Friday, October 10, 2008

Eidul Fitri 2008 - Part I



Raya tahun ni, adik beradik aku semua beraya di rumah bapak aku, kat JB'lah. Kire complete semua adik beradik aku tahun ni. Dapatlah kami bergambar satu family inclusive of bapak akulah of course. Tapi anak sedara aku yang sulung dari abang aku yang sulung tu, takdelah pulak. Die tak dapat cuti raye. Kesian Yana. Masakan tahun ni takde bezanya, semuanya sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Biasalah, masakan orang Johor plus Jawa. Ketupat, rendang (kakak aku suke sangat rendang daging campur paru), sambal goreng (all time favorite), ayam masak merah, lodeh & kuah kacang. Tahun ni tak buat serunding. Tahun ni kepala chef is kakak aku, K.Ai a.k.a Cikgu Bedah bersama assistants K.Ija & K.Ogy - kakak aku, K.Ida - kakak ipar aku & Bibik Yo - bibik Cikgu Bedah. Askar-askar (anak-anak sedaralah) yang lain jugak memberi perkhidmatan yang sungguh baik. Aku ? Hehehehe... aku dan adik aku sibuk dengan anak masing-masing. Anak aku tu bukannya nak letak, asik nak dukung aje. Alasan-alasan.. eh.. betullah. Kakak aku yang biasanya menjadi ketua keluarga - Ngah a.k.a Sayang, surrender tahun ni. Tempahan jahitan die tak siap-siap hinggalah ke hari ni, dah 10 hari raya. Jadiknye die tu ala-ala mandor jek.. hehe. Rebus ketupat adalah kerje orang lelaki. Projek lemang aku dan laki aku terpaksa dikuburkan kerana siapa yang pandai nak masukkan beras pulut dalam lemang ? Aku jelah.. Oleh kerana anak aku takleh nak letak, so, tahun ni kire cancel. Tahun ni, cuma sempat beraya kat rumah Mak Tom (rumah baru - besar giller.. dah macam small resort), Mak Pok, Pak Ngah Pontian & Uda (baru pindah rumah baru).

1 comment:

~ujicham~ said...

wah wah.. ramainye member.. boleh bergegar rumah.