pertama sekali, kerana aku dilahirkan di Johor, di mana UMNO ditubuhkan.
kedua, tetapi boleh jadi ini sebab pertama, mak bapak aku adalah orang-orang yang kuat menyokong UMNO. ingatan aku sekuat dari sekolah rendah, hingga ke hari ni, setiap kali pilihanraya, rumah aku pasti dihiasi dengan gelombang-gelombang biru. mak bapak aku antara jentera-jentera UMNO. walaupun kecil sumbangan mereka, tapi, pada aku, setiap peluh yang mereka curah untuk meraih undi di kampung kecil itu, amat bermakna bagi aku yang melihat. mereka melakukan tugasan tanpa balasan - pada pandangan aku, seikhlasnya. tapi sekarang ni, yang aku tahu, abang sulung aku, berpaling arah. dia antara orang kuat DSAI. tapi, sekarang ni, aku tak tahu dia pilih jalan yang mana. sebab musababnya, dia tidak tinggal di kampung di mana UMNO dijulang-julang. bersekolah rendah inggeris hingga kemudian berdiam di asrama dan terbang meninggalkan tanahair dan kembali ke tanahair dan terus menetap di kota metropolitan menjadikan dia "disloyal". kami yang lain-lain, masih mewarisi pegangan mak bapak kami. yang paling jelas, abang aku yang ke-enam dari adik beradik. dia adalah antara beribu jentera-jentera pemangkin UMNO (dia sungguh marah pada aku dan adik aku yang memutuskan diri untuk tidak pergi mengundi pada pilihanraya lepas dengan alasan tak sempat).
ketiga, Malaysia diterajui oleh Perdana Menteri yang hebat sejak aku dilahirkan. aku membesar dengan cita-cita beliau dan aku bersama-sama jutaan rakyat Malaysia merasai pembangunan dan kegahhan yang dicipta dari idea-idea beliau. sebab itu aku sehingga kini tetap di belakang.
aku tumpang gembira dan hampir menitiskan airmata bila melihat penutupan Perhimpunan Agung 2009 yang lepas menampilkan bibit-bibit permulaan yang baru untuk UMNO.
teori "brand loyalty" yang aku pelajari dulu memang merangkap "global" term, it does not limit to products or services only. anyhow, think wisely.
1 comment:
I'm trying to figure out the relation between the top and bottom pix. Are you trying to persuade us to vote for UMNO regardless of the candidates? Think wisely it is....
Post a Comment