Tuesday, December 1, 2009

abang's first day at school

Hari ni, anak aku yang pertama – abang, menghadiri hari pertama sekolah. Sejarah buat abang dan yang paling penting jugak, sejarah buat aku dan laki aku. Hari pertama kami menghantar anak ke sekolah. Tak sangka, anak aku dah mula sekolah. 1 Disember 2009, hari Selasa – pra-tadika di Tadika Pintar Bistari, Taman Mawar. Hari ni, pagi-pagi lagi aku kejutkan abang. Liat sungguh nak bangun, tapi bila dah bangun senang je nak gerakkan abang ke bilik air untuk mandi dan bersiap. Ambil masa agak lama sebab nak shampoo dan conditioner kan rambut abang. Hari ni jugak, adik takde mood sebab adik demam. Kesian adik, kalau tak mesti adik pun excited jugak tengok abang. Abang masuk Kelas 6. Hari ni juga abang kena belajar naik van sekolah waktu balik ke rumah K.Intan. Aku tak sempat nak tengok abang naik van sebab kena buat medical check-up di klinik. Laki aku jek yang pergi tunggu dan tengok. Nasib baik ada v-cam. Dapat jugak aku tengok video yang laki aku ambil. Abang rilex jek masuk kelas. Aku pulak yang rasa sebak.. (sorry, aku ni memang kememe sket..orang Jawa kata). Tengoklah betapa cerianya abang ke sekolah. Yay !! Berjaya anak aku yang pertama ni ke sekolah tanpa ada sebarang masalah. Ohh.. hari ni bekalkan abang pasta goreng dan apple jek. Tengok bekal yang dibawa balik, abang makan sikit jek, carrot jek yang habis. Air orange satu botol, habis.



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

No comments: