21 March 2008 bersamaan 13 Rabiul Awwal 1429 – Friday
Aku ada appointment check-up @ Hospital Sultan Ismail, JB. Pergi check-up around 8.30 am. Terjumpe pulak si Mal Komal. Die buat check-up on batu hempedu. Doctor perempuan yang cute telah menyatakan jalan aku dah bukak 3cm. Die tanya aku takde rasa sakit-sakit ke ? Aku memang takde rasa apa-apa masa tu. ( Mungkin semalam bergiat aktif sebab laki aku demam. Tak pernah aku tengok die demam teruk macam tu sepanjang perkahwinan kami. Tak boleh bangun terus. So, risau jugaklah. Nasib baiklah semalam Maulud Nabi, jadinye aku cuti. Aku dok menjelum air sejuk kat kepala laki aku. Sempat jugak buatkan dia bubur. Dengan perut dah besar gile tu.. terus jek aku jadi sihat sebab tengok laki aku dah melepek. Nasib baik Ilhan tak banyak cerita hari tu.) So, aku dan laki aku decided to go to Hospital Sultanah Aminah since Mal kata kat HSA, husband boleh tunggu. Kat HSI , only bila dah nak deliver baru boleh masuk. Then, tanya kat doctor tu. She claimed that the ward in HSI is full, therefore memang kena pergi HSA . In which, aku memang nak gi sanalah kan. Pastu, since aku tak rasa sakit ape-ape lagi.. aku tanya Doctor tu, “ boleh tak saya masuk hospital petang sket..” Die kata boleh .. kalau rasa sakit kerap.. pergi hospital cepat-cepat. So, aku balik rumah.. kemas-kemas baju Ilhan dan laki aku untuk dibawa ke rumah Kangkar. Balik dari solat Jumaat, laki aku decided to go to the hospital a bit earlier, takut-takut jalam jam. So, kitorang pergi HSA dalam pukul 3.30 petang. Sampai HSA around 4.15 petang. Jalan dah start jam sikit kat Bandar.
Sampai HSA .. terus register, masuk bilik saringan. Heartbeat baby laju gile menurut kata nurse and doctor. Diorang pelik, tanya aku aku ada rasa sakit sangat ke… aku kata takde rasa sakit sikit pon..(bukan nak riak, tapi memang belom rasa sakit langsung). Check jalan dah dilated 4cm. Check punye check.. rupenye aku demam.. 39 dC. That’s why heartbeat aku and baby both laju. So, dikhuatiri baby akan demam panas masa dalam perut, aku terus kena masuk Dewan Bersalin. Before that, doctor dah pecahkan air mentuban. Laki aku call bapak aku suruh ambik Ilhan. Laki aku kata Ilhan macam tahu-tahu je yang aku dah nak bersalin. Die rilex je ikut bapak aku balik. Masa dalam kereta, aku dah pesan kat die yang aku nak masuk hospital nak keluarkan adik dari perut. Tu yang die ingat agaknye. Ilhan ni a bit macam orang tua sikit.. so, die mudah paham walaupon baru 2 tahun 3 bulan.
Aku masuk Dewan Bersalin dalam pukul 7.30 malam. Masa masuk tu tak sakit lagi. Nurse masukkan air due to aku punye fever plus heartbeat detector kat perut. . Kejap-kejap diorang datang check blood pressure and bagi aku minum nak suruh demam aku kebah. Aku pon pelik jugak, aku tak terasa demam pon.. tapi suhu badan agak tinggi. Berapa banyak paracetamol diorang kasik aku telan… demam tak kebah-kebah. Pastu selang sejam, check jalan. Pukul 8.30 malam lebih kurang.. diorang tambah lagi satu weird looking bottle kat belah kiri tangan. Aku bukannye tahu ape pun.. cume tengok jek. Start lebih kurang pukul 9.. aku baru terasa sakit sikit-sikit.. Start pukul 10 lebih kot.. aku dah mula rasa sangatttttttttttt sakit. Dan start dari detik itu.. sakit itu hanya pergi lebih kurang 10 seconds and come back again.. time ni rasa dah macam nak putus nyawa. Rupe-rupenya, the second bottle belah kiri tu solution untuk induce jalan. Ni semua sebabnye kerana heartbeat baby laju cos aku demam. Diorang tak nak take chance mungkin. Aku dah sakit tahap dinasour yg paling besar. Actually, hanya orang yg pernah gone through insyaAllah tahu. Aku hamper-hampir hilang pedoman.. (ye ke ? hehehe.) mulut dari awal yang membaca doa nabi Nuh.. dah mula mengetap dan hanya mampu baca “Allah”.. ada masa kata pujian itu Cuma terdetik di dalam hati je..(Baru aku tahu dugaan Allah Yang Maha Hebat..) Lepas tu ada satu nurse datang nak check jalan lagi.. waktu tu aku dah hamper tak ingat apa.. lantaklah.. jalan baru bukak 6cm.. Nurse tu kata nak bagi aku jab tahan sakit. Aku rasa macam ada harapan nak kurangkan sakit. Tunggu punye tunggu, tak sampai-sampai nurse tadi. Aku dah suruh laki aku pergi cari. Tapi semua nurse agak sibuk. Keliling kedengeran jeritan raungan, laungan “Allahuakbar” dan macam-macam bunyi dari pelbagai arah. Yang pastinye bunyi degupan jantung dari perut ibu sekejap kuat dan perlahan tu memang non-stop. Sampai sekarang kalau aku rase aku dengar benda tu, aku akan rasa phobia kot. Sebab waktu degupan berentak laju, itu bermaksud kesakitan yang teramat HEBAT. Last sekali, dapat juga aku jumpe nurse yang nak beri pain-killer jab. Masa dia jab tu aku langsung tak rasa apa. Lepas dah jab.. sikit sakit pon tak hilang. Therefore, advisable.. tak payahlah ambil jab tu lagi. Ni’ kan GH.. mana ade penahan sakit macam kat private.. ephidural’lah.. gas lah.. dan entah ape-ape lagi pain-killer. Aku berserah sebab aku teringin nak merasa kesakitan Mak aku masa die lahirkan aku dulu.
At last, pukul 1.30 pagi.. Dr. Shahril yang on-duty masuk bilik aku.. die mintak laki aku keluar sekejap. Die nak check jalan. Jalan dah bukak 7cm.. die kata kepala budak dah nampak.. die tanya aku terasa nak teran tak ? Aku angguk jek tanpa tahu apa consequence nye.. Tiba-tiba, die terus jerit.. “teran puan.. teran…” Aku agak terperanjat plus menggelabah gaks.. eh.. pehal pulak.. tadi kate baru dilate 7cm.. bukan ke orang kate bile dilate 10cm baru kena teran.. ni apa kes nie ? mungkinkah kerana aku mengangguk tadi terus jek die kire setuju.. agaknyelahkan.. tapi sebenarnye aku angguk tu sebab aku teringat kata-kata nurse yang calm down’kan aku masa aku ala-ala dah hilang pedoman tu (siap sampai dah hujung-hujung katil aku mengesot menahan sakit..) nurse tu kata lebih kurang macam ni .. “Dik.. jangan macam ni dik… nanti awak hilang tenaga masa nak teran.. memang sakit.. sakit beranak ni memang kita tak akan rasa dalam sepanjang hidup kita.. kecuali bila kita nak beranak..Nanti bila anak awak dah keluar.. sakit tu akan hilang serta-merta.. awak dah tak akan ingat lagi macamana rasa sakit tu lagi…” Dengan kata-kata nurse tu’lah aku yang agak-agak menjerit sedikit bila sakit.. terus diam sambil mengikut teknik yang dia ajar.. tarik nafas dalam-dalam dan lepas.. Aku tengok laki aku kat sebelah.. memang kirenye helpless lah.. kalau aku kat tempat die, mungkin aku jugak tak tahu nak buat ape. Aku rasa kalau die tolong gosok ke apa ke.. semuanye pun kire dah tak jalan dah. Berbalik pada «Teran puan.. Teran » .. sejurus selepas Dr. tu jerit teran, aku tengok tiga orang nurse dari luar terus masuk bilik aku.. Bilik No. 21.. dan mengelilingi aku.. dan aku pun nampak laki aku kelam-kelibut jugak masuk bilik aku balik. Masa tu, dalam hati aku berdetik « eh... macamna nak teran » Lepas tu, bile nurse tengok aku agak terkial-kial, diorang pun ajar aku teknik meneran. Aku memang dah tak cukup tenaga. Aku baru ingat yang aku tak makan dari tengahari tadi. Harapkan minum air masak yang nurse bagi. Laki aku belikan aku orange juice pon tak sempat minum.. Cuma sempat jamah air 100 Plus laki aku masa on the way ke hospital. Aku gagahkan diri meneran.. lepas tu nurse yg kat depan aku tu kata dah Nampak dahi baby, die suruh teran lagi. Aku diam seketika.. memang aku diam.. sebenarnye aku tengah mengumpul tenaga.. penat diorang jerit teran..teran..teran.. aku perasan laki aku dok usap-usap kepala aku sambil memegang tangan aku sambil cakap 1 2 3 push.. aku dah tak berapa pedulik dah time tu.. setelah aku rasa tenaga yang aku kumpul dah cukup, aku terus jek teran tanpa disuruh..dua kali teran, nurse cakap kepala baby dah keluar dan suruh aku teran lagi untuk keluarkan bahu.. aku tarik nafas dalam-dalam dan terannnnnnnnnn… akhirnye… keluarlah anak aku ke dunia.. AMAZING EXPERIENCE.. betul kata nurse tu, lepas keluar jek anak aku tu, diorang angkat dan suruh aku pegang sambil berkata “anak saya anak lelaki”.. sakit terus hilang serta merta..dan Maha Pemberi dan Berkuasa saja yang tahu perasaan yang tak tergambar selepas itu.. Aku tengok jam dinding atas kepala aku..dah pukul 2 pagi…
Proses pengeluaran uri dan stitching pun dijalankan selepas tu. Aku bernasib baik -Alhamdulillah- sebab aku dapat full bius.. so, tak sakit masa stitching dijalankan. Ada la sikit-sikit masa kena bahagian kulit luar tu.
Yang kelakanye.. laki aku tu, masa kepala dah keluar, Dr. Shahril tu suruh dia tengok.. dia dengan gelengan kepala dan tunjuk tangan sambil berkata.. "ehh.. takpelah docktor.. saya taknak tengok”.. laki aku tu memang pengecut sket.. dari awal dia dah kata tak nak tunggu aku masa bersalin, tapi akhirnye teman juga sampai anak kami keluar.. tak sangka jugak berani juga die temankan aku. Lepas tu masa baby dah siap keluar tu, die nak ambil gambar, tinggal nak snap jek.. sekali jek kena tegur dengan nurse.. kata tak boleh ambil gambar dalam Dewan Bersalin. Hahahahaha.. kalau aku jadik die.. aku terus je snap, at least sekali snap.. mesti nurse tak boleh nak kata apa juga.
Lepas tu, nurse bawa anak aku tu untuk dibersihkan. Lepas tu datang balik bilik aku dan suruh aku cium anak aku. Anak aku kena masuk ward because ada slight fever.
Officially, aku melahirkan anak lelaki, seberat 3.4 kg, sepanjang 51cm pada 1.49 am, 22 March 2008 bersamaan 14 Rabiul’Awwal 1429 di Dewan Bersalin – Bilik No. 21, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Thank you to Allah, my husband, abang, family, friends & Dr. Shahril & Team.
1 comment:
Alhamdulillah...
Post a Comment