how beautiful is she.. no explanation in words. So, mengganggu sedikit pembacaan aku since aku tak dapat nak gambarkan cantiknya Haryani itu.

Aku tahu yang cerita ni akan ada sambungannya (since Uji dah brief aku pasal ni - therefore, need to buy the next series -Cinta Sang Ratu and next is Hijab Sang Pencinta) .. so the ending is not the ending (No comment on this part yet).

Comments on the "Pertarungan"
Bila baca pertarungan Beragas dan LS, tak interesting due to explanation penulis menyatakan si Beragas tu hebat. Sekali je, bertarung dengan Saifudin - sikit pun tak calar mamat ni, si Beragas tumbang begitu saja. How hebat is Laksamana Sunan 'lah kan? Bukan ke normally evil character ni biasanya nyawanya liat. Tapi aku rasa mungkin penulis sengaja gunakan Beragas untuk menampilkan the main evil character - Nyi Burga Kelara (bukan ke sepatutnye ejaan Nyi tu Nyai?) a.k.a Kiai Mulia. At first, aku hampa juga dengan pertarungan pertama LS dengan NBK, sebab senang na dipatahkan oleh LS sedangkan gambaran sihir hebat si NBK tu bukan main lagi. Sekali je, lawan sikit dah kalah.. kebenda. Nasib baik rupanya dia hidup lagi (si NBK ni dah macam Darth Vader dalam Star Wars..ingatkan dah mati, rupanya hidup lagi ). Aku rasa banyak-banyak pertarungan, kedua-dua pertarungan antara LS vs Hang Tuah, second pertarungan LS vs NBK dan LS vs Haryani (jelmaan NBK) are the best. Baru'lah ada thrill. Ada perincian.. aku suka. Barulah dapat menggambarkan pertarungan tu depan mata.

So, conclusion, peak of the story is at the end which will be continued then.

Rate aku on the novel over 5 stars.
Jalan Cerita - 4.5
Penulisan - 3.0

Soalan Cepu Emas:
Siapakah yang harus memegang watak Saifudin a.k.a Laksamana Sunan dan Haryani seandainya cerita ini difilemkan or didramakan ?

Percanggahan character yang aku personally tak suka dalam novel ni
Watak Haryani.. pada aku watak dia tak sesuailah dengan LS. She has been described as not so angelic through her character. Pergi clubbing'lah.. liat bangun tidur.. a bit tak sopan bila bercakap dengan orang tua (tengok cara dia cakap dengan Enc. Hasanal masa Enc. Hasanal hantar mushaf kat rumah dia), dah sedar dari koma, pastu a bit rude to Dani (dari cara dia bercakap dengan si Dani tu). In the opposite side, LS tu so angel. Bersifat kesufian. Tapi pelik pulak, senang sangatlah pulak orang yang ada sifat dan firasat sufi ni jatuh cinta. Rasanya dari pembacaan aku, tak pulak kata si Saifudin jatuh hati kerana sifat kewanitaannya ke ape ke.. cuma tertarik dengan kecantikan Haryani. Sebab, asyik-asyik cakap Haryani tu macam puteri. Mudah sungguh tewas dengan bisikan syaitan bab-bab perempuan ni... ye ke orang yang ada keimanan yang begitu tinggi ni akan mudah kalah dengan panahan mata wanita ? mungkin... sebab tu lelaki ada 9 akal with one nafsu kan ? So, pada pendapat anda, adakah sepadan Haryani dengan Saifudin? Aku rasalah, penulis ni lebih mementingkan kecantikan zahiriah dari lahiriah.

Note:
Aku menjumpai laki aku sedang khusyuk membaca sesuatu di atas katil selesai sahur pagi tadi. Di tangannya memegang.. "Bagaikan Puteri". (Dia telah mentertawakan aku bila aku balik Jumaat lepas dengan memegang sebuah novel sambil mencebikkan bibir ala-ala memberi isyarat "entah ape-ape jelah bini aku ni")

politics..

orang yang suke mengupdate aku pasal politics in malaysia.. ni'lah keje die bile malam.. dok surfing politics sites..

ramadhan.. 15


bulan puasa kali ni a bit different.. today, 15 Ramadhan = 15 September. Aku rasa ni kali pertama bulan Ramadhan and bulan Lunar seiring. Next different thing is the weather.. Ramadhan biasanya panas .. semaksud dengan Ramadhan = Panas Terik. Tapi Ramadhan kali ni, sering hujan. Cuaca sejuk je.. ada kala matahari menyinar jugak. Ramadhan kali ni, aku dah tambah lagi sorang hero in my life.. Iqram dah nak masuk 6 bulan. Yang terpenting.. Ramadhan kali ni, bila time sahur, laki aku yang kejutkan aku. Dia tak tunggu pun aku bangun, tapi dia terus turun bawah panaskan nasi and lauk. Almost everyday. Lately, dia siap gorengkan ayamas' drummet untuk aku since aku jarang makan nasi waktu sahur. just makan benda yang light je plus minum soya. So, rasenye Ramadhan kali ni memang different !!

Friday, September 12, 2008

terpedaya..

ape saje lah bebudak kat office aku ni dok membaca novel.. last aku baca satu novel yang dipinjam daripada officemate aku - uji (yang baru saja mengedarkan kad kahwinnye semalam) .. apa ek tajuk die..? lupalah pulak..

kali ni aku terpedaya.. si uji telah berjaya meyakinkan aku MEMBELI novel di bawah. (tak pasal-pasal lunch tadi aku menyinggah bookstore kat complex..nasib baik ada). Uji juga telah membuat perjanjian seandainya ia tidak mencapai tahap yang seperti UJI JANJIKAN.. dia sanggup membeli novel itu daripada aku.. jadi sekarang aku nak membaca..adios!!


Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid

Thursday, September 11, 2008

pelik..

after lunch tadi, aku rasa sleepy gile.. erk..!! waktu ni pulaklah nak ngantuk..masa lunch takmo plaks ngantok..so, decided to take a nap kat atas meja (means..tangan telangkup and rest the dahi atas tangan tu..) for few minutes. dalam 5 minutes, aku bangun. *regret*. aku confirm that i should not and cannot do that. aku ke yang pelik. everytime i did that, kepala aku akan sakit dan terasa macam nak migraine. *benci*. since kat office ni dah jadik macam patung bernyawa due to no tender. *seriously*. aku telah menjadikkan diri tidak amanah dengan tido kat dalam surau sekejap. ni utk mengelakkan migraine. if not, then pasti migraine akan menjadi.

kenapa ek jadi macam tu. aku ni ada few peliks thing yang normal people can do that i can't. example, macam yang tadi aku cakap tu. so, kalau aku rasa nak tido masa lunch, better to do it in the surau..berbaring, or else don't sleep. one more, tak boleh tengok wayang. so, i am not a movie-goer of course. dalam hidup aku, boleh dikira cerita apa je yang aku pernah tengok. masa study dulu, ye-ye jelah aku pi tengok movie.. "speed 2". half-way, aku lari pergi toilet and vomited. tapi ada jugak yang aku boleh bertahan.. but every session will end-up with migraine. *tak suka* *sakit tau..! *

Monday, September 8, 2008

shopping ?!?!

last weekend, laki aku decided to go for a shopping for eid-fitri. erkk.. !! peliknye mamat ni.. kepehal pulak nak shopping awal. selalunye nak tunggu last minute baru nak pegi. tapi tak dapat nak shopping lama pon. biasalah..kalau dah ada dua "totoman" .. parah! kang totoman merah sibuk nak tu nak ni.. totoman biru pulak nak susu lah.. nak dukung lah.. nak tido lah.. hehehe.. bila pikir balik, seronok jugak ada dua "totoman" ni.. taklah membazir masa "fikir-fikir, belek-belek, pastu tak beli" syndrome. tengok agak-agak berkenan, grab jek terus.. dah tak punya masa nak fikir lama-lama. kali ni punye shopping cuma sempat beli barang-barang utk aku je.. for hubby and kids will be later. ni, sempat jugak totoman merah bergumbira before balik with totoman biru dah merah-merah mata melalak nak tido.

Wednesday, September 3, 2008

Iqram oh Iqram

pagi semalam called K. Intan.. Iqram taknak minum susu dalam botol.. so K. Intan kena spoon-fed Iqram bila minum susu.. Kesian K. Intan.. Iqram asik nangis je. Tengahari sikit called K. Intan lagi, Iqram dah nak minum susu pakai botol .. "Alhamdulillah" .. Tak tahulah hari ni Iqram nak nyusu pakai botol ke tak.. tengahari sikitlah nak call K. Intan.