Thursday, November 13, 2008

aku dan dia..

perasan tak, akhir-akhir ni kerap jugak aku menulis dalam bahasa inggeris. bukan apa.. aku rasa, sampai sekarang ni.. aku punye english macam hampeh ! especially, in grammar. memang mesti ade je grammatical error. aku tak heran sangat kenapa aku tak terror bahasa kedua tu (aku budak kampung, bersekolah di kampung, membesar di kampung - arwah mak seorang surirumah dan bak seorang askar.. mereka tak punye pelajaran yang tinggi.. dan bahasa kedua itu bukan bahasa kedua di rumah). cuma aku agak bengang sebab bukan ke kite semua start belajar bahasa inggeris secara rasminya bermula dari darjah satu. tapi kenapa masih tak pandai-pandai cakap dengan betul. sebenarnye semua orang pun tahu jawapannye.. sebab tak practise ! dalam berkata-kata mahupun penulisan. kadang - kadang.. aku rasa macam bebal la pulak. penat revise grammar rules.. tapi sampai la ni masih lagi tak masuk kat otak. tapikan.. cuba renungkan di bawah ini;

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf - diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). - Sohih Bukhari dan muslim

itu ilmu al-Quran. english tu ilmu jugakkan.. therefore, mungkin Allah nak bagi aku pahala lagi lebih sebab aku lebih berusaha mempelajarinya ..!

2 comments:

akmalhizam said...

yes, that's true.
we've been learning english since our day one of school. every schooling day.
the problem is that we're not internalising english in ourselves. first step in getting better is to just go out and speak English with our family members. and friends. or to ourselves.

hurul said...

thanks akmal. will try to use it more frequently.