Wednesday, April 29, 2009

d*** u astro !!

9.45pm Monday. KBSW 303 - Boys Over Flowers. Sungguh asyik. Tiba-tiba;

"Services is currently not available"

tertera di screen tv.

Bini: Setannnn...!! Dah kenapa dengan astro ni? Tak hujan pun.
Laki: Cable die tak betullah tu. (sambil membelek-belek cable connected to the astro decoder zaman tok adam yang besor plus berwarna hitam yang dah tak kilat lagi serta berhabuk-habuk, hehehe)
Bini: Tapi kenapa hari ni? kenapa?!?! lagi 15 minit jek. Yek pun nak buat hal tunggulah BOF habis dulu. Menyampah betul. Pergilah tukar decoder baru. Bayar jeklah 79 inggit tu. Asyik macam ni jek. Potong stim betul!! (marah betul bunyinye)

Keesokan harinya di hadapan kedai agent astro.

Laki: Tunggu kejap, saya tanya kedai tu.

pergi dan kembali ke kereta 3 minit kemudian.

Laki: Pasang baru jeklah. Baru 50 inggit. Yang lama tu potong.

setelah berbincang di dalam kereta, menuju ke kedai agent astro itu kembali dan meneruskan pendaftaran baru.

Keesokan harinya. 1 300 82 3838.

Bini: Hello, saya nak buat pemotongan astro di rumah saya.
Astro: Boleh saya tahu reasonnya?
Bini: Saya nak decoder baru. (jujur sangat pehal?)
Astro: Tapi, pendaftaran baru hanya untuk new subscribers.
Bini: Oh.. kalau macam tu, saya dah tak tengok lagi jeklah astro tu. Saya nak buat pemotongan. (Ini satu penipuan)
Astro: Baiklah. Dalam masa sebulan kita akan buat pemotongan dan astro card mesti dipulangkan dalam masa 3 bulan daripada tarikh pemotongan ya Puan.
Bini: OK.

Morale:
Aku dapat decoder baru dengan harga RM50.00 sahaja bersama-sama new satellite dish. Aku apa kirelah kan. Kau dok sibuk nak jual decoder baru tapi promo new registration cheaper dari replacement of new decoder. The hell?

bila dia tak nak...

aku sebenarnya dah story bende ni kat Uji. Semalam pun jadik lagik. Seperti biasa, routine aku mengambil anak-anak aku kat rumah baby-sitter selepas kerje adalah lebih kurang jam 5 lebih hingga 6 lebih. kan aku pernah story yang baby-sitter aku - k.intan dan laki die abg. hadi bersama-sama anak-anak mereka sangatlah penyayang orangnya. back to the story, lately, anak aku si kecik iqram tu, bila aku sampai die senyum suka. tapi... die TAK NAK ikut aku especially bile k. intan tengah dukung die. sedih aku tau. anak aku sendiri TAK NAK ikut aku. semalam ... selepas aku agak-agak paksa die ikut aku, naik jek kereta nak balik, die melalak-lalak tekup tekup tangan kat cermin sambil pandang k. intan. sedih aku.. aku sampai cakap kat iqram.. "iqram.. ni kan mommy ni..." huk huk... si abang pun macam tu jugak. selalu jugak die cakap macam ni.. "abang tak nak balik... abang nak tido rumah mak".

Tuesday, April 28, 2009

Lengkap Melengkapi

Karipap or epok-epok (orang johor je yang panggil ni) kegemaran aku adalah karipap yang dijual oleh sepasang suami-isteri yang berniaga "open table" depan rumah - flat taman mawar. tak banyak choice kuih-kuihnya.. cuma karipap, pau sambal - aku panggil roti pedas- ada jugak yang panggil burger malaysia - whatever panggilan lain lah, dan donut. Pada aku, cuma karipap dia jek yang aku layan. Memang marvellous ! Pastry dia pakai marjerin/ butter dan aku tak rasa ada minyak sebab bila pegang atau lihat rupa dia, kite dah tahu dah kualiti pastry dia. Karipap kentang berbentuk bulat dan karipap sardin berbentuk biasa tu. Masih kekal dengan harga RM1.00 for 4 pieces. Selain dari kuih-kuih tu, pakcik dan makcik ni ada jual nasi lemak, mee-hoon goreng, mee goreng dan adakalanya kuey teow goreng or nasi goreng. Tapi kat area ni banyak mat bangla tunggu bas nak gi kerje. Kebiasaannya, kalau aku lambat, aku memang tak sempatlah nak pusing menyinggah. Kalau aku datang office dengan borongan karipap sedap tu maksudnye aku cepat sikitlah hari tu.

Tapi sekarang yang in-charge jual beli adalah pakcik KS (Karipap Sedap.. aku tak tahu nama pakcik tu). Makcik KS sudah tak nampak, kadang-kadang aku nampak kelibat dia kat dapur. Rumah dia ground floor dan berhadapan dengan "open table" dia. Makcik KS ni aku rasa adalah seorang pensioner. Mungkin dulu die pernah kerje sebagai seorang kerani atau under admin. Kenapa aku kata begitu? Sebab, pernah beberapa kali aku terserempak dengan mat bangla membeli karipap kat situ. Mat bangla itu pastinya mat bangla yang baru sampai malaysia dan teringin nak makan kuih malaysia. Dia tak pandai langsung berbahasa melayu. Makcik KS memberi penerangan tentang harga karipap dan intinya dalam bahasa london. Aku dengarkan aje. Dan dari situ, aku confirm die adalah seorang pensioner. Dan automatically aku teringat kat satu kakak kat office aku yang dah pencen - K. Meow. hehehe... K. Khad or K. Cat. English orang lama-lama ni memang mengalahkan kebanyakan english bebudak zaman sekarang tau. Die punye pronunciation tu clear. Grammar tu jangan cakaplah.

Pakcik KS pulak, aku dah beberapa kali nampak die menyapu sampah kat area traffic light dan tepi-tepi jalan dan jugak berbasikal sambil membonceng alat-alatan seperti beberapa batang penyapu dan penyodok sampah. So, aku assume die jugak dah pencen dan sekarang bekerja part time menyapu sampah, mungkin jugak kerja ini sebagai satu riadah bagi dia. Pakcik KS ni atas observation aku, boleh dikategorikan sebagai orang yang agak "lurus alam".. kalau pepatah melayu "lurus bendul" tu macam tak sopan jek bunyinya. Berbanding dengan perwatakan Makcik KS yang nampak lebih cerdas dan tegas, tapi murah dengan senyuman.

Bukan ke manusia ni memang diCIPTA oleh Tuhan dengan pelbagai kepandaian dan kelebihan tersendiri.

Kalau semua manusia ni, masuk university dan belajar hingga ke menara gading - in the first place, kenapa pepatah melayu cakap sampai ke menara gading ek ?- siapa pulak yang nak melengkapi kitaran pekerjaan yang seperti Pakcik KS lakukan as a part-time job?

Dan "kau dicipta untukku" will consists of one element of stabilisation in each relationships. Barulah namanya kau tercipta untuk ku....

Pernah arwah mak aku berkata "Rul.. cubalah belajar jahit baju dengan Ngah (kakak aku yang sekarang ini adalah tailor di rumah sepenuh masa). Kan senang nanti, kau tak payah nak tempah-tempah baju."
Jawapan aku.. "Mak.. kalau semua orang belajar jahit baju dan pandai jahit baju, susahlah tailor macam Ngah tu nak carik makan."

Sememangnya, aku tak minat bab-bab jahit-menjahit baju ni, kerja tangan aku tak berapa nak kemas. Kalau jahit-jahit cushion ke.. langsir bodoh-bodoh ke.. benda-benda merepek cam pencil case ke.. boleh pas kat aku. Jahit baju ? Sorry.. hehehe.

Thursday, April 23, 2009

dip it.. hey.. dip it, flower

Kesian pulak aku tengok blog aku ni. Bila aku jengah die.. rupanya, entry aku for April cuma ada satu jek. Unbelievable betul. Aku sebenarnya dirundum perasaan gelisah. Hehehe.. merepek-repek saje. Boleh gitu?

Sebenarnya aku dah mula tenggelam dalam dunia yang aku suka. Bila aku dah mula menyelam, agak sukar jugak aku nak timbul walaupun nak menghirup oksigen sedikit. Aku akan khayal dan khayal dan khayal...

Anyway, korang pernah dengar tak nama "bunga dip"? mungkin pernah tengok tapi tak tahu nama dia. Zaman sekarang ni, bunga dip biasanya dijadikan bunga hiasan or now they call it as bunga dulang dalam hantaran. Tapi hanya yang betul-betul berkemampuan je yang sanggup nak jadikan bunga dip as their bunga dulang. The price is quite expensive ranges from belasan ringgit hingga ke puluhan ringgit for the full bouquet. Semuanya depending on the design and maybe the material used. Ada jugak yang gunakan bunga dip ni as a hand bouquet - which most of the times, it will be rented from the butik andaman or any personal wedding decorer. And also, boleh jugak dijadikan hiasan kat rumah. Replacing the normal plastic artificial flower. Still, not so many yang mampu nak jadikan bunga dip as their interior decor flower.

Aku memang sangat suka dengan bunga dip ni. Siapa tak suka benda yang cantik kan?. Kat Malaysia ni, dah ramai orang yang pandai buat bunga dip ni. Bunga dip ni dah lama pun wujudnya, since 70s. The origin is the Sakura country. Yang pro-pro tu ada yang bukak class for learning how to DIY bunga dip. The classes ranges from RM250.00 and above. Most of it is in KL. Aku memang meng"bookmark" or "add to my fav" all the bunga dip makers' sites.

Dah lama jugak aku simpan hasrat nak belajar buat benda ni. Actually, the method is basically almost identical to bunga stokin. Only the medium used for the petals is different. Just to share some photos from the "absolute master" of bunga dip kat Malaysia ni, Puan Krie (sorry..this is my personal point of view). She is sooooo master in it. From all over bunga dip sites I jumped into, I still found her works as a VERY classic with highly in class of course. Tiba-tiba aku semakin menjadi-jadi ter'inspired.

Seperti biasa, aku cuba cucuk jarum kat Uji untukbersama-sama merealisasikan impian aku. kekeke. So, macamane.. ada berani ?

Wednesday, April 1, 2009

Boys Over Flowers + Korean genetics

Boys Over Flowers. Those with ASTRO, now it’s airing at KBSW303, Monday and Tuesday – 9 to 10 pm and also Sunday noon.

As said before, salah satu routine aku bila di rumah, takde cerita yang menarik untuk di tonton, tangan aku pasti akan menekan punat 3-0-3 di remote ASTRO. Tapi, aku tak begitu committed. Kadang-kadang aku lupa, dan aku selalu ter”miss” the ending of the story.

Boys Over Flowers adalah adaptation from the very famous Japanese manga – Hana Yori Dango (which aku tak pernah baca). The drama is the Korean version. Taiwan did theirs few years back with Meteor Garden and Meteor Garden II. I did the Meteor Garden few times and Meteor Garden II - Volume I and IV. Now, I am addicted to Boys Over Flowers which I hope I will not miss it. Tapi, aku agak bengang cos hari Selasa, aku nak tengok “Cinta Untuk Ain” (hehehe.. what a drama queen la aku ni)… which I ended up watching both with the CUA in the big screen and BOF in the smaller screen. The audio however, is on CUA which will do for me for just reading the subtitle from BOF in the small screen. Memanglah kurang “kick”… tapi aku pun tak boleh terlepas tengok dua-dua itu. Kah Kah Kah. However, BOF ni a bit different from Meteor Garden, so, itu sebab aku mesti tengok.

Persoalannya di sini, as I watched the drama, my “observation theory” semakin kuat. It’s about the Korean genetic. They do have a pointed nose. Most of them.. almost of them. Atau adakah only the pointed noses were picked up to be on air? Nope.. I saw few here in the company, they all have pointed noses. And, their features also somewhat are unique. A bit of supermodel-like features. A very fine jaw-line, thin and tall. Tapi, the tall element does not blanketing the old generation. Their old generation is quite small. This thing goes the same with Japanese. And I’ve been thinking, what makes them tall ? Is tall actually passes through genetic alone? Aku dan Uji ada discuss pasal benda nie.. we bet that the “daily diet” might have the effect. Or, maybe they are munching or gulping a “highly confidential secret ingredient” in order to make them tall or at least their next generation tall. You know that Japanese and Korean are very highly competitive people. They strive for the best. The technology, so far, they can be proud of. Even Germans admit that they can’t really beat them now on the vessel-building industry. So, for being tall, they can excel in sports maybe ? I am soooo going to find out about Korean. Siape ek yang aku nak interview? The only Korean yang aku kenal hanyalah one guy from our Yard Optimisation team. Tapi, dah lama aku tak nampak dia. Is he still here?