Wednesday, November 26, 2008

syurga baginya..

terlupe nak update pasal seseorang yang aku jumpe weekend lepas. normal weekend morning, aku ngan laki aku plus the children akan pergi breakfast kat luar. so, normal place yang kitorang pergi is at cahaya baru.. small warung, tak ramai orang, deretan kedai ke dalam sikit, owned by sepasang couple - makcik & pakcik (bukan warung tepi jalan yang ramai orang but maybe owned by outsiders tu.. ni yang dalam sikit .. kalau korang familiar lah kat area tu). warung makcik ni tak ramai orang. orang ramai pergi makan kat warung sebelah tu. maybe banyak choice. warung makcik ni simple jek.. the food is just ok. but then, kitorang takde hal since ilhan suka sangat berlari ke-sana dan ke sini.. so, warung makcik ni quite safe for him to run here and there..takdelah aku dan laki aku risau sangat.

pagi yang lepas, masa tengah nak order, ade this one guy (berpakaian agak lusuh dengan rambut pendek tapi tak berapa terurus) lalu dan pandang kat aku. aku senyum jek. from his appearance, memang confirm he is a bit "kurang". lepas tu, dia jalan ke arah kedai runcit selang dua kedai dari warung tu. ada satu wira putih parked kat depan kedai tu. aku tengok dia mundar-mandir kat tepi wira tu sambil geleng-geleng kepala. iqram tengah nyenyak tidur dalam carrier. so, aku dapat memerhati sekeliling dengan tenang. aku tengokkan saja gelagat mamat tu. tiba-tiba dia berjalan ke arah warung kembali sambil memandang aku. tiba-tiba, dia cakap "hemm.. tengok kete tu.. lampu tak tutup.. terbakar nanti".. sambil geleng-geleng kepala. aku pandang wira tu. ha'ah.. lampu tak off. aku senyum lagi kat die. pastu aku tengok die duduk kat satu table.. pastu kejap duduk, kejap bangun, seolah-olah gelisahnya macam akan berlaku sesuatu. pastu dia pandang-pandang wira tu. pastu mulut komat-kamit.. telahan aku, mulutnya berkata "habis.. terbakar.. habislah.. terbakar".. tak henti-henti dia geleng kepala. aku senyum je tengok die. pastu laki aku sampai kat table kitorang, die tengok aku, aku muncungkan mulut ke arah mamat tu sambil tersenyum. laki aku toleh tengok mamat tu. pastu laki aku senyum.. pastu dia terus tegur "Man... Dah makan ?" ..Mamat tu tengok laki aku dan senyum "Dah.. dah kenyang! Tengok tu.. meletop nanti".. dia tunjuk lagi kat arah wira tu. Laki aku senyum kat die. Laki aku tengok aku pastu kata "tu kan Man.. yang saya cerita kat awak tu..". Pastu aku baru teringat.. oo.. mamat tu. ya.. aku ingat.

Sedang kami makan, mamat tu kate nak pergi kedai sebelah. Rupanya owner wira tu kat kedai nun sebelah sana. Owner wira dan Man jalan ke arah wira. Owner wira tu nak off lampu kereta die kot. Aku namapk dia pegang kunci kereta sambil menekan lock-remote dari jauh. Pastu Man berlari ke arah wira tu, bukak pintu wira and off'kan lampu. Owner wira tu senyum jek. Pastu, Man berjalan ke arah table dia tadi.. dia duduk. Minum air Milo yang Pakcik kat warung buatkan. Pastu die tengok kitorang dan berkata "Fuh.. nasib baik.. kalau tak.. meletop.. terbakar..meletop nanti" sambil bernafas turun naik dengan kencang (ni dia buat-buatlah..) dan kekononnya sambil mengesat peluh kat dahi dengan tangan beberapa kali. Dari gaya dia, aku dapat membayangkan mungkin dia fikir dia baru saja selesai menyelamatkan keadaan yang begitu genting. Aku senyum je kat dia. Laki aku pun senyum.

Lepas Man habis minum air Milo, dia pun berjalan keluar warung. Seperti biasa, setiap kali laki aku jumpa Man.. atau sesiapa yang sewaktu dengannya.. dia akan menghulurkan note merah sekeping. Paling kurang.. note hijau. Man senyum sambil cakap "time kasih bang.. nak balik ni".

Menurut kata laki aku, diceritakan oleh member dia warga Felda Cahaya Baru, lebih kurang 20 tahun lepas macam tu.. ada seorang warga FCB ni disahkan meninggal dunia dan dah dikebumikan. 4 hari berturut-turut, seorang imam di FCB bermimpi bahawa orang tu masih hidup. Lepas buat laporan polis dan pelbagai.. diorang gali kembali kubur tu. Memang betul, orang tu masih hidup. Selepas peristiwa "mati hidup kembali" tu.. orang tu jadi "kurang".. Orang tu ialah Man.

Bukankah antara orang yang dijanjikan oleh Allah syurga baginya ialah orang yang kurang siuman ?

7 comments:

~ujicham~ said...

menarik cerita akak ni..

sparkystar said...

cantik + menarik + tertarik
ko memang debom
huhuhuhu

malkomal said...

amin.. moga-moga syurga la baginya yer..

Noraidalin Buang said...

eh, u ada bakat tulis storybook la..i like your writings..keep on posting!

akmalhizam said...

this posting kept me glued to the screen.
nice rendering of the interesting story.
tulis lagi iye.

hurul said...

thanks for reading..

Leyla Shuri said...

salam kenal hurul,

terima kasih buat linking.