Wednesday, December 17, 2008

ilhan & ben 10

anak aku ilhan, baru mencecah usia 3 tahun ahad lepas.. 14 Dec 2008 (rasa macam sekejap je masa berlalu). aku dan laki aku plan nak bawa ilhan jalan-jalan...unfortunately, as usual.. bulan 12 adalah raining season.. so, ahad lepas..hujan tak berhenti dari pagi. so, we decided to go to game arcade at jusco permas. laki aku melayan ilhan .. while aku menyorong adik kat area yang agak calm cos iqram tengah nyenyak tidur dalam pram. bila iqram bangun, baru le aku berjalan ke game arcade.. time tu, ilhan dan pegang satu kotak mainan. laki aku dah senyum-senyum. rupa-rupanya kat tangan dia adalah cartoon character pujaan hati dia sekarang nie..apa lagi kalau tak Ben 10. Tapi yang die pegang tu bukan si Ben.. tapi alien Ben.. Fourarm (itupun aku baru tahu nama die bile aku belek-belek kotak yang Ilhan pegang). Tapi, seperti biasa, aku yang akan bagi approval untuk beli atau tidak. Laki aku tu, kalau ikutkan, die ikutttt jek ape yang anak bujang die nak beli.. Belek punya belek.. sekali RM79.90 daaa.. Mahal tu !! Tinggi character tu cuma dalam 10 cm je.. pastu ada la 2-3 gadget lain yang comes in the package. Tertelan gaks air liur bila tengok harga tu. Aku suruh Ilhan tengok alien-alien Ben 10 yang lain. Paling murah RM29.90 (yang nie sama je size die dengan RM79.90 tu..cuma takde extra gadgets). Ilhan marah-marah tak nak yang lain sambil membebel-bebel cakap "Ben 10 suke jadik yang ni..Ben 10 suka jadik yang ni lah Mommy". Yang RM29.90 tu pulak...dalam banyak-banyak alien.. si Fourarm tu tak nampak bayang. Puas tonggang terbalikkan susunan kotak.. tak jumpe-jumpe. Fortunately, jumpe akhirnye si Fourarm..itu pun tinggal satu jek. Aku pon ape lagi.. ambik kotak Fourarm 79.90 kat tangan Ilhan dan bagi Fourarm 29.90 kat Ilhan sambil kata.. "abang..abang ambik yang nilah.. ni kotak die baru.. yang ni kotak die dah koyak sikit.. buruk!!".. Ilhan dengan happy... "OK"..

Laki aku pandang aku.. aku pandang laki aku...sambil dua-dua cakap.."selamat..." Malam tu.. Ilhan menangis melalak-lalak baling-baling si Fourarm.. aku dah nak tidur.. pastu die datang kat aku sambil cakap.. "Mommy.. abang tak nak Fourarm.." time nie aku dah nak naik angin dah.. aku tanya.."siapa yang pilih?" Ilhan jawab.. "Ilhan.." sambil nangis-nangis.. aku tanya lagi.. "habis tu kenapa abang tak nak pulak?".. Ilhan jawab.."Fourarm tu tak boleh jalan...."

3 comments:

eve2eves said...

hehehe.. klako la ilhan ni.. ada ada jekk..

~ujicham~ said...

makin hencem.

sparkystar said...

adoiiiyaiii...mcm2 hal si mancis nie.mcm mane lak ragam anak aku lak ek,tu yg kt tak tahu..huhu..
tunggu n lihat jek si HAIQAL (bkl name ank aku)hahahahaha.....