Wednesday, October 15, 2008

dugaan... (gaya-gaya cerita Pendekar Bujang Lapok)

dalam hidup kita ni, aku rasa macam-macam dugaan akan datang. sama ada ianya baik atau tidak. tapi ramai orang menganggap atau mengertikan sesuatu benda yang tidak baik berlaku pada diri seseorang adalah satu dugaan. tapi... bukankah nikmat yang Pencipta beri pada kita itu juga satu dugaan ?

Sesungguhnya, Pencipta kita itu Maha Kaya, Dia hanya akan memberi satu-satu dugaan kepada sesiapa sahaja yang Dia rasa boleh menerimanya. Dugaan seseorang kepada seseorang yang lain itu berbeza-beza. Ada juga yang tidak boleh menerima dan ada juga yang menerima dengan redha dan ada juga yang menerima tanpa bersyukur. Apa-apa pun, tanya diri kita sendiri.. adakah kita mampu menerima dugaan dari-Nya dengan redha ? adakah kita akan terus bersyukur dengan nikmat dugaan dari-Nya dengan bertawaddu'?

Aku pernah dengar ceramah dari satu ustaz kat dalam tv - Al-Kuliyyah.. ustaz tu kata, lagi hebat iman seseorang, lagi besar pangkat syaitan datang mengganggu..!! bukan prebet.. tapi pangkat sarjan, pangkat mejar.. yang datang.

In conclusion, aku masih redha dengan berblogging kat office ni with the photo attachment function disabled... *huwaaaa !!*

2 comments:

~ujicham~ said...

Kita serupa... kita serupa... (menyanyi-nyanyi dengan merdu)

hanis said...

sian....
dugaaaan