Ni semua terjadik semasa aku cuti bersalin. Yeklah kan…nak buat apa kan? Aku dok mengadap tv jek.. habis semua drama dan advertisement aku hapal.. hehehe. Slot Akasia di TV3, aku sempat mentelaah Na O Mei sampai habis, even aku tak pernah tengok cerita tu dari awal… kire orait gakslah cite tu. Aku tak pernah tengok Adi Putra berlakon, itu aku rasa first time aku tengok die berlakon.. not bad.. I like. Ingat lagi, masa confinement Iqram, aku dok melayan cerita Bella.. Elly Mazlin jugak dengan Iqram Dinzly (Na O Mei pun ada Iqram Dinzly)… itu yang sebabnye anak aku Iqram jadik Iqram… dapat?
Oooo… lagi satu cerita yang sempat aku khatamkan selama aku bercuti 60 hari tuh.. Siong. Best jugak cerita nie… ada kelakonye sampai aku tergelak macam nak gile sengsorang. Aku rasa Siong ni kalau difilemkan mesti best.. Cuma kena carik make-up artist yang pro lah.. Ending Siong dalam satu episode jek.. aku rasa diorang ni habis budget kot towards the end of the drama. Ntah apa-apa bentuk ending tu, too fast. Story line ok.. Cuma tak kemas. Siong ni kalau bagi kat Catherine Hardwicke – Twilight, mesti meletops… hwa haha. Tapi awas!! Jangan bagi kat Ahmad Idham…hahaha.
Eh.. berbalik pada Na O Mei… kan ke lepas Na O Mei.. Adamaya. Aku sempat tengok Adamaya 4 episodes jek. Pastuh aku dah naik kerja.. biasalah, balik rumah memang tak sempat nak mengadap, sebab dah habis. Hawau. Tapi, semalam aku sempat tengok ½ jam yang akhir… huuuu… episode 8. Semalam, so cute lah the couple. Kalau isteri-isteri yang tengok cerita ni, mesti idamkan husband yang macam Adam tu. Romantic ahh…Aku siap sound kat laki aku suruh tengok Adam… laki aku boring jek. Nasib baik die layan jugak cerita ni, at least boleh le mengajar die jadik romantic. Apa-apa pon, Adam Luv Maya… I really Like. Tak pasal pasal aku sign up as ahli MyTV3 just nak tengok Adamaya for episodes yang dah terlepas. Boleh gitu?
And, aku dedicate OST Adamaya – Yang Terindah from Dakmie to all my beloved one. Ni, tak pernah-pernah aku masukkan lyric lagu, but special for this Adam & Maya;
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
1 comment:
wah wah.. bagus punya promote... hee.. saya tak penah tgk lg lah kak... nanpaknya terpaksa cari ni...
Post a Comment