Thursday, December 17, 2009

lawak hari ini...

Satu member aku ni putus tunang beberapa bulan yang lalu. Tadi dia datang kat tempat aku.

XX: Pagi tadi dah masuk tiga kali aku mimpi. (X-tunang dia mintak rujuk balik).

Aku: Kau yang pikir sangat kot pasal dia.

XX: Aku tak pernah pikir langsung. Sampai ke pagi tak boleh tido balik.

Aku: Aku rasa benda tu akan menghantui kau sampai mati kot.

XX: Kuang hajar.

Aku: Tak pun tunang kau tu nak jadik macam Runaway Bride.

XX: Runaway Bride taklah macam tu.

Aku: Tapi kire oklah.. buat die buat kau macam Nasir Bilal Khan dalam Perempuan, Isteri…

XX: Itu lagi sial.. last last jadik penggali kubur…

 

Kawan-kawan !! Salam Ma’al Hijrah !



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Tuesday, December 1, 2009

abang's first day at school

Hari ni, anak aku yang pertama – abang, menghadiri hari pertama sekolah. Sejarah buat abang dan yang paling penting jugak, sejarah buat aku dan laki aku. Hari pertama kami menghantar anak ke sekolah. Tak sangka, anak aku dah mula sekolah. 1 Disember 2009, hari Selasa – pra-tadika di Tadika Pintar Bistari, Taman Mawar. Hari ni, pagi-pagi lagi aku kejutkan abang. Liat sungguh nak bangun, tapi bila dah bangun senang je nak gerakkan abang ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Ambil masa agak lama sebab nak shampoo dan conditioner kan rambut abang. Hari ni jugak, adik takde mood sebab adik demam. Kesian adik, kalau tak mesti adik pun excited jugak tengok abang. Abang masuk Kelas 6. Hari ni juga abang kena belajar naik van sekolah waktu balik ke rumah K.Intan. Aku tak sempat nak tengok abang naik van sebab kena buat medical check-up di klinik. Laki aku jek yang pergi tunggu dan tengok. Nasib baik ada v-cam. Dapat jugak aku tengok video yang laki aku ambil. Abang rilex jek masuk kelas. Aku pulak yang rasa sebak.. (sorry, aku ni memang kememe sket..orang Jawa kata). Tengoklah betapa cerianya abang ke sekolah. Yay !! Berjaya anak aku yang pertama ni ke sekolah tanpa ada sebarang masalah. Ohh.. hari ni bekalkan abang pasta goreng dan apple jek. Tengok bekal yang dibawa balik, abang makan sikit jek, carrot jek yang habis. Air orange satu botol, habis.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Saturday, November 28, 2009

nur.. ya nur.. kasih..

At last, the finale of Nur Kasih last night. Aku rasa macam tak cukuplah. The ending seems so cepat. Touching. As wanted, lucky that the ending is a happy ending. I know.. I am so typical. Peduliklah kan. I love happy ending. Thank you to Khabir Bhatia cause had enlightened sesiapa yang tengok Nur Kasih ni dengan satu drama yang high class. *note; anak aku si kecik iqram kalau dengar lagu nur kasih ni, mata die pejam-pejam, lepas tu kepala geleng-geleng dengan mulut muncung-muncung buat gaya-gaya nyanyi sebut “nur”..



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Wednesday, November 25, 2009

check-up.. and government

I had started my routine antenatal medical check-up at government clinic. Started last month, and up till now, I had visited them for FOUR times already. 2 were for routine antenatal check-up, 1 for MGTT (as for those with the prone to get diabetes – by the way, I passed…YIPPEE!!) and 1 is for the confirmation due date scan (which end-up with “follow the last mense” decision, since I am already at 29 weeks - the scan is a very weak determination criteria to stick with when you’re bigger). The decision was made, I am due on 8th of February 2010 contradict with the specialist scan of 18th February and the scan did yesterday at the gov. clinic – 11th February. More or less, I prefer to believe the specialist scan done with Dr. Hafetz of JSH.

 

I actually choose to deliver at government hospital same as before. But still undecidedly to choose Sultanah Aminah or Sultan Ismail. I did the second baby(which basically the first) at Sultanah Aminah. Most of my company-mate I talked with delivered their babies at private hospital, which will be Penawar or Puteri or Johor Specialist or recently added, Regency. Why am I choosing government myself? I am not so sure… hehehe. I think mainly, the cost is wayyyy cheaper, no doubt lah kan. Based on my own experience, I had no problem at all and their treatment are well acceptable. And I am glad I chose government hospital.. I did a lot of saving on the bill of course. I took a first class with a single bed and it costs me a RM800.00 for one night stay with normal delivery. Oo… and husband is advisable to stay in the room with the wife in Dewan Bersalin for support. The staff are friendly and nice too.

 

Back to the antenatal check-up. I do mine now at Poliklinik Air Biru. A lot of people of course, waiting. But hey, I did wait looong also when I did my check-up at JSH. At the private, they will check the urine, body mass and BP upfront and when you meet the doc inside, he will do the normal scanning for maybe about 5 to 10 minutes. Few lines of chit chatting and you’re done after waiting for almost 2 hours or more (seriously). If you’re lucky enough, you might then wait for 1.5 hours. But you can’t compare the technology. The US Scanner is a highly tech ok… and with the supplement given, it cost you around RM200.00 more or less. At the government clinic, the queue is heck long.. first, you need to get a number for them to get your file ready. Then, they will call your number and will give you a set of numbers. Each numbers represent different room you need to go. Normally, you need to go to the lab first for a urine test and a blood test (it’s a hemoglobin check) where they punch one of your finger to get your bloody red blood (tetiba teringat Edward Cullen… bite me! Bite me! Hehehe). When you’re done, way you go to the Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-kanak. Put your book at the front pocket of the door. The nurse will pick it later and you have to wait for your number to be called. When they called your number, they will check your body mass and BP, and then proceed you to the bed, where they will check your fundal height. Then you will be advised on the result, the nurse will advise you on maternity matters – diet, breastfeeding, preeclampsia, labor and anything under the world of pregnancy basically based on which week you are. No ultrasound-scan is done on your normal monthly check-up. Then, to set another appointment, you will need to go to another room and wait, it won’t take long. Everything is computerized so they will try to give you a slot within their empty quota. Basically, these takes 2 hours or less or more. If you’re given a supplement, then you need to proceed to the pharmacy, it won’t take long either. How much does it cost? It cost you RM0.00.

 

I am happy for the service, even some “merungut” say lambatlah.. itulah.. inilah, for me, I am so OK with that. Well, if you think it is lambat, why not you check-out the private. I respect the nurses and doctors there comparing the hectic they need to attend to yet still with a good attitude. You pay zero anyway.

Tuesday, November 24, 2009

Salam AidilAdha

Untuk semua.. just nak wish Salam AidilAdha. Normally, orang pantai timur raya sakan berbanding area lain di Malaysia ni. Kite pun cuti sehari jek kan.. tahun ni, I will be celebrating the Aidil Adha di JB jek. Tahu tak.. malam tu, is the final episode of Nur Kasih and also an opening night of the long awaited New Moon. Surely, aku akan terpacak menanti Nur Kasih. For the New Moon pulak, as usual lah.. beli pirate jek. Hua hua hua.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Wednesday, October 14, 2009

he..he..he.. RO

Just to share some of the snap we’ve got from the latest ultrasound done on 30.09.09 – 19 weeks & 6 days. Aku rasa nampaknya aku dah mula nak kumpul “football team” agaknya. Hua hua hua. Anyway, Alhamdulillah..everything looks fine.

Thursday, October 8, 2009

friday.. di TV3

Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang membaca. Sebenarnya, itu bukan intipati aku untuk kali ini dan aidilfitri kali ni as usual. Aku masih lagi berempat, insya-Allah tahun depan aku dah berlima. Sebenarnya aku sekarang ni dok menghitung hari setiap minggu.. tunggu hari Jumaat. Contohnya, hari ni Khamis, wow!! Esok Jumaat.. hehehe. Why? Sebab, jam 9.00 malam di TV3 kan ke ada Nur Kasih. Dah basi pun cerita aku ni.. tapi since Nur Kasih dah nak ke penghujungnya.. aku tak kire, aku mesti me“record”kan cerita ini di dalam blog aku. Aku rasa ramai rakyat Malaysia yang menonton dan tak kurang jugak yang tak menonton cerita melayu ni. Aku, typical malay. Aku suka tengok cerita melayu.. serious!! Aku rasa, rata-rata kalau sape yang tak pernah tengok cerita Nur Kasih ni, kalau rajin, google it, dapatlah tahu cerita arahan Khabir Bhatia ni. SUPERB! Simple story but yet very touchy. Aku pon tak tengok cerita ni dari awal, but then masa bulan Ramadhan haritu, after sahur, TV3 ulang tayang dari awal, so, aku dapat catch-up episodes yang aku terlepas. La ni, aku belum pernah miss lagi cerita tu. Tapikan, esok.. aku rasa aku macam akan termiss cerita tu.. tak sanggupnya aku. Pelbagai cara sudah aku fikirkan, tapi, takde jalan lain selain miss jugak… sedihnya.  Aku harap takde yang significant yang membuatkan aku akan rasa rugi besar tak tengok si adam dan nur amina. Kalau kisah aidil dan aleeya.. aku tak kisah sangat.. tapi aku nak jugak tengok dengki si sarah selepas ni. Tidakkkk…..

Ada sesapa jugak tak tengok Senandung si Dayang? Aku hangin betul sebab aku boleh miss the last episode yang aku tunggu-tunggu.

Disambung lagi pulak sekarang ni, Sumpah Bunian… aku tengok on off. Tapi kirenye aku layan jugak drama nie. Cam yek yek jek Bunian tu kayak gitu. Agaknyalah, diorang yang buat drama nie dah pergi ke alam bunian? Macam tu ke alam diorang? Tu yang buat aku bertambah tertarik hati nak tengok cerita tu. Orang bunian tu semua betul ke pakai baju putih macam tu? Tapi, takut jugak aku nak fikir mendalam.. aku ni agak penakut sikit. Anyway, sape-sape yang tak rajin melayan cerita melayu tu.. adakalanya.. bukak lah mata..

Tuesday, September 8, 2009

kuasa "psychic"

BABAK 1 - Semalam, sebelum tidur, aku call kakak aku.. ala-ala mengumpat orang yang tak sepatutnya aku umpatkan. Bukan mengumpat apa, cuma ala-ala mencari fakta kenapa dan mengapa dan bagaimana. Tak ada pun jalan penyelesaian yang baik. Lepas letak phone, aku pun fikir, “eh… berdosa aku ni.. dah lah bulan puasa”. Tapi, ini bukan mengumpat, more or less macam perbincangan keluarga gitu..hehehe. Pastu aku terus tidur, kang ada plak tak sedar sahur nanti. BABAK 2 – Sahur pagi tadi. Lepas habis sahur, laki aku cakap kat aku macam ni.. “Kelakar malam tadi, awak mesti mengigau… saya dengar awak cakap – Ashhadualla ila ha illallah…. (mengucap sampai habis) - . Awak mimpi apa?”. Geram jek aku dengar. Aku pun ala-ala marah laki aku “Apsal tak kejutkan saya? Penat tau saya mimpi tu”. Laki aku kata.. “Saya nak kejut, tapi awak dah diam.” Boleh gitu? Kejut jeklah kan. Mana tahu lepas tu aku sambung lagi merepek-repek. BABAK 3 – Sampai kat office pagi ni. Telefon adik aku. “Eh Mal… semalam saya mimpi awak. Ada setan menempek kat belakang awak. Yang pelik tu, saya jek yang boleh nampak dan saya jek yang boleh ubatkan awak. Saya jerit-jerit marah kat setan tu – Hey.. kenapa kau kacau adik aku hah ? pergi…pergi… lepas tu saya pun mengucap nak halau setan tu. Saya cakap dengan setan tu – Kau tunjukkan diri kau, SETAN !!. Lepas tu setan tu tunjukkan diri kat dahi awak.. mata die merah, pastu muka dia hitam, ada urat-urat merah darah kat seluruh muka dia.” Adik aku ketawakan aku lepas tu dan berkata … “Eh..saya memang dah beberapa hari baca cerita Tamar Jalis Bercakap Dengan Jin. Setan kat dalam tu pun macam rupa yang awak ceritakan tu.” Pastu adik aku tak henti-henti ketawakan aku. Boleh ke macam tu ? Dia yang baca cerita tu, aku pulak yang mimpi. Padahal aku tak pernah langsung baca cerita tu. PENAT wey aku mimpi malam tadi bertarung dengan SETAN.

Tuesday, September 1, 2009

19 hari

Sebenarnya..tinggal 19 hari lagi kita berpuasa termasuk hari ni. Hari ni jugak first time aku dan laki aku tak sedar waktu sahur. Aku sedar, tengok jam dah pukul 6.30 am. Hemmm… nak buat macamana.. bangun, mandi dan solat subuh terus. Aku cuma berdoa hari ni tak panas sangat. Kesian pulak kat laki aku nanti, kalau aku, boleh lagilah bertahan di dalam aircond. Paham-paham jeklah dengan nature kerja laki aku tu. Kesian dia. Anyway, Alhamdulillah.. hari ni di Pasir Gudang, HUJAN.. kat sini.. LEBAT betul sampai angin mendesir-desir. Call laki aku, die kata kat area dia pun hujan jugak. Cuma berharap sangat hujan berhenti dalam kul 4 gitu sebab kul 5 dah nak pulang.. tak sanggup pulak rasanya nak meredah hujan lebat nanti.

 

Oh.. hari ni jugak sahabat aku yang sorang tu, Uji, dah mula bekerja di tempat baru. Suram jek section aku. Tinggal aku dengan si Boy. Apalagi, jalan-jalan ke sebelah selalu lah jawabnya. To Uji, good luck and all the best.

Thursday, August 20, 2009

the moonlight

Hemm… rasanya dah berkurun aku tak meng’update’ blog aku ni. Why? Jangan ditanya kenapalah. Benci jek. So, at this stage, aku berblogging through my email. Kire ok lah. Insya-Allah lusa, we will be starting our fasting month. So, to all muslims, I wish a Happy Ramadhan and may this Ramadhan brings more baraqah to all of us. To all friends, insya-Allah I will still be reading your blog, unfortunately I could not leave you guys any comment due to the new regulatory from the mighty server owner..hehe. Oh… also to share my new joyous thing. It was taken last week and it is at its 14 weeks. Thanks to the wonder of technology. Salam Ramadhan.

Wednesday, June 17, 2009

baby acne...believe it!

Dah lama aku nak story benda ni. But then, aku tunggu result atas experiment aku. Yang jadik baby tikusnya, anak aku sendiri. Sebab apa? sebab dialah yang ada masalah tu.

Ini kes anak aku yang kecik, Iqram Munsieff.

Dari dia lahir, aku dah perasan bintik-bintik ala-ala white head kat muka dia. But then, aku and kakak-kakak aku anggap benda tu maybe as rashes jek due to hot weather. Macam-macam krim sapu kat muka dia, tapi tak hilang-hilang. Pastu aku ada jugak tanya kakak aku yang dah beranak lima tu, dia kata most probably due tu susu - ruam susu. Tapi aku pelik jugak sebab bukan kat pipi jek, but also the forehead. So, aku just follow petua kakak aku tu sapu sedikit susu aku (hehehe) kat area yang ada so-called-ruam. Unsuccessful.

Setiap kali aku hantar anak aku pergi clinic, aku tanya kat doctor kenapa dengan muka dia. Cuma, ada satu fav. doctor aku jek yang aku setiap kali jumpa asyik terlupa nak tanya - Dr. Wan - Klinik Dr. Wan Taman Cendana (he's really a good doctor). So, biasanya terkenalah doctor kat panel company aku and beberapa doctors yang replace Dr. Wan kat Klinik Dr. Wan.

Setiap kali tu jugak, aku selalu jek tak puas hati dengan jawapan doctor doctor tu. Kebanyakan kata allergic dan macam-macam krim bagi suruh try. Semua tak jalan. Aku ada jugak mempersoalkan response doctor bila dia kata allergic. Since almost semua orang cakap allergic, aku pun tanyalah "even baby baru lahir pun boleh allergic (doctor ni maksudkan anak aku allergic to food)? anak saya ni minum susu badan jek". And diorang claim maybe kesan dari pemakanan aku. So, aku kira boleh telan tak boleh telan jeklah cakap doctor doctor ni. Aku cakap jugak kat doctor tu yang anak aku ni dari lahir sampai umur dia dah setahun dah, takkanlah ruam or allergic entah pada apa pun, tak hilang-hilang. For me, it looks like "white head" or "acne" orang tua. SEMUA DOCTOR menafikan ok. Siap buat muka ala-ala "entah apa-apa-ajelah-minah" ni. Aku hangin jek.

Korang bayangkan, aku saje je biarkan muka Iqram tu sampai umur dia setahun lebih, kot kot kalau so-called-ruam or allergic tu hilang. Nan ado. Setiap kali orang tengok Iqram dekat-dekat, tanya, kenapa muka dia? Aku jawab, entah, doctor kata allergic tapi saya rasa macam jerawat.

Oohh... ni nak cerita pasal satu doctor yang last sekali aku jumpa, aku tak kire, aku nak jugak tulis nama doctor tu.. Doktor Zamil (dia ni buat part time kat Klinik Dr. Wan and he is a practitioner in which dept. aku tak tahu kat HSA). Muda lagi doctor ni. Aku gile babi bengang dengan doctor tu. Masa tu pergi clinic cos Iqram demam. Aku tanya dia dengan so sopan.. "doctor, cuba tengok pipi dan dahi anak saya ni, saya rasa he's suffering from white head yang normally orang tua ada tu. sometimes ada macam acne naik kat muka satu dua." Doktor Zamil tu dengan nada berlagak explain kat aku "babies don't have acne ! oil glands pun tak develop lagi macam orang tua. ni bukan acne, ni allergic." dan again aku explain the same.. dari lahir ..yada yada.. and he didn't accept my statement. he said it is an allergic.

Sakit hati aku. Krim lain pulak bagi. Entah apa nama tak cakap, as if kite ni bodoh takleh nak baca scientific name or what for the cream given. Aku ni, kire malas jugak nak cakap apa.. suruh jeklah K. Intan tolong sapukan kat muka Iqram lepas mandi. Seminggu.. takde kesan ape pun.

Ohh.. sambung lagi, keesokannya, aku pi office, aku surf net tulis "baby acne". Pap pap pap kat google.. belubur cerita pasal baby acne. Read this. Pastu, aku terdiam kejap. Tanya diri sendiri. Apa ke bodohnya aku ni boleh lupa nak surf internet pasal ni sebelum ni. Kalau tak, dapat jugak aku merasa berdebat-debat dengan para doctor yang tak canggih manggih tu. Diorang ni pehal ek? Kalau satu dua doctor yang aku jumpa, takpe. Ni entah dah berapa orang. Sorry, aku taklah sampai pergi jumpa pead. ke, pakar kulit ke apa, tapi as long as they have a DR. infront of their names.. it doesn't mean they already know everything!! Aku memang selalu pun skeptical dengan Doctor ok.... sorry to say. Memang aku ada sikit bias lah dengan certain pendapat diorang ni.

So, finally, masa Iqram jejak umur 1 tahun 2 bulan, masa die tengah tidur.. (tapi seksa gile.. sebab dia asik pusing sana sini jek..sakit agaknye..kesian Iqram), aku picit semua white head kat pipi and dahi Iqram. Keesokannya, merah merah dan berbekas kulit dia kena picit. Laki aku diamkan jek sebab aku kata memang kena picit keluarkan, lepas habis keluarkan aku sapu sikit antiseptic, aku punye untuk pimple.. hehe.. kat muka Iqram. Seminqqu jugak berkopeng muka Iqram. Tapi, sekarang, muka Iqram dah FREE from ACNE. Ada jugak dua tiga yang tinggal, tapi aku biar jek. And now, bila Iqram tidur, aku sapu aloe-vera gel kat muka dia.

So, lesson learnt;
"please do google anything that you think it's right before seeking any advice from a doctor. they might not know everything and they might be ignorance as well. as for all the doctors in malaysia, i really believe that they should have an internet access in their clinics as well as at home for their own sake and also for the patient sake. not all information is true though in the internet, but, hey you can choose to believe it if it comes from a recognised site."

Ini sedikit petikan dari article yang aku link'kan...

"Acne in the newborn (also known as acne neonatorum) or baby acne is a common condition that affects roughly 20 percent of newborn babies. Infants usually develop neonatal acne because of stimulation of the baby’s sebaceous glands by lingering maternal hormones after delivery. These hormones cross the placenta into your baby and after delivery they cause the oil glands on the skin to form bumps that look like pimples. To your dismay your beautiful newborn’s face breaks out with red pimples on the cheeks, forehead and chin. Sometimes whiteheads are present as well. - http://www.womenshealthcaretopics.com/baby_acne.htm"

sebenarnya, aku ada printkan few articles on baby acne and i planned to pass it to that doctor. tapi, sampai la ni.. aku tak bagi-bagi. tapi aku rasa aku nak hantar jugaklah kat doctor tu. aku nak tinggalkan jek surat berantai kat clinic tu. hehehe.

p/s. gambar iqram clear from whiteheads will be posted soon. baru sedar.. dah berapa lama tak ambik gambar bebudak ni.

Wednesday, June 3, 2009

birthday party with a theme?

sebenarnya.. dah lama aku nak tanya pasal benda ni. korang pernah tak dapat invitation for birthday party with a theme? ok... ni soalan untuk birthday party for kids eh.. yang adult tu, i don't consider it as a birthday party.. more towards birthday celebration.. hehehe.. isn't it the same? tak kirelah, tapi ni aku tanya pasal birthday party budak kecik. bulan lepas aku ada dapat satu birthday party invitation. with a theme. aku rasa trend of theme for birthday party ni dah menjadik satu "trend". kalau kat seberang lautan, dah menjadik kebiasaan. cuma aku tak berapa nak pegi la dengan theme - theme ni.

well, kalau theme tu dibuat khas for the birthday itself contohnya, barbie theme.. dari cake, ke baju birthday girl, ke decorations dan segala ke... berthemekan barbie, aku don't mind at all. yang aku takleh nak pegi ni, bila dengan kite-kite yang dijemputnye pun disuruh bertheme. memang aku rasa tak jadik masalah kalau kita pergi tapi tak ikut theme.. and most probably tuan rumah pun tak paksa kite ikut theme dia. tapi, cuba korang pikir, tak ke korang rasa out of place bila tetiba semua orang datang pakai baju putih.. yang kau dan anak-anak kau pakai baju pelangi? surelah cam tak best jek kan ? pastu mesti orang dok usha-usha kau semacam jek.. maybe diorang tak usha.. tapi mesti kau rasa macam kau di usha.. or whateva la kan.

bukan apa.. cuba korang pikir.. kau jemput orang datang rumah, pastu ada theme... kau ada pikir tak orang tu mungkin tak ada baju warna theme kau.. tak pun, ada warna tu, tapi tak sesuai pulak untuk bawak gi majlis. pastu dengan anak-anak pun satu kehal.. nak kena pulak carik baju ikut theme. kalau anak orang tu sorang dua takpe.. buat ada empat lima orang atau lebih.. apa kes? tak ke satu benda yang menyusahkan orang bila orang tu terpaksa bersusah payah nak ikut kehendak kau walau tidak dipaksa. tak semua orang mampu atau mungkin orang tu tak suka warna tu tapi terpaksa jugak beli sebab nak ikut kehendak kau end-up with simpan jek baju tu buat makan anai-anai (ni kat umah aku ada banyak) selepas selesai menghadiri majlis yang mengikut kehendak kau.

kesimpulannya... kita kalau nak buat sesuatu, jangan pikir diri sendiri jek.. pikir jugak pasal orang lain. tak salah kalau nak bertheme bagai.. tapi, biar kena pada tempatnya.

11.20.09

for twilighters....reserve the date y'all.... anyway, for movie-goers... will it be on the same date here in Malaya? ayuh-ayuh.

.official trailer.

Monday, June 1, 2009

7

7 is my favorite number. 7 revolve around me so much in my life. I am born in a year of double 7 in a state with zero 7 as a phone code and 7 as a beginning number of every mobile in the same state. Almost all of my jersey or “participant number” I wore during school days consisted of number 7. For MU, 7 is their legendary number - which only the best wears it. 7 is also the only unique number which can be written in two ways (with the strike and nil), and it still be number 7. All and all, I just love number 7.

And today, is actually my 7th wedding anniversary. Hehe.

Thursday, May 21, 2009

lost the bet... cry for adam

Remember my post last Feb ... here. I've lost the bet. Bet dengan diri sendirik jek okeh. Actually, my prediction to see Danny and Adam in the grand finale pun dah out. Well oh well.. what is that that the American voted for then ? For this season, I guess looks comes first..

Tuesday, May 12, 2009

Boys Over Flowers finale..

Malam tadi, the end of Boys Over Flowers.. the ending is acceptable. Overall story is a bit different from Taiwan's version - Meteor Garden I & II. The characters created are also different in quite a unique way. Since aku dah terlepas the earlier episodes, so now I've been watching it in the youtube. Lepas habis BOF @KBSW303, aku kat dalam bilik tengok youtube pulak. When suddenly, Ilhan sits besides me and say... "mommy ni.. cite koya.. cite koya .. cite koya.. kat tv cite koya.. ni pun cite koya lagiii..!!"... dan aku terus tergelak-gelak..

notes: cite koya = cerita korea

Wednesday, May 6, 2009

"tag" requested by Uji

nasib baik tak susah-susah nak menjawab soalan ke apa ke... kalau tak mungkin tag tu akan terabai.. i am sorry for my laziness.. tag hanis aku tak jawab-jawab.. ampun Nis..

my dear heroes... aku kan ibu penyayang.. hehe

and thereafter, aku menyeru;
1. adik aku.. eves (awak pernah buat ke tak mal? tak kirelah.. anggap pernah jek)
2. enc. akmalhizam (if u read this)
3. pn. aidalin (if u read this)
4. pn. fadzilah (kak... ada rajin?)
5. aku anti-sosial.. so, takde orang yang ke-lima

Monday, May 4, 2009

First Comes Marriage

Lama aku nak menghabiskan reading aku kali ni. Bukan sebab buku ni tebal ke apa - 388 pages je - tapi sebabnye aku tak berapa faham mula-mula baca buku ni. Aku start-of with the reading sampai tiga kali ulang for the first chapter. Entah kenapa, banyak jugak wording yang boombastic yang aku tak paham dan story yang a bit mengelirukan. Pastu aku stop sekejap, lepas tu baca lagi. At last aku teruskan selepas hampir 3 weeks aku abandoned the book. Kali terakhir aku pick-up dan baca, aku teruskan tanpa henti. Makin lama makin interesting. Kali ni, aku ada feel baca thanks to to the wikipedia and online dictionary.

The story is quite interesting and not too heavy as I thought. How a family life transformed into a totally different and unexpected living. The unknown heritage. The love bond between siblings and the transformation of hate to sacrifice to love.

Conclusion, aku mula membaca buku ni sekali lagi - sebab aku nak fahamkan balik dan sebab aku suka cerita ni. Aku jugak rasa, apa -apa cerita bergenre romance pasti aku suka. kah kah kah. Typical pompuan kan. Dan tak pasal-pasal aku meng'wikipedia' ranks of nobility - british.

First Comes Marriage - Mary Balogh
" From Publishers Weekly - Romance queen Balogh (Simply Perfect) delivers a savory and passionate Regency to launch a series featuring three smalltown sisters. Handsome Elliot Wallace, Viscount Lyngate, discovers that he has become guardian to the newly titled Stephen, earl of Merton, who believes his sisters are committed to making his life miserable. Elliot determines to propose to Meg, the eldest sister, but widowed middle sister Vanessa catches him and proposes to him first. Elliot agrees to the match, sensing chemistry waiting to ignite between the two. Romantic encounters between the couple are indeed fiery hot, but their mutual expectations from marriage are a far cry from what soon transpires, and both husband and wife are surprised by what they learn about appearances and love. After a slow start, their tale heats up quickly and satisfies thoroughly.(Mar.) "

Wednesday, April 29, 2009

d*** u astro !!

9.45pm Monday. KBSW 303 - Boys Over Flowers. Sungguh asyik. Tiba-tiba;

"Services is currently not available"

tertera di screen tv.

Bini: Setannnn...!! Dah kenapa dengan astro ni? Tak hujan pun.
Laki: Cable die tak betullah tu. (sambil membelek-belek cable connected to the astro decoder zaman tok adam yang besor plus berwarna hitam yang dah tak kilat lagi serta berhabuk-habuk, hehehe)
Bini: Tapi kenapa hari ni? kenapa?!?! lagi 15 minit jek. Yek pun nak buat hal tunggulah BOF habis dulu. Menyampah betul. Pergilah tukar decoder baru. Bayar jeklah 79 inggit tu. Asyik macam ni jek. Potong stim betul!! (marah betul bunyinye)

Keesokan harinya di hadapan kedai agent astro.

Laki: Tunggu kejap, saya tanya kedai tu.

pergi dan kembali ke kereta 3 minit kemudian.

Laki: Pasang baru jeklah. Baru 50 inggit. Yang lama tu potong.

setelah berbincang di dalam kereta, menuju ke kedai agent astro itu kembali dan meneruskan pendaftaran baru.

Keesokan harinya. 1 300 82 3838.

Bini: Hello, saya nak buat pemotongan astro di rumah saya.
Astro: Boleh saya tahu reasonnya?
Bini: Saya nak decoder baru. (jujur sangat pehal?)
Astro: Tapi, pendaftaran baru hanya untuk new subscribers.
Bini: Oh.. kalau macam tu, saya dah tak tengok lagi jeklah astro tu. Saya nak buat pemotongan. (Ini satu penipuan)
Astro: Baiklah. Dalam masa sebulan kita akan buat pemotongan dan astro card mesti dipulangkan dalam masa 3 bulan daripada tarikh pemotongan ya Puan.
Bini: OK.

Morale:
Aku dapat decoder baru dengan harga RM50.00 sahaja bersama-sama new satellite dish. Aku apa kirelah kan. Kau dok sibuk nak jual decoder baru tapi promo new registration cheaper dari replacement of new decoder. The hell?

bila dia tak nak...

aku sebenarnya dah story bende ni kat Uji. Semalam pun jadik lagik. Seperti biasa, routine aku mengambil anak-anak aku kat rumah baby-sitter selepas kerje adalah lebih kurang jam 5 lebih hingga 6 lebih. kan aku pernah story yang baby-sitter aku - k.intan dan laki die abg. hadi bersama-sama anak-anak mereka sangatlah penyayang orangnya. back to the story, lately, anak aku si kecik iqram tu, bila aku sampai die senyum suka. tapi... die TAK NAK ikut aku especially bile k. intan tengah dukung die. sedih aku tau. anak aku sendiri TAK NAK ikut aku. semalam ... selepas aku agak-agak paksa die ikut aku, naik jek kereta nak balik, die melalak-lalak tekup tekup tangan kat cermin sambil pandang k. intan. sedih aku.. aku sampai cakap kat iqram.. "iqram.. ni kan mommy ni..." huk huk... si abang pun macam tu jugak. selalu jugak die cakap macam ni.. "abang tak nak balik... abang nak tido rumah mak".

Tuesday, April 28, 2009

Lengkap Melengkapi

Karipap or epok-epok (orang johor je yang panggil ni) kegemaran aku adalah karipap yang dijual oleh sepasang suami-isteri yang berniaga "open table" depan rumah - flat taman mawar. tak banyak choice kuih-kuihnya.. cuma karipap, pau sambal - aku panggil roti pedas- ada jugak yang panggil burger malaysia - whatever panggilan lain lah, dan donut. Pada aku, cuma karipap dia jek yang aku layan. Memang marvellous ! Pastry dia pakai marjerin/ butter dan aku tak rasa ada minyak sebab bila pegang atau lihat rupa dia, kite dah tahu dah kualiti pastry dia. Karipap kentang berbentuk bulat dan karipap sardin berbentuk biasa tu. Masih kekal dengan harga RM1.00 for 4 pieces. Selain dari kuih-kuih tu, pakcik dan makcik ni ada jual nasi lemak, mee-hoon goreng, mee goreng dan adakalanya kuey teow goreng or nasi goreng. Tapi kat area ni banyak mat bangla tunggu bas nak gi kerje. Kebiasaannya, kalau aku lambat, aku memang tak sempatlah nak pusing menyinggah. Kalau aku datang office dengan borongan karipap sedap tu maksudnye aku cepat sikitlah hari tu.

Tapi sekarang yang in-charge jual beli adalah pakcik KS (Karipap Sedap.. aku tak tahu nama pakcik tu). Makcik KS sudah tak nampak, kadang-kadang aku nampak kelibat dia kat dapur. Rumah dia ground floor dan berhadapan dengan "open table" dia. Makcik KS ni aku rasa adalah seorang pensioner. Mungkin dulu die pernah kerje sebagai seorang kerani atau under admin. Kenapa aku kata begitu? Sebab, pernah beberapa kali aku terserempak dengan mat bangla membeli karipap kat situ. Mat bangla itu pastinya mat bangla yang baru sampai malaysia dan teringin nak makan kuih malaysia. Dia tak pandai langsung berbahasa melayu. Makcik KS memberi penerangan tentang harga karipap dan intinya dalam bahasa london. Aku dengarkan aje. Dan dari situ, aku confirm die adalah seorang pensioner. Dan automatically aku teringat kat satu kakak kat office aku yang dah pencen - K. Meow. hehehe... K. Khad or K. Cat. English orang lama-lama ni memang mengalahkan kebanyakan english bebudak zaman sekarang tau. Die punye pronunciation tu clear. Grammar tu jangan cakaplah.

Pakcik KS pulak, aku dah beberapa kali nampak die menyapu sampah kat area traffic light dan tepi-tepi jalan dan jugak berbasikal sambil membonceng alat-alatan seperti beberapa batang penyapu dan penyodok sampah. So, aku assume die jugak dah pencen dan sekarang bekerja part time menyapu sampah, mungkin jugak kerja ini sebagai satu riadah bagi dia. Pakcik KS ni atas observation aku, boleh dikategorikan sebagai orang yang agak "lurus alam".. kalau pepatah melayu "lurus bendul" tu macam tak sopan jek bunyinya. Berbanding dengan perwatakan Makcik KS yang nampak lebih cerdas dan tegas, tapi murah dengan senyuman.

Bukan ke manusia ni memang diCIPTA oleh Tuhan dengan pelbagai kepandaian dan kelebihan tersendiri.

Kalau semua manusia ni, masuk university dan belajar hingga ke menara gading - in the first place, kenapa pepatah melayu cakap sampai ke menara gading ek ?- siapa pulak yang nak melengkapi kitaran pekerjaan yang seperti Pakcik KS lakukan as a part-time job?

Dan "kau dicipta untukku" will consists of one element of stabilisation in each relationships. Barulah namanya kau tercipta untuk ku....

Pernah arwah mak aku berkata "Rul.. cubalah belajar jahit baju dengan Ngah (kakak aku yang sekarang ini adalah tailor di rumah sepenuh masa). Kan senang nanti, kau tak payah nak tempah-tempah baju."
Jawapan aku.. "Mak.. kalau semua orang belajar jahit baju dan pandai jahit baju, susahlah tailor macam Ngah tu nak carik makan."

Sememangnya, aku tak minat bab-bab jahit-menjahit baju ni, kerja tangan aku tak berapa nak kemas. Kalau jahit-jahit cushion ke.. langsir bodoh-bodoh ke.. benda-benda merepek cam pencil case ke.. boleh pas kat aku. Jahit baju ? Sorry.. hehehe.

Thursday, April 23, 2009

dip it.. hey.. dip it, flower

Kesian pulak aku tengok blog aku ni. Bila aku jengah die.. rupanya, entry aku for April cuma ada satu jek. Unbelievable betul. Aku sebenarnya dirundum perasaan gelisah. Hehehe.. merepek-repek saje. Boleh gitu?

Sebenarnya aku dah mula tenggelam dalam dunia yang aku suka. Bila aku dah mula menyelam, agak sukar jugak aku nak timbul walaupun nak menghirup oksigen sedikit. Aku akan khayal dan khayal dan khayal...

Anyway, korang pernah dengar tak nama "bunga dip"? mungkin pernah tengok tapi tak tahu nama dia. Zaman sekarang ni, bunga dip biasanya dijadikan bunga hiasan or now they call it as bunga dulang dalam hantaran. Tapi hanya yang betul-betul berkemampuan je yang sanggup nak jadikan bunga dip as their bunga dulang. The price is quite expensive ranges from belasan ringgit hingga ke puluhan ringgit for the full bouquet. Semuanya depending on the design and maybe the material used. Ada jugak yang gunakan bunga dip ni as a hand bouquet - which most of the times, it will be rented from the butik andaman or any personal wedding decorer. And also, boleh jugak dijadikan hiasan kat rumah. Replacing the normal plastic artificial flower. Still, not so many yang mampu nak jadikan bunga dip as their interior decor flower.

Aku memang sangat suka dengan bunga dip ni. Siapa tak suka benda yang cantik kan?. Kat Malaysia ni, dah ramai orang yang pandai buat bunga dip ni. Bunga dip ni dah lama pun wujudnya, since 70s. The origin is the Sakura country. Yang pro-pro tu ada yang bukak class for learning how to DIY bunga dip. The classes ranges from RM250.00 and above. Most of it is in KL. Aku memang meng"bookmark" or "add to my fav" all the bunga dip makers' sites.

Dah lama jugak aku simpan hasrat nak belajar buat benda ni. Actually, the method is basically almost identical to bunga stokin. Only the medium used for the petals is different. Just to share some photos from the "absolute master" of bunga dip kat Malaysia ni, Puan Krie (sorry..this is my personal point of view). She is sooooo master in it. From all over bunga dip sites I jumped into, I still found her works as a VERY classic with highly in class of course. Tiba-tiba aku semakin menjadi-jadi ter'inspired.

Seperti biasa, aku cuba cucuk jarum kat Uji untukbersama-sama merealisasikan impian aku. kekeke. So, macamane.. ada berani ?

Wednesday, April 1, 2009

Boys Over Flowers + Korean genetics

Boys Over Flowers. Those with ASTRO, now it’s airing at KBSW303, Monday and Tuesday – 9 to 10 pm and also Sunday noon.

As said before, salah satu routine aku bila di rumah, takde cerita yang menarik untuk di tonton, tangan aku pasti akan menekan punat 3-0-3 di remote ASTRO. Tapi, aku tak begitu committed. Kadang-kadang aku lupa, dan aku selalu ter”miss” the ending of the story.

Boys Over Flowers adalah adaptation from the very famous Japanese manga – Hana Yori Dango (which aku tak pernah baca). The drama is the Korean version. Taiwan did theirs few years back with Meteor Garden and Meteor Garden II. I did the Meteor Garden few times and Meteor Garden II - Volume I and IV. Now, I am addicted to Boys Over Flowers which I hope I will not miss it. Tapi, aku agak bengang cos hari Selasa, aku nak tengok “Cinta Untuk Ain” (hehehe.. what a drama queen la aku ni)… which I ended up watching both with the CUA in the big screen and BOF in the smaller screen. The audio however, is on CUA which will do for me for just reading the subtitle from BOF in the small screen. Memanglah kurang “kick”… tapi aku pun tak boleh terlepas tengok dua-dua itu. Kah Kah Kah. However, BOF ni a bit different from Meteor Garden, so, itu sebab aku mesti tengok.

Persoalannya di sini, as I watched the drama, my “observation theory” semakin kuat. It’s about the Korean genetic. They do have a pointed nose. Most of them.. almost of them. Atau adakah only the pointed noses were picked up to be on air? Nope.. I saw few here in the company, they all have pointed noses. And, their features also somewhat are unique. A bit of supermodel-like features. A very fine jaw-line, thin and tall. Tapi, the tall element does not blanketing the old generation. Their old generation is quite small. This thing goes the same with Japanese. And I’ve been thinking, what makes them tall ? Is tall actually passes through genetic alone? Aku dan Uji ada discuss pasal benda nie.. we bet that the “daily diet” might have the effect. Or, maybe they are munching or gulping a “highly confidential secret ingredient” in order to make them tall or at least their next generation tall. You know that Japanese and Korean are very highly competitive people. They strive for the best. The technology, so far, they can be proud of. Even Germans admit that they can’t really beat them now on the vessel-building industry. So, for being tall, they can excel in sports maybe ? I am soooo going to find out about Korean. Siape ek yang aku nak interview? The only Korean yang aku kenal hanyalah one guy from our Yard Optimisation team. Tapi, dah lama aku tak nampak dia. Is he still here?

Monday, March 30, 2009

being a Johorean + UMNO

one of being a typical Johorean "move" is much or less care about the party that governed Malaysia for 50 years, UMNO. aku dibesarkan dalam suasana pergolakan dan kebangkitan UMNO. kenapa aku kisah dengan UMNO?

pertama sekali, kerana aku dilahirkan di Johor, di mana UMNO ditubuhkan.

kedua, tetapi boleh jadi ini sebab pertama, mak bapak aku adalah orang-orang yang kuat menyokong UMNO. ingatan aku sekuat dari sekolah rendah, hingga ke hari ni, setiap kali pilihanraya, rumah aku pasti dihiasi dengan gelombang-gelombang biru. mak bapak aku antara jentera-jentera UMNO. walaupun kecil sumbangan mereka, tapi, pada aku, setiap peluh yang mereka curah untuk meraih undi di kampung kecil itu, amat bermakna bagi aku yang melihat. mereka melakukan tugasan tanpa balasan - pada pandangan aku, seikhlasnya. tapi sekarang ni, yang aku tahu, abang sulung aku, berpaling arah. dia antara orang kuat DSAI. tapi, sekarang ni, aku tak tahu dia pilih jalan yang mana. sebab musababnya, dia tidak tinggal di kampung di mana UMNO dijulang-julang. bersekolah rendah inggeris hingga kemudian berdiam di asrama dan terbang meninggalkan tanahair dan kembali ke tanahair dan terus menetap di kota metropolitan menjadikan dia "disloyal". kami yang lain-lain, masih mewarisi pegangan mak bapak kami. yang paling jelas, abang aku yang ke-enam dari adik beradik. dia adalah antara beribu jentera-jentera pemangkin UMNO (dia sungguh marah pada aku dan adik aku yang memutuskan diri untuk tidak pergi mengundi pada pilihanraya lepas dengan alasan tak sempat).

ketiga, Malaysia diterajui oleh Perdana Menteri yang hebat sejak aku dilahirkan. aku membesar dengan cita-cita beliau dan aku bersama-sama jutaan rakyat Malaysia merasai pembangunan dan kegahhan yang dicipta dari idea-idea beliau. sebab itu aku sehingga kini tetap di belakang.

aku tumpang gembira dan hampir menitiskan airmata bila melihat penutupan Perhimpunan Agung 2009 yang lepas menampilkan bibit-bibit permulaan yang baru untuk UMNO.


a remarkable momento for all.
oopss.. tak lupa juga, kenangan terindah buat si menantu.


teori "brand loyalty" yang aku pelajari dulu memang merangkap "global" term, it does not limit to products or services only. anyhow, think wisely.

Saturday, March 28, 2009

twilight... the movie vs. the novel

I am done with the twilight-the novel. practically, there are a lot of differences between the novel and the film itself. obviously, the novel is detail in describing things which makes the film is in the "brief" stage. however, i have no problem with that. i love both. there are some plots and scripts however, are the same. that.. will make one flashing back in between the film and the novel. as for me, i watched the film twice before continuing with the second book - new moon and the rest. i actually read the first book - twilight after i'm done with the other three books and of course, i bought the twilight later.. hehehe.

From my opinion, some lines in the film, are better in sound compared to the one in the novel. they did a good job in the improvised version. how did Bella find out about who or what is Edward, the film did it better. Bella's visit to the Cullen's mansion, the film made it more interesting. how Edward picked up Bella at Charlie's for prom is far better in the film.

The scenes where the predator coven - James, Victoria and Laurent hunted the human, are none in the novel. I prefer the film better, the scenes in the film gives extra "ouomph" to the existence of the bad vampire and the "vegetarian" vampire. The haunting and the crimes scene in film also do a great job on the Chief Swan's existence in the Forks and consequently, the "fatherly" character of Charlie.
Charlie went missing at the end of the novel, I don't prefer that.

Twilight the novel, tells about how Carlisle and Alice became a vampire in detail. It also explains why Carlisle and Esme are eager and fond to know that Edward finally found his love- Isabella Swan. So, for the film watcher, to know in detail, Twilight the novel will do the history for you.

Catched few lines from the novel that are in the film. here is one of my favorites line;

"About three things I was absolutely positive. First, Edward was a vampire. Second, there was part of him - and I didn't know how potent that part might be - that thirsted for my blood. And third, I was unconditionally and irrevocably in love with him." - Bella Swan pg. 195 Twilight; Stephenie Meyer.

Due to Twilight, Kristen Stewart and Robert Pattinson hit a sudden-fame. Lucky them.

Tuesday, March 24, 2009

twilight lagi

Hehehe.. Sampai jugak akhirnye yg aku tunggu2.

Monday, March 23, 2009

he is now ONE !!

cepat jek masa tu berlalu.. iqram is now one.. to be exact, semalam, 22nd March 2009, Iqram Munsieff is officially ONE. anak kedua aku ni belum pandai jalan lagi. dah pandai berdiri sendiri, menapak setakat satu dua langkah jek. pastu sengaja rebah-rebahkan badan. kalau kita tak tunggu die depan mata, ada tersembam muka kat lantai. iqram ni sangat naughty. suka dengki abang dia. actually, sama jeklah dua-dua ni.. saling sakat menyakat. kalau abang die nangis, die boleh tiru kekadang tu, die siap ejek-ejek (jelir-jelir lidah) kat abang dia. pastu, buat suara la-ala marah (ni memang sah tiru gaya aku marah). iqram tak macam ilhan yang senang ditinggalkan walau di mana pun. iqram ni asyik nak bergayut je kejenye. kadang-kadang tu, aku naik tension. yea lah.. nak pergi toilet pun susah tau. asyik nak duduk dekat dengan dia jek. rumah aku tu dah macam ape. jarang sekali aku sempat nak menyapu. kalau time die tido, aku sempatlah jugak sidai baju. jadik, jangan salahkan aku kalau rumah aku tu berhabuk setebal 5-6 inci (serious beb!!). kalau tak caya, korang jaga iqram sejam. baru korang tahu... hehehehe..anyway, he's "my precious !! O my precious" (ha.. yang ni buat gaya-gaya Gollum from Lord of The Rings- hehehe.. eik.. geli la plaks).

Friday, March 20, 2009

nak jadi kaya..? nak jadi semakin muda ?

nak jadi kaya?
siapa tak nak jadi kaya kan ? pembohongan terbesar kalau seseorang tu kata dia tak teringin nak jadi kaya. tapi, nak jadi kaya sekaya mana? nak jadi kaya dalam apa? sehingga bila nak jadi kaya? dan bila pulak nak jadi kaya? dah tengok jamal malik dalam slumdog millionnaire? teringin tak nak jadik kaya tiba-tiba macam jamal malik ? aku nak. tapi kan... mungkin mimpi aku nak jadi macam jamal malik ada, tapi sanggupkah aku jalani apa yang jamal malik jalani dalam hidup dia hingga dia menjadi kaya tiba-tiba ? setiap kegembiraan pasti ada kedukaan dan setiap perubahan pasti ada pengorbanan. dare to put yourself in his shoe ?

nak jadi semakin muda?
ehh... siapa tak nak kan ? aku nak. produk-produk sekarang semuanya sibuk promosi awet muda, tegang kulit, tegang b**b, dan macam-macam teganglah. tapikan.. khir toyo kata makan tempe jek ... hahaha.. aku makan tempe dari kecik sampai sekarang, tak cantik pun kulit aku. bohong betul khir toyo tulah. aku nak saman statement dia boleh ? yang orang sibuk-sibuk nak jadi muda ni, diorang dah tengok tak the curious case of benjamin button? nak ke jadik macam benjamin button? reverse the growth. makin lama makin muda. makin lama makin muda... ni bagi jek kat artis-artis macam anita sarawak ke, tak pun hot stuff azizah mahzan ke, ha ha.. tak pun sape tu yang kawin dengan budak muda tu..eh! pesal aku lupa ek nama dia... haaa... rosnah mat aris.. suruh diorang jadik benjamin.. mungkin wishes diorang terjawab. hahaha. so untuk korang, dare to put yourself in his shoe?

anyway, aku just nak share apa yang aku tengok dalam dua tiga minggu ni sebenarnya.. hehehe.. tengok SDM, aku jadik penat. terikut-ikut penat si Jamal Malik tu. lagi satu.. now you know the dark side of india. erghhh!! tengok TCCOBB, mula-mula aku boring cos slow sangat pace die..tapi makin lama makin menarik. aku rasa the peak is at the end of the story in which berjaya memutiarakan mata aku. lagi satu, teringat-ngat keindahan new orleans. serious! new orleans tu sangat cantik and very peaceful. tak tahulah apa jadi lepas Katrina Hurricane. pernah jugak experienced melarikan diri from hurricane di New Orleans. masa tu George Hurricane year 1998. nasib baik George berpatah balik ke laut. nasib New Orleans masih baik lagi waktu itu.

Wednesday, March 18, 2009

irrational .. isn't it ?

how can the same disgusting offence receives different punishment ? are they counting on the amount of the $ given out? or number of the idiot parties that receives the $? or the position that they wanted to contest? a bribe is a bribe !! anak hantu Dollah (..even hates to mention the name) should row the same boat with Ali Rustam. Apalah nak jadik... geram geram geram !

anyway, what happened to MU? erghh!

Tuesday, March 17, 2009

twilight saga .. the end

.. the end of twilight about a week ago. aku cuma malas jek nak update on my reading progress. keterujaan melampau aku bila aku mula membaca membuatkan aku me"marathon"kan masa seminggu tanpa henti menghayati new moon-eclipse-breaking dawn.

nak cerita lelebih, ada orang yang masih membaca novel-novel itu membaca blog aku jugak. i hate the element of unsurprise if it comes to stories. any.. film, drama, book.. whatever. "potong stim" giller kalau dah tahu the ending. so, i treated the other readers as the same. so, mind me if i'm not telling anything. not even a single word on what's next.

my conclusion, the stories varies from light to heavy. few plots need to be read few times in order to understand the "history".. and i did ignore some (after reading it three times, and dah malas nak fikir and relate anymore)... hahaha. i like the way stephenie put on her thoughts. she can be she and he. hey, the books are selling fast. stephenie ni buat duit betul!!

rating? malas nak rating cos ade orang akan kata i am bias pulak because robert pattinson is edward cullen... ape-ape pun. cinta cinta cinta!! mwahahaha! so, now, waiting for the original DVD to release and of course looking forward for the new moon in film. and you know what, why'lah mat salleh nie so hebat when it comes to film? they have started looking for a new director for eclipse !! while new moon is just started-off shooting.. impressive!

Tuesday, March 3, 2009

The twilight saga

Lihat apa yg ada di atas mejaku.. Wahaha .. Aku suka aku suka.

Saturday, February 28, 2009

adam lambert anyone?

next american idol ?
my vote goes to
he is amazing and exceptionally gorgeous.. hahaha
hey.. randy said he is a mash-up of Aerosmith's Steven Tyler, Fall Out Boy, "Twilight" star Robert Pattinson and My Chemical Romance.
totally agreed.

Stephenie Meyer.. TWILIGHT

Twilight - adopted from a novel written by Stephenie Meyer.

Aku dan keterlambatan aku. Aku memang selalu macam tu. Orang dah berpuluh kali tengok or baca or whatever .. aku baru tahu. Since aku bukan movie-goer, as mentioned before (I am allergic to cinema.. aku akan muntah half way or after tengok wayang), maka cerita ni dah basi utk sesetengah orang, tapi baru untuk aku.

So, aku baru jek layan cite ni masa lunch semalam. CD tu dah diberi oleh hanis hampir 2 minggu, tapi dok terperap kat office since aku tak dapat masa yang sesuai. So, yesterday.. the timing is quite good. Conclusionnye... aku fell in love with the story. Simple, yet, entertaining. Tak kisahlah orang kata vampire story ni bosan ke ape ke .. I just love it. Especially with the main characters - Edward Cullen and Bella Swan. Edward Cullen - Robert Pattinson, he is so "ganteng & unique".. perfect for a vampire look. Sape yang tak pernah tengok.. kalau rasa cam nak "feel - feel".. layan!

Seperti biasa, ketagihan aku ni selalu menyebabkan aku a bit insane.. macam Laskar Pelangi yang Uji introduce. I WANT MORE !!. End up, ordered the sequels already from Kinokuniya.. not only the next, but up until the end... New Moon, Eclipse & Breaking Dawn.

Stephenie is damn clever to post a free first episode for every book. What a strategy she got overthere.

p/s; thank you Anis!

Wednesday, February 25, 2009

Our Vacation ~ Meow !! (PART II)

PART II - Last part

Kitorang decided not to go to Cultural Village since Iqram might not enjoy the thing plus the entrance is RM60.00 per adult (and that is the main reason kot .. kekeke). Second spot yang normal orang pergi is tempat pasu..with our "unstoppable jumping and running machine"- Ilhan The Great.. it is a big NO NO. Owh.. and also, kek lapis. Orang kate cheaper kalau beli kat Dayang Kek Lapis.. kitorang tak sempat pergi. actually across the river jek, and a walking distance. We had our dinner at Barok, across the river. Naik bot penambang.. tahu tak berapa kena bayar? sorang RM0.30 jek. Ilang akal ape? kesian pakcik yang dok mengayuh sampan aka boat tu. Tapi, lepas dari 10 malam, harganya RM1.00. Kitorang keluar dinner around 10.00 pm cause tak smapia hati nak kejutkan Ilhan dan Iqram yang tengah tido nyenyak tu. Sungai Sarawak ni ada buaya tau, therefore, udang galah pun banyaklah.. kat jetty seberang tu - Kampung Boyan, ramai orang dok mancing udang. Tu yang aku agak ngeri bila naik bot tu, dah lah gelap..tapi tawakkal jeklah.. tak sampai 3 minit pun. Hehehe.

Last day, had our breakfast kat hotel dan terus jek pergi last minute shopping. Our flight back is at 2.25 pm. Cab fare is RM22.00 from the hotel to the airport.

Kitorang pergi with around 10 kilos luggage and went back with 45 kilos luggage. Miahahaha. We had fun. Enjoy the pics.


Our Vacation ~ Meow !! (PART I)

PART I

Kitorang pergi vacation last weekend to "meow" Sarawak. Departed on Saturday morning dan balik sini on Monday afternoon. First day, just jalan-jalan kat Waterfront and pergi shopping souvenirs kat shops across Waterfront. Kat sini, segala benda berunsur Sarawak boleh didapati. So, advisable to stay in the hotel around area kat waterfront. Our stay is at Grand Margherita Hotel (sungguh tak islamic nama hotel tu.. formerly known as Holiday Inn. tapi, don't worry - they already provide sejadah kat dalam room without asking from room service). Hotel ni is the only hotel yang berada di riverbank. Yang lain such as Hilton and Riverview are across the road. (Tapi, Hilton's location is quite nice.. recommended utk sape-sape yang nak pergi holiday kat sana... nearer to the shopping area).

Second day, kitorang ambik tourist guide (he is a free lancer).. naik Myvi since kitorang satu family jek. Start our tour at 8.15 am, shoot to Semenggoh Wild Centre. Tengok Orang Utan, feeding time diorang is at 9.00 to 10.00 am and afternoon session is at 3.00 to 4.00 pm. So, we chose the morning session. Orang Utan ni semi-wild. Yang wild one mungkin tak datang kat area ni. From the entrance, need to walk up a bit hilly track around 200 meters. Entrance is only RM3.00 per head. Next stop is Pasar Serikin, nearby Kalimantan border and 1km from Garisan Khatulistiwa. So, you can imagine the sun shines. Almost 80% barang-barang from Indonesia.. guess what ? Cheap. Segala barang ciplak, bag, baju, cap, glasses (just like padang besar). Telekung, tudung indon, curtain, baju kebaya, alas meja, periuk belanga, udang kering, sotong kering, dan segala macam barang indon lah. We had our lunch at Pekan Bau. Udang galah besar giller.. priced at RM6.00/7.00 per piece (kat sini takleh dapat woo..even kat Endau, mau 20 hinggit sekor kalau kat sini). Next, kitorang pergi tengok buaya.. (kelaka jekkan? sarawak kan ke terkenal dengan Bujang Senang.. so, why not? ada show buaya jumping tau)... at Jong's Crocodile Farm with entrance of RM16.00 for adult and RM8.00 for kids. Next, kitorang saje jalan-jalan kat Wisma Sebarkas without tujuan dan last sekali pergi Pasar Satok beli apa lagi.. terubuk masin'lah. Sampai balik hotel at 5.00 pm. Our tourist guide fee is RM250.00.

Enjoy the pics.

Tuesday, February 17, 2009

bougainvillea

satu-satunye pokok yang kembang mekar kat rumah aku. yang lain semua dah mati. hehehe. pokok bunga kertas ni senang nak jaga. takyah nak susah-susah siram air hari-hari. dua tiga hari sekali dah memadai. kalau nak banyak bunga, biasalah... kena letak baja bunga, nak cantikkan daun, letak baja daun. tapi.. aku tak letak pun semua tu. mula-mula jek.. lepas tu baja ke mana.. aku entah ke mana. sebenarnye, pokok ni ada tiga colour bunga.. a bit expensive compare to one colour.. lagi banyak colour, lagi mahal. mula-mula, aku agak pelik kenapa pokok ni asik keluar bunga putih jek.. mana warna purple and pink ? rupanya.. laki aku dok cantas dahan-dahan bunga colour yang lain tanpa pengetahuan dia bahawa dahan dahan yang 2 lagi tu adalah colour lain. sampai sekarang, dahan-dahan tu merajuk dan takmo hidup lagi. so, tinggal yang putih jek. geram aku dibuatnya. bila aku tanya kenapa dia cantas yang tu jek.. die kata.."mana saya tahu yang tu colour lain.." geram-geram.. anyway, bebunga ni seperti biasa la.. cantik dilihat tapi jenuh disapu. infact, aku sapu laman aku tu sekali jek seminggu.. hahaha. kalau lalu lorong tu, rumah paling serabut, rumah aku la. so what ? hehehe.

Monday, February 16, 2009

Apa kes mamat ni...

Aku nak tanya. Apa kes mamat ni..? He and his teddy ? Wth. Kite lihat siapa yg punye.

aku hutang tag..

aku hutang tag.. so, aku langsaikannya hari ni.

Senaraikan 5 perkara tentang org yang tag kamu:
Encik Akmal Hizam
1. Tak pernah kenal him personally, read his blog regularly though.
2. Riding a BICYCLE to work, read his blog as well. Impressive. (Tak pernah terserempak lagi)
3. Speak English VERY the English.
4. A guy with a strange hobby-for-guy (read his blog)
5. Someone with a great personality (from my observation..seriously)
6. One more, kitorang adik beradik tau.. (atas nama je..hehe..joking!!)

Cik Nurshazalina Yuhanis
1. Cantik.. dia cantik tau !!
2. Single and available.. (eh.. betul ke ni Nis?)..rasa-rasanyelah.
3. Drive kereta macam el-pelesite… (hehehe.. jangan marah Nis.. tapi la ni, dia dah tak boleh nak berpelesite.. yet.)
4. Recently, tunggangannye dah diupgrade.. (tu yang tak boleh nak berpelesite lagi .. buat masa nil ah..hehe)
5. Ada satu mamat Philippine kat opis aku dulu tengok die sampai hilang pandangan pastu die sebut ni, “She looks like a coca-cola bottle”.. Hehehe.. so, paham-paham jeklah wei..

Tuliskan novel kegemaran kamu:
Honestly, I don’t like to read. But, I do read sometimes. This is not a novel.. “Who Moved My Cheese by Spencer Johnson, M.D.”

Listkan 5 benda yang kamu sayang
1. Spec aku.. aku buta tanpanya…
2. Digital photos dalam pc aku.. aku takde hardcopy..
3. Koleksi pinggan mangkuk kat umah aku.. aku suka kumpul pinggan mangkuk..(typical pompuan’lah kan..)
4. Gambar kahwin aku.. hehehe..
5. Apa-apa sahaja yang ada dalam handbag aku..

Friday, February 13, 2009

Inneke Koesherawati

Sebenarnye aku beri diri aku ruang untuk insafi diri setiap Jumaat. So, today is FRIDAY. Story aku hari ni pasal si cantik Inneke. Why?

For those penggemar sinetron indonesia.. mesti kenal siapa Inneke Koesherawati. Aku kenal die melalui sinetron Mutiara Hati. Aku seperti biasa, on and off kalau menonton sinetron Indonesia ini. Bukan ape.. sometimes geram dengan plot-plot'nye. Unimaginable absurd (Laa.. ni dah start melalut la pulak). Well, latest sinetron @ TV3 @ 6.00pm every Sunday - "Isteri Untuk Suamiku" menampilkan si cantik Inneke jugak. (Korang tahu tak berapa cantik pompuan ni... ? pada aku.. dia sangat CANTIQUE).

Kat atas tu aku dah mengarut-ngarut. OK.. now, get back to the point. Inneke ni, pernah diberi gelaran "sex symbol" and pernah acting "nude" dalam filem. But, now, she's changed. Inneke telah berHIJRAH in 2001.

Dalam satu wawancara, she did mention these;

“Semua orang miliki kisah lalu dan saya kira tidak adil jika kita mengungkitnya untuk dijadikan ukuran,”

“Kini saya banyak berpuasa dan solat untuk mengganti semula semua kewajipan yang saya tinggalkan satu ketika dahulu. Syukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan buat saya berubah,”

Salah satu HIJRAH yang insya-Allah akan aku tunaikan jugak.. when?

Thursday, February 12, 2009

detik mula dia berdikari..

aku, seorang emak yang sangat garang.. really.. seriously.. adakala jeritan aku kat anak aku macam boleh didengar satu taman. mesti orang ingat aku mental. kadang-kadang aku rasa aku ni kejam gile. aku boleh punish anak aku duduk kat dalam store kalau tak dengar kata. menjerit-jerit si ilhan kat dalam store. tapi tak sampai satu minit pun.. hehehe. ni gertak jek. tapi, dia hanya ingat kesalahan dia tu tak sampai 3 minit pun. pastu, "assalamualaikum" new-thing-yang-boleh-buat-mommy-menjerit actions. ade masa aku malas nak layan, aku boleh buat cool or buat bodoh jek (eh.. ni kalau ilhan dengar aku cakap bodoh.. mesti dia terus cakap macam ni.. "jangan cakap bodoh-bodoh, nanti Tuhan marah".. memang dia macam auto-machine tau kalau dengar perkataan "bodoh" ni). tapi, disebabkan oleh aku yang sangat dikenali oleh quite-bad-tempered person oleh adik beradik aku.. jarang aku dapat bersabar dengan tindakan-tindakan Ilhan. Ada masa, Iqram pun boleh kena marah dengan aku tau.

kat sini, aku nak cerita. puas aku marah ilhan sebab masih tak pandai-pandai lagi pakai baju sendiri. terkebil-kebil mata die tengok aku bila kena marah.

tapi semalam, ilhan merengek-rengek nak tukar pyjama dia. dia ternampak baju superman yang bapak dia belikan kat atas katil. aku tengah mood agak baik malam tadi. aku layan... (kalau si wahid senario tu.. asik-asik nak cakap "zass") jek. aku suruh dia bukak baju sendiri (yang ni dia dah pandai sikit-sikit.. adakala part baju ada fail skit). lepas tu dia ambik seluar dan pakai sendiri. normally, dia fail tang getah pinggang. tapi, malam tadi, ilhan boleh betulkan getah pinggang seluar yang berbolot-bolot tu dengan teliti. aku tengok rasa macam tak percaya. lepas tu, aku tunjuk kat dia, since baju tu gambarnye kat depan, aku suruh dia letak dulu atas katil sambil gambar mengadap bawah. dia buat sendiri, masukkan kepala, masukkan tangan, betulkan pelipat tangan.. tiba-tiba aku rasa air mata aku bergenang. korang tahu tak apa maknanya tu ? maknanya.. ilhan dah mula berdikari. sebelum ni, aku puas marah-marah dia pasal tak pandai-pandai pakai baju sendiri lagi. tapi, malam tadi, ilhan buat aku sebak.

bagi aku, bila dia mula pakai bajunya sendiri.. itulah detik dia mula berdikari.

tapikan.. ade satu benda ni. as of now, ilhan masih pakai diaper.. dah berbulan buat potty-training. FAIL!

Tuesday, February 10, 2009

Sang Pemimpi & Edensor

Aku dah tak sabar nak sambung rentetan cerita dari Laskar Pelangi. Decision aku untuk beli sendiri buku-buku tu tak tercapai cos aku ni jarang keluar ke shopping complex. So, at last aku pinjam lagi dengan UJI. Sang Pemimpi & Edensor - tetralogi dari Laskar Pelangi yang aku baca tahun lepas. Kirenya, tahun 2009 ni, aku dah habiskan membaca 2 novel. Semangat kuat aku teruskan pembacaan atas dasar-dasar ingin tahu apa jadi pada si Laskar Pelangi. Rupanya Sang Pemimpi & Edensor membawa aku berkenalan dengan watak baru - Arai dan Jimbron. Nak tahu lebih-lebih, kena baca sendiri.

Andai aku cikgu Bahasa Melayu, this book is a must read for students. In conclusion, I highly recommend this book for reading. Sayang, Laskar Pelangi sold out in almost everywhere. But, I have a pdf copy if anybody interested. For Sang Pemimpi and Edensor, still avail in bookshop.
*Thanks to UJI cos kenalkan aku dengan Andrea Hirata. He's a miracle.
Walaupun aku dah habis baca buku-buku ni, aku tetap akan membelinya. Akan aku suruh Ilhan dan Iqram baca suatu hari nanti... aku harapkan Ilhan & Iqram akan seakrab Ikal dan Arai.. Amin.
Aku kini dalam pemburuan the end of Laskar Pelangi - Maryamah Karpov. (Belum masuk Malaysia lagi rasanya). And the film itself - Laskar Pelangi.

Friday, January 30, 2009

bilakah kita akan bertemu lagi ?

hari ni kan jumaat means malam tadi adalah dianjurkan untuk menghadiahkan al-fatihah untuk si mati. minggu lepas, aku tak tahu kenapa, tapi hati aku tiba-tiba terkenang pada arwah mak. aku menangis sorang-sorang. aku pernah tertanya, sebanyak mana pun duit yang kita ada, bolehkah kita membeli mak kita seandainya dia tiada lagi di dunia ini ? dan minggu yang lepas.. hati aku tersentak, aku tanya pada diri aku sendiri.. "mak.. bilakah kita akan bertemu lagi ?" .. dan aku nangis lagi sekali... seriously, aku nak tanya.. "bilakah kita akan bertemu lagi ?"

Thursday, January 29, 2009

Boycott McDonald's.. Clarity

I've been religiously trying to avoid any products in the list of "Boycott Israel Products". One of the product listed in the index is the well-known McDonald's. Due to that, I have to sacrifice my enjoyment to the "seasonal very tempting delicious all time favorites prosperity burger" of mine. So, today, on 29th January 2009, two days past of CNY, with the semangat berkobar-kobar to update my blog about the "hatred" that I felt yesterday and past few days or weeks or so about people sticking the McDonald's sticker on their windscreen, I jumped in to the McD's site. And you know what?... this is what I got...

"01/15/2009 - McDonald’s Dispels War Effort Internet Rumors - There are new rumors circulating on the internet regarding "McDonald's donating profits to the war in Israel." These rumors are absolutely false. McDonald's never has and never will support war efforts in any area of the world through sales and profits in our restaurants."

Am I too late ? Or is this just a mere reason for them to escape from the boycotting campaign ? For those whom actually producing the Index of Products for Boycott Israel.. are they actually doing an in-depth study on this? Not that I'm blaming them.. I supported their effort. But people.. please remember, one business might terribly effected if one rumor is not true. This is called a defamation ! Islam against this act.

Uji said that when she went back to KL last weekend, McD restaurant seems to be quiet. They are badly effected. If this news is actually true TRUE. Pity them.

Thursday, January 22, 2009

khas buat adik aku

hehehe.. entry ni khas buat adik aku sempena entry die about this. semalam jugak terus aku mengidam (no no no.. not that mengidam ok..) nak makan ni. aku paksa laki aku pegi jugak tesco xtra lepas maghrib malam tadi, just to buy this. sedap u allsssss.. ilhan jek ngap dua dan mintak lagi. aku tak kasik sebabnye takut die overload, satu kerje pulak aku nak mengemop lantai malam-malam...enjoy the pic jeklah korang... for info utk mal... a dozen is RM21.00..

Wednesday, January 7, 2009

Hari Asyura

Aku lalai dan lupa yang hari ini adalah 10 Muharram. Sepatutnye kite umat islam disunatkan untuk berpuasa pada 9,10 & 11 Muharram. Tapi aku ? Aku lalai dan lupa. Ramai orang tak tahu 10 Muharram ni amat penting bagi umat islam.. banyak peristiwa yang berlaku pada hari ini. Infact, dalam bulan mulia ni. Tapi hari ni, aku just nak highlight on events happened on 10 Muharram...
  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Allah menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa.
  • Allah menerima taubat Nabi Adam.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan pada hari ini.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan langit dan bumi.
  • Hari Pertama Allah menciptakan laut dan bukit-bukit.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
  • Akan terjadinya hari kiamat pada hari ini.

dan 10 Muharram ni jugak...hari aku dilahirkan... Moga Muharram yang akan datang, aku tak lagi lalai dan lupa..