Wednesday, July 30, 2008
nostalgia..
pagi tadi, on the way ke opis aku.. aku nampak sebijik motor ditunggangi oleh 4 beranak.. seorang ibu dan bapa.. membawa dua orang anak.. seorang di depan letakkan kaki dalam bakul.. dan seorang lagi perempuan, duduk di antara bapa dan ibunya. Rasa hiba.. setiap kali sebenarnye bile aku tengok "situasi" tu.. pasti mengimbau kembali kenangan aku semasa aku kecik-kecik dulu.. infact, takdelah kecik.. sampai ke sekolah rendah .. aku dan adik aku naik motor dengan bapak dan mak aku .. aku duduk antara mak ngan bapak aku dan adik aku duduk kat depan sambil letak kaki kat dalam bakul motor. bayangkanlah dari jb ke pontian atau tiram.. rumah pakcik dan makcik aku. biasanye waktu raya. ni masa tahun 80-an. masih lagi ada "situasi" tu kat Malaysia sekarang nie.. 2008.. hampir 20 lebih tahun.. takpelah, setiap keperitan insyaAllah ada kesenangan.. takdir hanya boleh diubah oleh kita sendiri.. jangan hanya berserah pada takdir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment