Hari ni, pagi Jumaat - kirenye genap seminggu dari tarikh aku beli dan baca novel Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid. Akhirnye tamat - setelah tertangguh-tangguh dengan pelbagai rintangan untuk menghabiskan bacaan novel 574 mukasurat itu.
Komen aku:
Idea: brilliant.. (boleh difilemkan)
Jalan cerita: menarik.. agak pantas
What should be better :
Garapan watak utama, Watak Laksamana Sunan (LS) @ Saifudin & Haryani, tidak diperhalusi. Aku membayangkan watak yang dicipta itu membolehkan aku menjelmakan watak itu di hadapan bayangan mata dan fikiran aku. Tapi, penulis gagal menampilkan bayangan itu untuk aku. Aku dipaksa mencipta bayangan watak utama. Adakah penulis sengaja tidak menggarap watak-watak itu untuk kesesuaian setiap pembaca ? Mungkin penulis mencari jalan selamat untuk tidak memberi perincian untuk watak-watak utama supaya pembaca akan menggambarkan watak-watak itu sebagai apa yang pembaca inginkan.
Apa yang digambarkan untuk watak LS cuma seorang pahlawan Melayu yang berasal dari Tanah Melayu, menetap di Acheh selepas melarikan diri dari keluarga, berkulit cerah, berambut hingga ke pangkal bahu, bertubuh sasa, bermisai tipis dan berjanggut sejemput, muka yang bersih. Pada aku tak cukup perincian. Macamana rupa mata, hidung, bibir, jari jemari tangan, kaki, mungkin juga cara dia berjalan, suara dia (ada juga beberapa bait menyatakan tentang suara Saifudin - tapi tak cukup). Mungkin penulis sepatutnya lebih bijak menyelitkan fizikal LS contohnya...ketika dia menulis mushaf, mungkin boleh selitkan fizikal tangannya - example; - jari-jarinya begitu runcing, kelihatan ruas-ruasnya begitu panjang dihiasi roma yang halus dan rapi menyerlahkan kesenian yang dimiliki, - kuku-kukunya kelihatan begitu indah, sepadan dengan jari anugerah Tuhan, begitu bersih mungkin sering dibasahi dengan wudu’. Something like that'lah kan.. Garapan penulis hanya tertumpu pada sifat kesufian Saifudin.
Watak Haryani juga begitu, tiada perincian. Cuma lebih bersifat attitude - sering menerangkan yang Haryani tu seorang yang periang. Memang berkali-kali pernyataan menyatakan Haryani seorang yang cantik.. bak kata Laksamana Sunan.."Kamu bagaikan puteri.. Haryani". Tapi exactly, how beautiful is she.. no explanation in words. So, mengganggu sedikit pembacaan aku since aku tak dapat nak gambarkan cantiknya Haryani itu.
Aku tahu yang cerita ni akan ada sambungannya (since Uji dah brief aku pasal ni - therefore, need to buy the next series -Cinta Sang Ratu and next is Hijab Sang Pencinta) .. so the ending is not the ending (No comment on this part yet).
Comments on the "Pertarungan"
Bila baca pertarungan Beragas dan LS, tak interesting due to explanation penulis menyatakan si Beragas tu hebat. Sekali je, bertarung dengan Saifudin - sikit pun tak calar mamat ni, si Beragas tumbang begitu saja. How hebat is Laksamana Sunan 'lah kan? Bukan ke normally evil character ni biasanya nyawanya liat. Tapi aku rasa mungkin penulis sengaja gunakan Beragas untuk menampilkan the main evil character - Nyi Burga Kelara (bukan ke sepatutnye ejaan Nyi tu Nyai?) a.k.a Kiai Mulia. At first, aku hampa juga dengan pertarungan pertama LS dengan NBK, sebab senang na dipatahkan oleh LS sedangkan gambaran sihir hebat si NBK tu bukan main lagi. Sekali je, lawan sikit dah kalah.. kebenda. Nasib baik rupanya dia hidup lagi (si NBK ni dah macam Darth Vader dalam Star Wars..ingatkan dah mati, rupanya hidup lagi ). Aku rasa banyak-banyak pertarungan, kedua-dua pertarungan antara LS vs Hang Tuah, second pertarungan LS vs NBK dan LS vs Haryani (jelmaan NBK) are the best. Baru'lah ada thrill. Ada perincian.. aku suka. Barulah dapat menggambarkan pertarungan tu depan mata.
So, conclusion, peak of the story is at the end which will be continued then.
Rate aku on the novel over 5 stars.
Jalan Cerita - 4.5
Penulisan - 3.0
Soalan Cepu Emas:
Siapakah yang harus memegang watak Saifudin a.k.a Laksamana Sunan dan Haryani seandainya cerita ini difilemkan or didramakan ?
Percanggahan character yang aku personally tak suka dalam novel ni
Watak Haryani.. pada aku watak dia tak sesuailah dengan LS. She has been described as not so angelic through her character. Pergi clubbing'lah.. liat bangun tidur.. a bit tak sopan bila bercakap dengan orang tua (tengok cara dia cakap dengan Enc. Hasanal masa Enc. Hasanal hantar mushaf kat rumah dia), dah sedar dari koma, pastu a bit rude to Dani (dari cara dia bercakap dengan si Dani tu). In the opposite side, LS tu so angel. Bersifat kesufian. Tapi pelik pulak, senang sangatlah pulak orang yang ada sifat dan firasat sufi ni jatuh cinta. Rasanya dari pembacaan aku, tak pulak kata si Saifudin jatuh hati kerana sifat kewanitaannya ke ape ke.. cuma tertarik dengan kecantikan Haryani. Sebab, asyik-asyik cakap Haryani tu macam puteri. Mudah sungguh tewas dengan bisikan syaitan bab-bab perempuan ni... ye ke orang yang ada keimanan yang begitu tinggi ni akan mudah kalah dengan panahan mata wanita ? mungkin... sebab tu lelaki ada 9 akal with one nafsu kan ? So, pada pendapat anda, adakah sepadan Haryani dengan Saifudin? Aku rasalah, penulis ni lebih mementingkan kecantikan zahiriah dari lahiriah.
Note:
Aku menjumpai laki aku sedang khusyuk membaca sesuatu di atas katil selesai sahur pagi tadi. Di tangannya memegang.. "Bagaikan Puteri". (Dia telah mentertawakan aku bila aku balik Jumaat lepas dengan memegang sebuah novel sambil mencebikkan bibir ala-ala memberi isyarat "entah ape-ape jelah bini aku ni")
4 comments:
Cadangan pertama akak.. saya setuju. Barulah pembaca ada 'feel' bila watak-watak utama digambarkan dengan detail. Tapi memang kebanyakkan novel Ramlee, gitulah stylenya. Aspek fizikal hero & heroin cuma kabur-kabur je. Ramlee memang hanya memberatkan perangai atau watak seseorang sahaja. Kalau akak baca novel 'ADAM' lagi tension. Dahlah hero orang tua, pastu tak digambarkan sangat rupa bentuknya, silap-silap terbayang Pak Lah je. Tak sessuuuwaai..
Pada saya, kalau kita pernah main 'PC Game' lawan-lawan.. cerita LS ni pun lebih kurang sama. Dimana, LS kena berlawan dari orang jahat paling tak ampuh sehiggalah yang paling ampuh. Dalam epik ini, Baragaslah yang paling tak ampuh. Dan 1 sebab lagi yang saya setuju, babak ni khas untuk menampilkan watak NBK kemudiannya.
Siapa yang boleh bawa watak LS?
Hmm.. kalau mengikut imaginasi saya, masih tiada lagi pelakon di Malaysia yang layak. Saya asik terbayang LS macam Eric Bana dalam Troy. Haha. Watak Haryani.. saya pun bole :) Tapi saya nak jadi Ratna.
Watak Haryani tu memang sengaja Ramlee buat macam tu. Haha. Cinta itu buta agaknya. Dah khatam bab 3, baru saya pun terlopong "OOO, gitu"...
no komen!!
ji.. sokong cakap uji.. i pon terpikir si Eric Bana.. hehehe..
sparkystar.. ekau nak komen apo ? baco pon tak..eish eish eish
erm... agaknyer sebab tu lah haryani tak disatukan dgn laksamana sunan... sebab pompuan baik untuk laki yang baik n pompuan yang tak baik untuk lelaki yang tak baik...
so kak hurul kene sambung baca ler novel # 2 & 3....
Post a Comment