Friday, April 30, 2010

my iemran ku..

Ni actually kesinambungan daripada kisah aku melahirkan anak aku yang ke-tiga – Iemran Munsieff. Aku ditahan di wad semalam. Esoknya dah happy, pagi-pagi, dah siap mandi dan pakai baju lawa sket untuk balik. So, nak menunggukan jam 12 tengahari tu, aku lelepak atas katil. Iemran tidur dalam baby cot dengan nyenyak. Tetiba somebody kejutkan aku.. sorang doctor perempuan. Dia kata anak aku tak boleh balik, he is G6PD Deficiency. Aku panick. Why? Apa kebenda tu? Aku tengok Iemran.. Nampak sihat jek anak aku ni. Lepas tu, doctor tu explainkan tentang G6PD Deficiency kat aku. Aku giller blur time tu.. macam-macam rasa ada dalam hati. Aku tak pernah dengar perkataan tu dalam hidup aku selama ni. Teruk ke “penyakit” tu? Penyakit ke tu?

Then, doctor tu beritahu aku yang G6PD Deficiency tu bukan penyakit. G6PD Deficiency ni adalah something yang genetic. Maybe ada ahli keluarga aku or husband yang G6PD Deficiency. Or even, aku adalah pembawa G6PD Deficiency ni. Macam-macam doctor tu tanya aku on family history. Belah aku, boleh le aku jawab.. belah laki aku… nan ado. So, untuk monitoring on Iemran’s development, it is some sort of a policy, kena masuk NICU (neo-natal ICU) for at least 5 days. Dengan aku-aku sekali masuk sana. Lucky, ada tempat kosong.. so, aku dapatlah katil (sofa-bed) sebelah anak aku. Takde apa pon yang dibuat pada Iemran.. kan ke dah kate monitoring jek. Tapi sehari selepas duduk kat situ, doctor kata macam ada “jaundice”. Apa lagi, teruslah kena ambil darah.. memang ada.. but not that high. 10 jek readingnye. So, it is still under photo level. Petang, ambik lagi sekali, naik sket 11. So, doctor muda tu recommend letak lampu. Kesian giller aku tengok Iemran, mata dah bertutup dengan gauze, dan berlengging duduk bawah lampu. Cuma satu jek lampu pasang. Itu pon actually for pre-caution kata doctor since those bebudak yang G6PD Deficiency ni mudah dapat kuning.. kuning akan naik mendadak dan susah nak turun. So, untuk elakkan kuning naik tinggi, kena kerapkan penyusuan. Doctor tu berikan total berapa banyak susu yang kena minum dalam masa 3 jam based on days of life plus weight. How they calculate, aku tak tahu. Tapi kire cam logic akal gakslah.. budak baru lahir should drink at least 2 oz. in 3 hours or more if they want to. Aku memang paksa gile Iemran minum. INGAT!! Bebudak yang jaundice ni, memang suka tidooooo. So, kite kena make sure kejutkan die bagi die minum. Itu yang aku buat selama kat sana, aku memang asik tengok jam and well alert dengan feeding time anak aku. Aku paksa Iemran minum. Nak tinggalkan Iemran sesaat pon rasa cam tak nak…. Aku memang down gile masa kat sana. Tapi at the same time, kuatkan semangat to make sure kitorang tak stay kat NICU tu more than needed. Nasib baik kuning Iemran semakin turun dan lampu dah di offkan the next day.

Hari ke-lima di NICU, hari yang dinanti-nantikan.. doctor muda tu decided to take blood sample jugak lagi untuk tengok jaundice eventhough the record shows that reading Iemran semakin turun. Bila keluar results, jaundice naik balik .. sedihnye aku. Nasib baik 11.. still under photo level. Doctor tu explain kat aku that the target is below 14. Kalau lebih, still kena stay. Tapi, kena tunggu result from doctor pakar yang akan buat round tengahari nanti. At last, after Doctor Pakar tu buat round, dia cakap boleh balik tapi aku kena bawak Iemran datang balik esok untuk test darah, check reading jaundice. Aku redha. So, selang sehari aku pergi bawak Iemran ke HSI and Klinik untuk check darah. Lucky, the reading tak naik dan menurun. On the 14 days, Doctor kat HSI kate dah tak payah datang lagi… Yay!!

See… bebudak yang kurang G6PD ni, biasanya akan diambil lebih perhatian sebab diorang ni senannnnng sangat dapat jaundice/ kuning. G6PD Deficiency ni is one of the enzymes in red blood cells. The function is to hold the red blood cells. So, once kite kurang G6PD ni, our red blood cells mudah pecah bila terkena, termakan or terhidu benda larangan. Masa kat NICU tu, doctors and nurses banyak kali educate aku tentang G6PD Deficiency ni and how to take care a baby with this matter. Before balik, Iemran dibekalkan dengan satu kad yang ada tertulis senarai ubat-ubatan terlarang dan benda-benda serta makanan terlarang untuk iemran. Kebanyakannya adalah ubat-ubatan seperti ubat anti-malaria, antibiotic, ubat yang ada nama sulfur..segala macamlah, ubat sing seh, ubat tradisional, salisyc cream dan segala herba-herba yang tak diketahui apa didalamnya. Benda biasa yang di sekeliling kita adalah ubat nyamuk, spray spray ubat nyamuk dan sewaktu dengannya, ubat gegat dan unsur-unsur ubat gegat – naphthalene, nila (kalau check dlm site mat saleh.. segala bentuk chemical dye especially blue colored) dan PANTANG sekali makan KACANG PARANG.

Tuesday, April 27, 2010

New aku

Hehe.. Menyebabkan ramai orang x tegur aku naik office ni. Alasan.. Tak kenal. Boleh gitu?

Tuesday, April 20, 2010

dari na o mei ke adam luv maya... hehehe

Ni semua terjadik semasa aku cuti bersalin. Yeklah kan…nak buat apa kan? Aku dok mengadap tv jek.. habis semua drama dan advertisement aku hapal.. hehehe. Slot Akasia di TV3, aku sempat mentelaah Na O Mei sampai habis, even aku tak pernah tengok cerita tu dari awal… kire orait gakslah cite tu. Aku tak pernah tengok Adi Putra berlakon, itu aku rasa first time aku tengok die berlakon.. not bad.. I like. Ingat lagi, masa confinement Iqram, aku dok melayan cerita Bella.. Elly Mazlin jugak dengan Iqram Dinzly (Na O Mei pun ada Iqram Dinzly)… itu yang sebabnye anak aku Iqram jadik Iqram… dapat?

Oooo… lagi satu cerita yang sempat aku khatamkan selama aku bercuti 60 hari tuh.. Siong. Best jugak cerita nie… ada kelakonye sampai aku tergelak macam nak gile sengsorang. Aku rasa Siong ni kalau difilemkan mesti best.. Cuma kena carik make-up artist yang pro lah.. Ending Siong dalam satu episode jek.. aku rasa diorang ni habis budget kot towards the end of the drama. Ntah apa-apa bentuk ending tu, too fast. Story line ok.. Cuma tak kemas. Siong ni kalau bagi kat Catherine Hardwicke – Twilight, mesti meletops… hwa haha. Tapi awas!! Jangan bagi kat Ahmad Idham…hahaha.

Eh.. berbalik pada Na O Mei… kan ke lepas Na O Mei.. Adamaya. Aku sempat tengok Adamaya 4 episodes jek. Pastuh aku dah naik kerja.. biasalah, balik rumah memang tak sempat nak mengadap, sebab dah habis. Hawau. Tapi, semalam aku sempat tengok ½ jam yang akhir… huuuu… episode 8. Semalam, so cute lah the couple. Kalau isteri-isteri yang tengok cerita ni, mesti idamkan husband yang macam Adam tu. Romantic ahh…Aku siap sound kat laki aku suruh tengok Adam… laki aku boring jek. Nasib baik die layan jugak cerita ni, at least boleh le mengajar die jadik romantic. Apa-apa pon, Adam Luv Maya… I really Like. Tak pasal pasal aku sign up as ahli MyTV3 just nak tengok Adamaya for episodes yang dah terlepas. Boleh gitu?

And, aku dedicate OST Adamaya – Yang Terindah from Dakmie to all my beloved one. Ni, tak pernah-pernah aku masukkan lyric lagu, but special for this Adam & Maya;

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

 

Friday, April 16, 2010

The Third Journey

This time, aku nak share pengalaman bersalin anak aku yang ke-tiga. It is also meant for my own diary la.. hehehe (in any case aku terlupa, boleh buat rujukan). My due date is on 8th Feb (based on LMP) and 18th Feb (based on Specialist scan). On 8th Feb, tak kunjung tiba jugak tandanya. So, the doc at Klinik Kesihatan reminded me that by 14th Feb, if takde rasa nak bersalin lagi, please go to the hospital for check-up. Since aku takde masalah apa-apa, aku rilex jeklah menunggu hari.

Saturday, 13th Feb, Ilhan and Iqram ikut K. Intan and Abg Hadi pergi berjalan-jalan. So, aku tinggal sorang kat rumah. Petang tu aku dok pening tengok laman rumah aku yang bersampah bagai tu. Aku keluar petang tu menyapu laman, pungut semua sampah-sampah daun dan segalanya, cabut rumput yang tak berapa nak banyak kat tepi rumah, terbongkok-bongkok dengan perut aku yang dah memboyot a.k.a overdue tu. Jiran tetangga dok sibuk kekemas barang masuk dalam bonet kereta, nak balik kampong – kan ke cuti Raya Cina panjang gilos. Jiran sebelah rumah aku yang memang jarang aku temui tu sempat tegur aku .. dah berapa bulan? Aku jawab dengan sengih-sengih cakap dah overdue pon.. Muke die Nampak surprise cos time tu aku tengah mencangkung cabut rumput. Dapatlah 8 bag plastic sampah.. hambik kau.. punyelah lama aku tak sapu laman.

Sunday, 14th Feb, pagi tu, aku dan laki aku bawak Ilhan and Iqram breakfast kat Sasa before hantar diorang kat rumah K.Intan. Jalan gi bookstore kat tepi tu sekejap belikan bebudak tu buku sticker sorang satu. Pastu, hantar diorang gi rumah K.Intan. Aku pesan kat anak-anak aku, "kalau mommy tak balik, abang dan adik kena tido rumah mak tau.. mommy nak keluarkan baby." Anak-anak aku ngangguk-ngangguk. Cakap ngan K. Intan jugak yang nak tumpangkan bebudak kat rumah K. Intan in case aku tak balik hari ni or dengan erti kata, aku bersalin hari ni. Lepas tu, kitorang terus menuju ke Hospital Sultan Ismail. Sampai HSI, terus pergi mendaftar kat Bilik Saringan. Hospital bag tinggalkan jek kat kete sebabnya aku dengan confident nak mintak doctor releasekan aku kalau takde hal..hehehe. Satu doctor lelaki attend aku.. aku cakaplah dengan dia blab la bla. Dia kata ok.. kalau takde hal, boleh datang balik after raya cina since aku takde tanda-tanda nor sakit-sakit nak beranak. Tapi, apa-apa hal, dia kena check aku thoroughly dulu. On the procedure "check jalan".. doc tu tengok muka aku dengan mata yang besar dan muka agak surprise. Pastu die tanya aku.. "kak? Akak takde rasa sakit apa-apa ke? Takde rasa ada contraction?" aku pon pelik jugak soalan die tu ... "sakit? takde"... serious!!! Aku takdelah pulak ada rasa sakit contraction ke apa. "hari ni akak bersalin ni. jalan dah bukak 5cm.." Then, I was like.. "what????" Die suruh aku tukar baju pink provided.. and tunggu untuk dibawa ke labor room since labor room penuh. Giller ramai seh orang bersalin on that day. Aku yang bernasib baik, boleh aku bawak handbag ngan handphone segala kat Bilik Saringan tu (orang lain semua tak boleh bawak masuk, dan diorang pelik kenapa aku boleh bawak masuk).. call laki aku suruh ambik bag, sebab.. "aku confirm beranak hari ni"... hehehe. Ohh...handphone aku tu jugak dah jadik cam public phone kat Bilik Saringan cos bebudak yang tunggu untuk masuk Labor Room dok pinjam nak call husband diorang. Diorang dah sesakit..ada yang dah buka 4..ada yang dah bukak 6.. ada yang dah bukak 5.. so, tokleh nak berjalan keluar nak cakap apa-apa kat orang yang tunggu diorang kat luar tu. Aku dengan selamba, cakap dengan nurse kat depan, aku nak keluar kejap jumpa husband aku. Masa aku keluar tu, semua orang dok perati.. yeklah, aku dah pakai uniform pink kan.. pehal pulak boleh jalan ke sana ke mari macam takde benda yang berlaku..hehehe. Aku cakap ngan laki aku, kalau aku dah masuk labor room nanti, diorang akan panggil laki aku, so tunggu dulu.

Pukul 1.30, aku dah dimasukkan ke labor room dan air ketuban dipecahkan.. heartbeat detector aku dan baby pon dah mula dipakaikan. Once air ketuban tu pecah, aku baru rasa contraction sikit-sikit. Laki aku dipanggil masuk tu accompany me sepanjang proses kelahiran. Contraction makin kuat dan makin kerap, kali ni aku dapat rasa natural birth. Dalam pukul 3.00 camtu, ada sorang nurse masuk. Aku nampak kat tangn die satu botol.. oh no.. it's a pytocin. Aku dah sakit sangat ni.. perlukah pytocin itu? Bila die tengok muka aku .. aku Nampak die diam pastu letakkan botol tu. Die datang dekat dan pegang perut aku sambil tengok contraction reading.. it's time. Die tanya aku rasa nak teran tak? Aku angguk, then, dengan dibantu oleh one staff nurse and one doctor, lahirlah anak aku .. Iemran Munsieff ke dunia. Tepat jam 3.45 pm. Kali ni, aku teran cam nak giller tau tak.. siap nangis lagi after baby berjaya dikeluarkan.. tahu tak kenapa.. he is so big, 3.94 kg which contradicts with the doc's expectation of only 3.2 or 3.3. Anyhow, aku berjaya !!!!

Laki aku? Kali ni die nampak kepala baby dah nak keluar. Nurse mintak die duduk depan dan support aku, die takut..die tetap duduk kat sebelah aku sambil pegang tangan dan kepala aku.

Note: Nurse yang tolak aku masuk dalam Labor Room tu ada cakap kat aku.. "Kalau akaklah dik.. dah bukak 5cm, akak dah tergoleng-goleng dik. Awak boleh tak rasa apa-apa, syukurlah banyak-banyak!!" Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. AKU BERSYUKUR YA ALLAH atas nikmatMu. Aku pun dah pasang niat sebenarnya, aku nak berhijrah bila naik kerja. Alhamdulillah.. I did !