Monday, December 22, 2008
thanks uji...!!
ilhan's 3rd birthday party
Friday, December 19, 2008
aku terjumpe ni..
Wednesday, December 17, 2008
ilhan & ben 10
Friday, December 12, 2008
laskar pelangi - andrea hirata
Wednesday, November 26, 2008
syurga baginya..
pagi yang lepas, masa tengah nak order, ade this one guy (berpakaian agak lusuh dengan rambut pendek tapi tak berapa terurus) lalu dan pandang kat aku. aku senyum jek. from his appearance, memang confirm he is a bit "kurang". lepas tu, dia jalan ke arah kedai runcit selang dua kedai dari warung tu. ada satu wira putih parked kat depan kedai tu. aku tengok dia mundar-mandir kat tepi wira tu sambil geleng-geleng kepala. iqram tengah nyenyak tidur dalam carrier. so, aku dapat memerhati sekeliling dengan tenang. aku tengokkan saja gelagat mamat tu. tiba-tiba dia berjalan ke arah warung kembali sambil memandang aku. tiba-tiba, dia cakap "hemm.. tengok kete tu.. lampu tak tutup.. terbakar nanti".. sambil geleng-geleng kepala. aku pandang wira tu. ha'ah.. lampu tak off. aku senyum lagi kat die. pastu aku tengok die duduk kat satu table.. pastu kejap duduk, kejap bangun, seolah-olah gelisahnya macam akan berlaku sesuatu. pastu dia pandang-pandang wira tu. pastu mulut komat-kamit.. telahan aku, mulutnya berkata "habis.. terbakar.. habislah.. terbakar".. tak henti-henti dia geleng kepala. aku senyum je tengok die. pastu laki aku sampai kat table kitorang, die tengok aku, aku muncungkan mulut ke arah mamat tu sambil tersenyum. laki aku toleh tengok mamat tu. pastu laki aku senyum.. pastu dia terus tegur "Man... Dah makan ?" ..Mamat tu tengok laki aku dan senyum "Dah.. dah kenyang! Tengok tu.. meletop nanti".. dia tunjuk lagi kat arah wira tu. Laki aku senyum kat die. Laki aku tengok aku pastu kata "tu kan Man.. yang saya cerita kat awak tu..". Pastu aku baru teringat.. oo.. mamat tu. ya.. aku ingat.
Sedang kami makan, mamat tu kate nak pergi kedai sebelah. Rupanya owner wira tu kat kedai nun sebelah sana. Owner wira dan Man jalan ke arah wira. Owner wira tu nak off lampu kereta die kot. Aku namapk dia pegang kunci kereta sambil menekan lock-remote dari jauh. Pastu Man berlari ke arah wira tu, bukak pintu wira and off'kan lampu. Owner wira tu senyum jek. Pastu, Man berjalan ke arah table dia tadi.. dia duduk. Minum air Milo yang Pakcik kat warung buatkan. Pastu die tengok kitorang dan berkata "Fuh.. nasib baik.. kalau tak.. meletop.. terbakar..meletop nanti" sambil bernafas turun naik dengan kencang (ni dia buat-buatlah..) dan kekononnya sambil mengesat peluh kat dahi dengan tangan beberapa kali. Dari gaya dia, aku dapat membayangkan mungkin dia fikir dia baru saja selesai menyelamatkan keadaan yang begitu genting. Aku senyum je kat dia. Laki aku pun senyum.
Lepas Man habis minum air Milo, dia pun berjalan keluar warung. Seperti biasa, setiap kali laki aku jumpa Man.. atau sesiapa yang sewaktu dengannya.. dia akan menghulurkan note merah sekeping. Paling kurang.. note hijau. Man senyum sambil cakap "time kasih bang.. nak balik ni".
Menurut kata laki aku, diceritakan oleh member dia warga Felda Cahaya Baru, lebih kurang 20 tahun lepas macam tu.. ada seorang warga FCB ni disahkan meninggal dunia dan dah dikebumikan. 4 hari berturut-turut, seorang imam di FCB bermimpi bahawa orang tu masih hidup. Lepas buat laporan polis dan pelbagai.. diorang gali kembali kubur tu. Memang betul, orang tu masih hidup. Selepas peristiwa "mati hidup kembali" tu.. orang tu jadi "kurang".. Orang tu ialah Man.
Bukankah antara orang yang dijanjikan oleh Allah syurga baginya ialah orang yang kurang siuman ?
Monday, November 24, 2008
Talking About Bosses..
Sebenarnye, almost every morning, my section yang dah tinggal tiga orang je as in “three musketeers” or “three stooges” or “tiga dara pingitan – but, one is teruna” (ada apa dengan tiga ek?) will have one, two, three or maybe more topic(s).. this morning, some of the topics are about sure heboh concert last night (talked about razlan Kristal with his blonde hair, Awie, also about his look), then.. weird/unique name that we heard before during school days (uji told about one name “helicopter”-very funny, boy told about his own name “badak” hehehe.. and me about a friend of mine “kelana” and “setia jaya”.. we also agreed on “seri tambak” as weird.. those in M**E surely kenal…). Then, we talked about “Type of Bosses” .. so, finally, I decided to google-it.. and found this simple yet fruitful article.. ;
Managing All Types of Bosses (By Tamara Dowling, CPRW)
There are dozens of careers and each demands a special skill set. However, there is one skill that is universal to all career paths: managing your boss. Without this skill you're not likely to succeed.
We can place our bosses into six broad categories.
Everyone's Pal
This boss wants to be liked, and usually avoids conflict. She is likely to let problems or incorrect behavior drag on until she is forced to deal with it. It is difficult for her employees because often they do not get the feedback they need to improve and grow. If you are a high achiever, you'll find yourself picking up the pieces for those not meeting the standards. It is easier for the boss to give more work to the high achiever than it is to correct the under achiever.
Self Promoter
This is the boss who is out to make a name for her. This may include taking credit from his staff. However, she is ready to share the blame. Because she is always looking to grab the spotlight, this leaves her little time to develop her staff.
High Achiever
These dedicated bosses are generally the first to arrive at the office, and the last to leave. A boss like this is constantly looking for ways to optimize her department, and to improve her knowledge and skills. They are political people who understand the value of networking.
Because they look beyond themselves, they are open to your ideas and eager to give you new opportunities. They also share all types of feedback, so you know where you stand. The downside of high achievers is that they cast a large shadow. Often they are legendary in the department. However, they will challenge you and can bring out your best if you allow it.
Roadblocks
The roadblock does as little work as possible. They tend to hire mediocre employees and don't push employees too hard. They love to preserve the status quo. These bosses tolerate mistakes, re-work, and inefficiencies. Ambitious employees or peers are threatening to this boss.
They are called roadblocks because they are seldom promoted, and seldom hire stars. They block the road for others to move ahead. They also hold the department back from meeting its highest potential.
B+ Manager
Most managers fall into this category. These are solid managers who do her best to run an efficient department. They are pretty good at giving feedback, and often offer opportunities to top team members. They are likely to do well in the company, as are those that they mentor.
In Over Her Head
Have you ever had a boss who seemed to know less about her job than you? Most of us can answer, "Yes." This type of manager is in over her head. For whatever reason they were promoted to a position which they do not have the ability or knowledge to handle.
Don't expect much guidance from this manager. And, she probably does not have much clout among her peers and senior management or partners. The good news is you have tremendous opportunity to take on some of her responsibilities, and possibly accompany her at high-level meetings. A manager like this will welcome your discreet support.
For more please visit this.
SO, IF SAY YOU ARE A BOSS IN THE FUTURE, WHICH TYPE OF BOSS ARE YOU PLAN TO BE ?
Friday, November 21, 2008
lagu-lagu indonesia
Aku rasa dalam 3 – 4 tahun kebelakangan ni, lagu-lagu dari Negara seberang sana mula menghujani Malaysia. Macam-macam pulak isu yang timbul dan bergolak di dalam industri hiburan di Malaysia ni. Ramai artis yang tak puas hati tentang itu dan ini. Aku sering jugak mengikuti perkembangan ni. Dan sampai satu tahap, aku rasa artis kat Malaysia dah tak boleh nak cari makan. Memang betul.. kalau on je radio (especially era – aku tak dengar dah era now ni) sure ade je lagu dari seberang yang berkumandang. Mungkin betul, lagu & lirik ciptaan mereka tu senang meresapi jiwa. Tapi, bukankah kalau kita asyik dengar lagu yang sama, walaupun hakikatnya lagu tu tak sedap mana pun.. kita dah jadi lali dan terikut-ikut dengan melodi dan rentaknya. Itulah yang terjadi pada lagu-lagu dari seberang tu. Tapi yang aku pelik.. orang malaysia ni..bila dengar je lagu dari seberang.. bukan main hafal lagi, bukan main suka, bukan main teruja.. tapi bila tengok mat-mat ke minah-minah indon kat sini …terus jek pandang serong kat diorang.. kengkonon cam takde kelass gitu. Pehal ???
Lagi satu, aku agak pening jugak bila tiap-tiap hari, cube kat sebelah aku ni asyik menyanyi lagu-lagu dari seberang tu. Penatlah weyyy… (ada masa aku nak ketenangan !!)
Korean Drama ... I Like !
Aku tengah layan cerita ni lagi sekali.. kali ke-berapa? entah ek.. dah kali ke 6 ke ke 7.. gile ke ? well.. not really. Sukati akulah kan nak layan berapa kali pon. Tapi, kat sini bukan nak cerita pasal cerita ni (cerita ni best ok...!!).. something yang ada pada cerita-cerita/ drama-drama korea yang mungkin tak ada pada cerita-cerita/ drama-drama kat malaysia at the moment. Ni untuk "pelayan" cerita korea.. korang perasan tak ? setiap cerita yang kite tengok.. (setakat ni aku cuma pernah tengok Jewel of the Palace, Winter Sonata (ni pun dah berapa kali layan), Full House, Princess Hour, Autumn in My Heart (tak habis tengok.. anyone ada CD?), The Success Story of a Bright Girl.. ape lagi ek ? itu jek kot..), mesti ada satu lagu akan melekat kat hati kite.. bila dengar jek lagu tu.. mesti terbayang-bayang cerita tu, location die, scene die, sometimes dialog die, pastu rasa feeling giller... pastu rasa cam rindu nyeeee... nak tengok cerita tu lagi. Adakah aku yang merasakan itu seorang ? Korang ada rase perasaan yang sama tak ?
Wednesday, November 19, 2008
Unreplied E-mail
|
Weekend @ Balau Bay Resort
Last weekend, we went for a quick getaway. Booked a room at Balau Bay Resort, Tg Balau. Since my laki opened his workshop every Saturday, he checked out earlier on that day and we went ahead to Tg. Balau around 3.30 pm. Arrived there around 4.30 pm. Checked-in and changed to swimming attire and headed to the swimming pool. Ilhan & Iqram enjoyed their swimming session (more towards berendam). We headed back to our room (around 20 steps from the swimming pool) and relaxing ourselves in the room. DD and Ilhan "berendam" once again in the bath-tub (jakun anak beranak ni!! Hehehe). Me & Iqram lepaking on the bed while Iqram sibuk me****u sampai tertidur. Then we went for a dinner at Bandar Penawar (this is the nearest area with a decent restaurant avail.) around 8.30 pm. Went back to the resort, a group of school teachers were enjoying themselves with barbeque picnic, lucky draw, karaoke and other activities. We thought that we wanted to stroll along the nearby jetty, but unlucky, no light available. It's very dark out there. So, decided to stay in the room while watching tv. Abang had a blast, jumping here and there. Next morning, had a breakfast provided (sengkek gile resort ni, nasi lemak biasa – telur pun dah habis when we arrived, fried mee-hoon (kosong-no sign of prawn or beef or anthing, sawi pun secekak je), bread with butter and kaya, teh-o, kopi-o (sugar is inside a big bowl, no creamer or milk provided), orange juice (not a juice from my view, we didn't take it) and fruit – watermelon (macam tak bersentuh pon.. can u imagine watermelon for breakfast?)). After breakfast, we went for a swimming again at the pool. Went to the beach, however the waves were quite big and harsh. So, didn't dare taking any chance. Headed back to the room and sleep again until 12.00 noon. Checked out. The resort is just ok. We booked a villa (which is not really one). Room is quite ok. But the lighting is not enough (maybe I don't like dark place). The surrounding area is peaceful and clean. However, the swimming pool is not well-maintained (broken and bloated tiles everywhere). It is quite dangerous for small children. No restaurant available. Overall, quite pricey (paid a RM255.00) compared with the facilities available. Only 2 stars from me. |
tag ?
this entry is a follow-up from Uji's post. However, I guess I am an anti-social therefore 6 nos. to tag after is quite difficult for me. Therefore, my tagging (kalau korang rajinlah..); 1. Eves from musimbosan.blogspot.com 2. K. Fad from miralisya.blogspot.com ape saje jelah budak-budak ni dengan "tag" meng"tag" ni. |
Thursday, November 13, 2008
aku dan dia..
Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf - diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih
Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). - Sohih Bukhari dan muslim
itu ilmu al-Quran. english tu ilmu jugakkan.. therefore, mungkin Allah nak bagi aku pahala lagi lebih sebab aku lebih berusaha mempelajarinya ..!
Tuesday, November 11, 2008
Maxis or not to Maxis ?
apa yang aku merapek ?
so, i called maxis centre - 123 from my mobile phone. spoke with the customer care consultant. his name is ST. with his soothing voice, asked me my phone number, verified my name and asked what is my problem. i told him that i experienced a network problem. asked me whether i used 3g setting or gsm. i said i am not sure. but i saw a 3G word on my phone screen sometimes. he advised me to change it to gsm as 3G network is not stable. he asked me what kind of phone i am using currently. i told him it is a nokia. so, he requested me to wait awhile for him to check on the nokia setting. not in a minute.. he came back and advised me on how to change the setting. suddenly, the phone line disconnected. (thanks to the 3G network). aku membebel sekejap. logged in to the net. typed www.maxis.com.my in the URl address and clicked maxis store. (i wanted to look for the fixed number of maxis call centre). suddenly, my phone rang and on the screen showed a "private number". i said "hello".. and this voice said "hello.. cik hurul, I am ST from maxis centre. sorry terputus tadi, ok.. let me tell u how to change the setting on your phone. u ada pen ?"... and there he went and tell me the whole process.
is he kewl or what ? he even went an extra miles to deliver the message to the customer. i like !!
so, with the new freedom for customers on the changing of network (which celcom is greatly airing their commercial - 012 is now celcom.. 016 is now celcom and so on ).... maxis or not to maxis ? that is all your choice !!
Friday, November 7, 2008
"baling anjing"
ever heard of " ni kalau buat "baling anjing" mati ni"..? that bahasa pasar of "baling anjing" referring to something that is very big - even if you throw it to the dog, surely the dog will die. well, i've got commented by someone using the statement to my newly bought handphone. to tell the truth, i am no fan of handphone. for me, as long as the phone can be used to call out, receives calls, sending sms, sending mms, and a camera (for extra more).... is more than enough. i don't bother about 3G, web browsing, mp3, radio, tv and any other extravaganza things. i like to see it in others, but to have one ? not in my insterest. i had to do this (changing a new phone) after my "very old samsung" got into the "sakit" stage. it has been quite awhile after all (maybe around 6 - 7 months ago). but i just send it for service and for sometimes.. it gets better and then sick again. the last "sakit" (which i can't stand no more) was when ilhan dipped it into his cup of plain water about a month ago. my laki sent it for service which cost him RM15.00. but until yesterday.. i just can't take it. i need a replacement. so, called my laki yesterday, told him that i want a new phone and just buy any. so, he bought me this Nokia 6120 (not a new model - but a brand new [my previous samsung is a second-hand one bought at one pajak gadai for only RM350.00 3 years ago]) for RM600.00. for me.. quite expensive. (i am a bit stingy to myself to tell you the truth). come back to "baling anjing".. well, i am not offended or anything. but i guess the statement received this morning - "ni boleh buat baling anjing" is quite inappropriate. well, not that i can't afford the better one. but i guess this phone is more than enough. it has more features than a standard i set for myself. sejarah handphone aku started from the day i owned a mobile phone (9 years ago); first phone: nokia 5110 (brand new - arwah mak dulukan duit beli handphone since aku baru start kerje.. plus working in maxis memerlukan aku menggunakan a mobile phone) second phone: nokia 3210 (brand new - nokia 5110 aku beri pada kakak aku yang tak ada phone) third phone: nokia 1110 (my laki bought this for himself, use it for few months and swap with my nokia 3210 - so second hand for me) fourth phone: panasonic g50 (same case as per nokia 1110, he swap the panasonic g50 with my nokia 1110) fifth phone: samsung sgh d140 (same case as per two cases, swap my samsung sgh d140 with my panasonic g50) sixth phone: nokia 6210 (brand new. no swapping with hubby. the samsung is sick) see...do i own any "extravaganza vega boom" phone ? NO ! apa-apa pun.. sukati akulah nak beli handphone apa pon. |
Wednesday, November 5, 2008
In for African-American to the White House !
"Democrate will control both the White House and Congress for the first time since 1994." "His name etched in history as America's first black president, Barack Obama turned from the jubilation of victory to the sober challenge of leading a nation worried about economic crisis, two unfinished wars and global uncertainty." - By TERENCE HUNT, Associated Press 4th November 2008. MARKING THE HISTORY OF UNITED STATES OF AMERICA... |
Tuesday, November 4, 2008
marah !!
Friday, October 31, 2008
Abdul Razak Baginda bebas
"Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari." Utusan Malaysia - 31/10/2008 11:43am
lempeng...
ever wonder of buying lempeng ? well, for me myself, never did.. but hey everyone, now i am buying it. this "discovery" was found by my just-get-married friend - uji during last ramadhan. she told me on one fine morning that she break the fast with a piece of lempeng bought at taman mawar bazaar ramadhan. she convinced me to try it myself. there i went with my laki to taman mawar bazaar ramadhan in searching for the "sedap lempeng". i saw a man wearing songkok standing behind the dapur busy pouring the lempeng batter onto the pan. the crooked signboard made of old plywood written "lempeng corner 60an" painted with a white paint. the concept is so simple, lempeng with only sambal tumis ikan bilis. yet, pakcik tu dah tak menang tangan. he was assisted by a lady. ramai gile orang beli his lempeng. well, i tell u.. really SEDAP ! sambal tumis POWER !
continuation from that, we did some chit-chatting on the lempeng and the pakcik's idea of selling lempeng. he is the premier i guess and shall be given a credit for that. maybe, later.. his idea will be "cedok" by others. thanks to uji for introducing it to me.
then later, (last week), my laki and i looked for something to eat for dinner. so, we stopped by the new food-court besides MASLEE Taman Cendana. Saw some gerai only open. Suddenly, my laki walked back to the car (which i am waiting inside) and told me that there's a man selling lempeng, would i want some (since i am so fond of the lempeng he thinks). i straighted-up my head like "tuntung" and saw the same pakcik with the same gerai as in Taman Mawar Bazaar Ramadhan. Quickly i said.. "nak..!!" with a big smile on my face. so, that night, we ate lempeng and sambal tumis for dinner. kenyang !! and the performance is still the same. cuma, the lempeng is slightly thinner than before. but still, the taste is the same.
so, this morning, i ordered 30 pieces of lempeng and brought it to the office, 5 pieces for my laki to bring it to the workshop and another 5 pieces for K. Intan.
anyone terliur ! please drop by below;
Food Court Taman Cendana (next to MASLEE)
Gerai "Lempeng Corner 60 an"
dibuka waktu petang hingga malam kot.. sorry, tak tanya pulak pukul berapa.
Lempeng Biasa - RM1.00
Lempeng Kelapa - RM1.50
and ada jugak lempeng telur, lempeng sardin dan lain-lain.
for those yang jauh.. heee.. telan air liur or buat jeklah sendiri.
Tuesday, October 28, 2008
weekend..
Friday, October 24, 2008
NO NO to JB Area on 20-12-08 !
By the way, anybody watched the announcement aired @ Astro @ what channel I could not remember ? Actually, I didn’t pay full attention to the announcement. I just sneaked it over the kitchen while washing the dishes. I decided not to watch it as I feel a bit uncomfortable (disgusted is a very harsh word after all). No, I am not jealous or anything.. I just could not bare the scene. I believe that this is the history of Malaysia. None of the artists have ever done such announcement in a very formal way. (Except Siti Nurhaliza.. but hers is santai and informal). And no, he is no prince, no royalty .. he is just a one lucky (indeed, very very the ..) guy on earth.
Whatever it is.. I wish Mawi & Ekin a very best. May Allah Bless both of you in every way hingga ke akhir hayat !
Tuesday, October 21, 2008
scary'nye..
Thursday, October 16, 2008
Wednesday, October 15, 2008
dugaan... (gaya-gaya cerita Pendekar Bujang Lapok)
Sesungguhnya, Pencipta kita itu Maha Kaya, Dia hanya akan memberi satu-satu dugaan kepada sesiapa sahaja yang Dia rasa boleh menerimanya. Dugaan seseorang kepada seseorang yang lain itu berbeza-beza. Ada juga yang tidak boleh menerima dan ada juga yang menerima dengan redha dan ada juga yang menerima tanpa bersyukur. Apa-apa pun, tanya diri kita sendiri.. adakah kita mampu menerima dugaan dari-Nya dengan redha ? adakah kita akan terus bersyukur dengan nikmat dugaan dari-Nya dengan bertawaddu'?
Aku pernah dengar ceramah dari satu ustaz kat dalam tv - Al-Kuliyyah.. ustaz tu kata, lagi hebat iman seseorang, lagi besar pangkat syaitan datang mengganggu..!! bukan prebet.. tapi pangkat sarjan, pangkat mejar.. yang datang.
In conclusion, aku masih redha dengan berblogging kat office ni with the photo attachment function disabled... *huwaaaa !!*
Friday, October 10, 2008
the most unwanted employee..
aku: hello.. kak YaKS (Yang Kurang Sopan), saya Hurul from C** Department. Boleh nak tanya sikit tak. Tadi ada satu company call tanyakan tanah owned by M**E bersebelahan M**E Flat. Kalau dia nak berurusan pasal tanah tu nak contact siapa ye?
Kak YaKS: company tu nak ape ? (suara dia ni memang selalu je meninggi.. ALWAYS)
aku: saya tak pastilah.. yang saya tahu company tu buat pencawang telefon, maybe dia nak sewa tanah nak buat pencawang kot.
Kak YaKS: eehh.. mana boleh. ni semua bawak penyakit. nanti ramai residents complaint. ni semuakan mendatangkan penyakit.
aku: emmm.. penyakit ? maksud akak ?
Kak YaKS: ehh.. awak ni tak tahu ke? penyakitlah.. pencawang ni kna ke boleh bawak penyakit kanserlah apalah.. (dengan suara meninggi dia)
aku: ooo..(dengan bunyi agak pelik). itu saya tak tahulah kak.. orang tu cuma mintak contact person je. saya pon tak tahu sebenarnye dia nak apa. saya agak je.
Kak YaKS: suruh die telepon akak !
aku: so, maksudnye admin'lah jaga bahagian ni ye ?
Kak YaKS: yelah.. suruh dia telepon akak !
aku: OK lah.. kalau macam tu saya suruh dia contact Enc. A (boss Kak YaKS).
Kak YaKS: suruh die contact akak jek...!
aku: (dah geram time nie, tapi masih control lagi suara).. yealah.. tapi company tu mestilah nak contact big boss kak. yang contact tu pon mestilah big boss company tu, takkan dia nak cakap dengan akak. Saya suruh die contact Enc. A lah kalau macam tu.
Kak YaKS: (dengan suara agak keberatan) haa.. yealah..
cube korang pikir.. pehal kakak tu huh ? gile kuasa apa? dia ingat tu tanah nenek moyang die ape yang dia suke-suke nak bagi decision boleh ke tak boleh. lagi satu.. die tu pangkat ape? Exec pon bukan. belagak bagai nak mampos! (aku tahu die tak baca blog aku punye.. die tu aku anggap buta IT je'lah). pada masa tu berbakul-bakul makian keluar dalam hati aku. aku punye soalan cuma mintak contact person je.. yang die dok membebel marah aku pastu bagi ceramah kesihatanlah pulak kat aku pehal ? company yang buat pencawang tu company aku ke ? Ban**ng tahap apa ntah. Orang macam ni pon masih lagi company aku nie nak simpan. Patut masa VSS haritu bagi je dia VSS. Tapi nanti dia dapat rezeki terpijaklah pulak kan.. so, takpelah. Yang kelakarnye.. die tu terror sangat bab-bab kesihatan ni, dia sedar tak dia tu kerje kat area mana plus duduk kat mana ? Kalau nak cakap pasal kesihatan, industrial area kat sini punye pollution dah tahap merah aku rasa. tu si TITAn kat sebelah sana tu, buat meletop, mampos satu Pasir Gudang ni ghuyub.. (ishh.. na'uzubillah).
Eidul Fitri 2008 - Part I
Monday, September 15, 2008
Bagaikan Puteri - Comment Aku
Komen aku:
Idea: brilliant.. (boleh difilemkan)
Jalan cerita: menarik.. agak pantas
What should be better :
Garapan watak utama, Watak Laksamana Sunan (LS) @ Saifudin & Haryani, tidak diperhalusi. Aku membayangkan watak yang dicipta itu membolehkan aku menjelmakan watak itu di hadapan bayangan mata dan fikiran aku. Tapi, penulis gagal menampilkan bayangan itu untuk aku. Aku dipaksa mencipta bayangan watak utama. Adakah penulis sengaja tidak menggarap watak-watak itu untuk kesesuaian setiap pembaca ? Mungkin penulis mencari jalan selamat untuk tidak memberi perincian untuk watak-watak utama supaya pembaca akan menggambarkan watak-watak itu sebagai apa yang pembaca inginkan.
Apa yang digambarkan untuk watak LS cuma seorang pahlawan Melayu yang berasal dari Tanah Melayu, menetap di Acheh selepas melarikan diri dari keluarga, berkulit cerah, berambut hingga ke pangkal bahu, bertubuh sasa, bermisai tipis dan berjanggut sejemput, muka yang bersih. Pada aku tak cukup perincian. Macamana rupa mata, hidung, bibir, jari jemari tangan, kaki, mungkin juga cara dia berjalan, suara dia (ada juga beberapa bait menyatakan tentang suara Saifudin - tapi tak cukup). Mungkin penulis sepatutnya lebih bijak menyelitkan fizikal LS contohnya...ketika dia menulis mushaf, mungkin boleh selitkan fizikal tangannya - example; - jari-jarinya begitu runcing, kelihatan ruas-ruasnya begitu panjang dihiasi roma yang halus dan rapi menyerlahkan kesenian yang dimiliki, - kuku-kukunya kelihatan begitu indah, sepadan dengan jari anugerah Tuhan, begitu bersih mungkin sering dibasahi dengan wudu’. Something like that'lah kan.. Garapan penulis hanya tertumpu pada sifat kesufian Saifudin.
Watak Haryani juga begitu, tiada perincian. Cuma lebih bersifat attitude - sering menerangkan yang Haryani tu seorang yang periang. Memang berkali-kali pernyataan menyatakan Haryani seorang yang cantik.. bak kata Laksamana Sunan.."Kamu bagaikan puteri.. Haryani". Tapi exactly, how beautiful is she.. no explanation in words. So, mengganggu sedikit pembacaan aku since aku tak dapat nak gambarkan cantiknya Haryani itu.
Aku tahu yang cerita ni akan ada sambungannya (since Uji dah brief aku pasal ni - therefore, need to buy the next series -Cinta Sang Ratu and next is Hijab Sang Pencinta) .. so the ending is not the ending (No comment on this part yet).
Comments on the "Pertarungan"
Bila baca pertarungan Beragas dan LS, tak interesting due to explanation penulis menyatakan si Beragas tu hebat. Sekali je, bertarung dengan Saifudin - sikit pun tak calar mamat ni, si Beragas tumbang begitu saja. How hebat is Laksamana Sunan 'lah kan? Bukan ke normally evil character ni biasanya nyawanya liat. Tapi aku rasa mungkin penulis sengaja gunakan Beragas untuk menampilkan the main evil character - Nyi Burga Kelara (bukan ke sepatutnye ejaan Nyi tu Nyai?) a.k.a Kiai Mulia. At first, aku hampa juga dengan pertarungan pertama LS dengan NBK, sebab senang na dipatahkan oleh LS sedangkan gambaran sihir hebat si NBK tu bukan main lagi. Sekali je, lawan sikit dah kalah.. kebenda. Nasib baik rupanya dia hidup lagi (si NBK ni dah macam Darth Vader dalam Star Wars..ingatkan dah mati, rupanya hidup lagi ). Aku rasa banyak-banyak pertarungan, kedua-dua pertarungan antara LS vs Hang Tuah, second pertarungan LS vs NBK dan LS vs Haryani (jelmaan NBK) are the best. Baru'lah ada thrill. Ada perincian.. aku suka. Barulah dapat menggambarkan pertarungan tu depan mata.
So, conclusion, peak of the story is at the end which will be continued then.
Rate aku on the novel over 5 stars.
Jalan Cerita - 4.5
Penulisan - 3.0
Soalan Cepu Emas:
Siapakah yang harus memegang watak Saifudin a.k.a Laksamana Sunan dan Haryani seandainya cerita ini difilemkan or didramakan ?
Percanggahan character yang aku personally tak suka dalam novel ni
Watak Haryani.. pada aku watak dia tak sesuailah dengan LS. She has been described as not so angelic through her character. Pergi clubbing'lah.. liat bangun tidur.. a bit tak sopan bila bercakap dengan orang tua (tengok cara dia cakap dengan Enc. Hasanal masa Enc. Hasanal hantar mushaf kat rumah dia), dah sedar dari koma, pastu a bit rude to Dani (dari cara dia bercakap dengan si Dani tu). In the opposite side, LS tu so angel. Bersifat kesufian. Tapi pelik pulak, senang sangatlah pulak orang yang ada sifat dan firasat sufi ni jatuh cinta. Rasanya dari pembacaan aku, tak pulak kata si Saifudin jatuh hati kerana sifat kewanitaannya ke ape ke.. cuma tertarik dengan kecantikan Haryani. Sebab, asyik-asyik cakap Haryani tu macam puteri. Mudah sungguh tewas dengan bisikan syaitan bab-bab perempuan ni... ye ke orang yang ada keimanan yang begitu tinggi ni akan mudah kalah dengan panahan mata wanita ? mungkin... sebab tu lelaki ada 9 akal with one nafsu kan ? So, pada pendapat anda, adakah sepadan Haryani dengan Saifudin? Aku rasalah, penulis ni lebih mementingkan kecantikan zahiriah dari lahiriah.
Note:
Aku menjumpai laki aku sedang khusyuk membaca sesuatu di atas katil selesai sahur pagi tadi. Di tangannya memegang.. "Bagaikan Puteri". (Dia telah mentertawakan aku bila aku balik Jumaat lepas dengan memegang sebuah novel sambil mencebikkan bibir ala-ala memberi isyarat "entah ape-ape jelah bini aku ni")
politics..
ramadhan.. 15
Friday, September 12, 2008
terpedaya..
kali ni aku terpedaya.. si uji telah berjaya meyakinkan aku MEMBELI novel di bawah. (tak pasal-pasal lunch tadi aku menyinggah bookstore kat complex..nasib baik ada). Uji juga telah membuat perjanjian seandainya ia tidak mencapai tahap yang seperti UJI JANJIKAN.. dia sanggup membeli novel itu daripada aku.. jadi sekarang aku nak membaca..adios!!
Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid
Thursday, September 11, 2008
pelik..
kenapa ek jadi macam tu. aku ni ada few peliks thing yang normal people can do that i can't. example, macam yang tadi aku cakap tu. so, kalau aku rasa nak tido masa lunch, better to do it in the surau..berbaring, or else don't sleep. one more, tak boleh tengok wayang. so, i am not a movie-goer of course. dalam hidup aku, boleh dikira cerita apa je yang aku pernah tengok. masa study dulu, ye-ye jelah aku pi tengok movie.. "speed 2". half-way, aku lari pergi toilet and vomited. tapi ada jugak yang aku boleh bertahan.. but every session will end-up with migraine. *tak suka* *sakit tau..! *
Monday, September 8, 2008
shopping ?!?!
Wednesday, September 3, 2008
Iqram oh Iqram
Friday, August 22, 2008
pet.. car.. 4
note: hey.. camera is not allowed at site ok.. oo well.. takde security nampak.. so, apa lagi..snap jeklah kan..
Wednesday, August 13, 2008
things change.. peoples change
Aku berdoa pada Mu Yang Maha Esa.. "Ihdinassirotalmustaqim.. Sirotallazinaanamta'alaihim.. Ghairilmaghdubi'alaihimwaladdhollin.. Amin"
Thursday, July 31, 2008
cupcake..
new gadget..
ni new gadget aku yang dah lama aku idamkan.. aku tak sempat nak beli. ingatkan nak kirim kat bro-in law aku kat s'pore which is cheaper by around RM 30.00.. but then, dah emergency .. so, just kirim kat member aku masa dia gi jusco.. sebelum ni aku pakai adik aku punye.. hahaha.. plus, kakak aku ada bagi jugak yang dia punye.. yang lama sket punye style.. anyway, all those old gadgets tu dah berkhidmat dengan aku for almost 2 months.. thanks !!
batam..
last weekend aku gi batam ngan laki aku.. sian ilhan & iqram kena tinggal.. saje je jalan-jalan nak tengok apa ada kat batam..
kitorang naik ferry from stulang laut.. pukul 8.30 pagi.. sampai Batam 1 and half hour after that.. tapi waktu batam adalah satu jam lewat dari malaysia.. therefore, untung skit aa.. kitorang sampai sana pukul 9 pagi waktu batam..sampai sana Pak Yogi dah tunggu.. dia bawa kitorang pergi makan nasi padang.. pastu terus start shopping.. pergi Jodoh (kawasan kedai kecik kecik jual telekung, tudung, baju batik, baju muslimah) pastu nagoya hill mall (laki aku beli jacket - armani) , bsc mall (banyak beli kat seni - baju ilhan & iqram), panbil mall (beli tudung, telekung).. aku cuma beli baju sepasang..sebenarnye aku cari baju kebaya yang macam kat bandung tu.. tapi takde jual.. ade satu butik jual kat mega mall.. but then tak tanye pun price dia.. rasanya mahal.. kitorang bertolak balik jb last ferry at 5.30 petang waktu batam.. sampai JB 8 malam..
oo.. kitorang parking kereta kat free trade zone.. bayar RM3.00 je..
Wednesday, July 30, 2008
nostalgia..
sindarela.. la..la..la..
eh.. sape yang buat drama ni huh ? (serious aku tak tahu sape walaupun aku mengikuti cerita ni every tuesday). Tak paham ke kehendak orang Malaysia.. cerita mesti happy ending.. Haidar mesti kawin ngan Zoela. Ape kebende buat cerita nak depress'kan orang.. tak kirelah apa orang nak kata cerita standard tamat dengan happy ending ke ape ke kan.. yang penting, jangan potong stim !! kalau aku tahu tak happy ending.. aku boikot cite tu..
* yang kelakanye.. laki aku yg bosan tengok s. amani tak nak tengok cerita nie dari awal.. aku pon tak berapa kenan sket ngan si amani ni.. tapi aku tak kirelah.. aku nak tengok jugak.. (yealah.. kang hari selasa malam aku tak bermakna selepas habis cerita Jelatang.) selepas beberapa episod.. laki aku tu dok melekat sama tengok cite ni..sama jugak hendaknye masa tengok cite jelatang dulu.. die kata cerita tu karut..(nilah orang malaysia.. kalau cerita mat saleh yang karut marut tu, tak pulak sibok kate cerita karut..) lepas sindarela, cerita apa plaks ek ?
Tuesday, July 22, 2008
takutnye..
Jumpe Dato' Dr. tu.. die suruh buat ultrasound.. (nasib baik.. aku dah ngeri kalau-kalau aku disuruh buat mammograms..menurut ramai orang.. sakit gile!!.. mampos plaks kang susu-susu memancut keluar.. rugi-rugi..) So, the next step jumpe Dato' Dr. tu balik.. LUCKY me.. it was blocked duct dan the milk gland dah dipenuhi dengan susu.. dah hampir 2 months baru aku sedar.
Dato' Dr. : Awak nak keluarkan ?
Aku : Emmm.. Mestilah Doctor..
Dato' Dr. : Sakit sikit je.. boleh kan ?
Aku : Boleh kot.. dah terpaksakan..
Hari ni, left b****t aku telah menerima satu jab (jarumnye sebesar jarum menderma darah).. successfully sucked out a 37ml of milk. Sambil tu Dato' Dr. asyik sebut, "kesian baby tak dapat susu ni". terus lekuk kat bahagian tu. Rasenye tak sakit sangatlah.. sama macam kena injection tu.
Nak buat camne.. parts of the duct, blocked. Macamana nak kasi tak block ek ?
Dato Dr. kate.. possibility to get it again is high.. so, three weeks from now, aku kena gi buat follow-up.
Sunday, July 20, 2008
Project C..
Friday, May 30, 2008
Amazing Experience
Aku ada appointment check-up @ Hospital Sultan Ismail, JB. Pergi check-up around 8.30 am. Terjumpe pulak si Mal Komal. Die buat check-up on batu hempedu. Doctor perempuan yang cute telah menyatakan jalan aku dah bukak 3cm. Die tanya aku takde rasa sakit-sakit ke ? Aku memang takde rasa apa-apa masa tu. ( Mungkin semalam bergiat aktif sebab laki aku demam. Tak pernah aku tengok die demam teruk macam tu sepanjang perkahwinan kami. Tak boleh bangun terus. So, risau jugaklah. Nasib baiklah semalam Maulud Nabi, jadinye aku cuti. Aku dok menjelum air sejuk kat kepala laki aku. Sempat jugak buatkan dia bubur. Dengan perut dah besar gile tu.. terus jek aku jadi sihat sebab tengok laki aku dah melepek. Nasib baik Ilhan tak banyak cerita hari tu.) So, aku dan laki aku decided to go to Hospital Sultanah Aminah since Mal kata kat HSA, husband boleh tunggu. Kat HSI , only bila dah nak deliver baru boleh masuk. Then, tanya kat doctor tu. She claimed that the ward in HSI is full, therefore memang kena pergi HSA . In which, aku memang nak gi sanalah kan. Pastu, since aku tak rasa sakit ape-ape lagi.. aku tanya Doctor tu, “ boleh tak saya masuk hospital petang sket..” Die kata boleh .. kalau rasa sakit kerap.. pergi hospital cepat-cepat. So, aku balik rumah.. kemas-kemas baju Ilhan dan laki aku untuk dibawa ke rumah Kangkar. Balik dari solat Jumaat, laki aku decided to go to the hospital a bit earlier, takut-takut jalam jam. So, kitorang pergi HSA dalam pukul 3.30 petang. Sampai HSA around 4.15 petang. Jalan dah start jam sikit kat Bandar.
Sampai HSA .. terus register, masuk bilik saringan. Heartbeat baby laju gile menurut kata nurse and doctor. Diorang pelik, tanya aku aku ada rasa sakit sangat ke… aku kata takde rasa sakit sikit pon..(bukan nak riak, tapi memang belom rasa sakit langsung). Check jalan dah dilated 4cm. Check punye check.. rupenye aku demam.. 39 dC. That’s why heartbeat aku and baby both laju. So, dikhuatiri baby akan demam panas masa dalam perut, aku terus kena masuk Dewan Bersalin. Before that, doctor dah pecahkan air mentuban. Laki aku call bapak aku suruh ambik Ilhan. Laki aku kata Ilhan macam tahu-tahu je yang aku dah nak bersalin. Die rilex je ikut bapak aku balik. Masa dalam kereta, aku dah pesan kat die yang aku nak masuk hospital nak keluarkan adik dari perut. Tu yang die ingat agaknye. Ilhan ni a bit macam orang tua sikit.. so, die mudah paham walaupon baru 2 tahun 3 bulan.
Aku masuk Dewan Bersalin dalam pukul 7.30 malam. Masa masuk tu tak sakit lagi. Nurse masukkan air due to aku punye fever plus heartbeat detector kat perut. . Kejap-kejap diorang datang check blood pressure and bagi aku minum nak suruh demam aku kebah. Aku pon pelik jugak, aku tak terasa demam pon.. tapi suhu badan agak tinggi. Berapa banyak paracetamol diorang kasik aku telan… demam tak kebah-kebah. Pastu selang sejam, check jalan. Pukul 8.30 malam lebih kurang.. diorang tambah lagi satu weird looking bottle kat belah kiri tangan. Aku bukannye tahu ape pun.. cume tengok jek. Start lebih kurang pukul 9.. aku baru terasa sakit sikit-sikit.. Start pukul 10 lebih kot.. aku dah mula rasa sangatttttttttttt sakit. Dan start dari detik itu.. sakit itu hanya pergi lebih kurang 10 seconds and come back again.. time ni rasa dah macam nak putus nyawa. Rupe-rupenya, the second bottle belah kiri tu solution untuk induce jalan. Ni semua sebabnye kerana heartbeat baby laju cos aku demam. Diorang tak nak take chance mungkin. Aku dah sakit tahap dinasour yg paling besar. Actually, hanya orang yg pernah gone through insyaAllah tahu. Aku hamper-hampir hilang pedoman.. (ye ke ? hehehe.) mulut dari awal yang membaca doa nabi Nuh.. dah mula mengetap dan hanya mampu baca “Allah”.. ada masa kata pujian itu Cuma terdetik di dalam hati je..(Baru aku tahu dugaan Allah Yang Maha Hebat..) Lepas tu ada satu nurse datang nak check jalan lagi.. waktu tu aku dah hamper tak ingat apa.. lantaklah.. jalan baru bukak 6cm.. Nurse tu kata nak bagi aku jab tahan sakit. Aku rasa macam ada harapan nak kurangkan sakit. Tunggu punye tunggu, tak sampai-sampai nurse tadi. Aku dah suruh laki aku pergi cari. Tapi semua nurse agak sibuk. Keliling kedengeran jeritan raungan, laungan “Allahuakbar” dan macam-macam bunyi dari pelbagai arah. Yang pastinye bunyi degupan jantung dari perut ibu sekejap kuat dan perlahan tu memang non-stop. Sampai sekarang kalau aku rase aku dengar benda tu, aku akan rasa phobia kot. Sebab waktu degupan berentak laju, itu bermaksud kesakitan yang teramat HEBAT. Last sekali, dapat juga aku jumpe nurse yang nak beri pain-killer jab. Masa dia jab tu aku langsung tak rasa apa. Lepas dah jab.. sikit sakit pon tak hilang. Therefore, advisable.. tak payahlah ambil jab tu lagi. Ni’ kan GH.. mana ade penahan sakit macam kat private.. ephidural’lah.. gas lah.. dan entah ape-ape lagi pain-killer. Aku berserah sebab aku teringin nak merasa kesakitan Mak aku masa die lahirkan aku dulu.
At last, pukul 1.30 pagi.. Dr. Shahril yang on-duty masuk bilik aku.. die mintak laki aku keluar sekejap. Die nak check jalan. Jalan dah bukak 7cm.. die kata kepala budak dah nampak.. die tanya aku terasa nak teran tak ? Aku angguk jek tanpa tahu apa consequence nye.. Tiba-tiba, die terus jerit.. “teran puan.. teran…” Aku agak terperanjat plus menggelabah gaks.. eh.. pehal pulak.. tadi kate baru dilate 7cm.. bukan ke orang kate bile dilate 10cm baru kena teran.. ni apa kes nie ? mungkinkah kerana aku mengangguk tadi terus jek die kire setuju.. agaknyelahkan.. tapi sebenarnye aku angguk tu sebab aku teringat kata-kata nurse yang calm down’kan aku masa aku ala-ala dah hilang pedoman tu (siap sampai dah hujung-hujung katil aku mengesot menahan sakit..) nurse tu kata lebih kurang macam ni .. “Dik.. jangan macam ni dik… nanti awak hilang tenaga masa nak teran.. memang sakit.. sakit beranak ni memang kita tak akan rasa dalam sepanjang hidup kita.. kecuali bila kita nak beranak..Nanti bila anak awak dah keluar.. sakit tu akan hilang serta-merta.. awak dah tak akan ingat lagi macamana rasa sakit tu lagi…” Dengan kata-kata nurse tu’lah aku yang agak-agak menjerit sedikit bila sakit.. terus diam sambil mengikut teknik yang dia ajar.. tarik nafas dalam-dalam dan lepas.. Aku tengok laki aku kat sebelah.. memang kirenye helpless lah.. kalau aku kat tempat die, mungkin aku jugak tak tahu nak buat ape. Aku rasa kalau die tolong gosok ke apa ke.. semuanye pun kire dah tak jalan dah. Berbalik pada «Teran puan.. Teran » .. sejurus selepas Dr. tu jerit teran, aku tengok tiga orang nurse dari luar terus masuk bilik aku.. Bilik No. 21.. dan mengelilingi aku.. dan aku pun nampak laki aku kelam-kelibut jugak masuk bilik aku balik. Masa tu, dalam hati aku berdetik « eh... macamna nak teran » Lepas tu, bile nurse tengok aku agak terkial-kial, diorang pun ajar aku teknik meneran. Aku memang dah tak cukup tenaga. Aku baru ingat yang aku tak makan dari tengahari tadi. Harapkan minum air masak yang nurse bagi. Laki aku belikan aku orange juice pon tak sempat minum.. Cuma sempat jamah air 100 Plus laki aku masa on the way ke hospital. Aku gagahkan diri meneran.. lepas tu nurse yg kat depan aku tu kata dah Nampak dahi baby, die suruh teran lagi. Aku diam seketika.. memang aku diam.. sebenarnye aku tengah mengumpul tenaga.. penat diorang jerit teran..teran..teran.. aku perasan laki aku dok usap-usap kepala aku sambil memegang tangan aku sambil cakap 1 2 3 push.. aku dah tak berapa pedulik dah time tu.. setelah aku rasa tenaga yang aku kumpul dah cukup, aku terus jek teran tanpa disuruh..dua kali teran, nurse cakap kepala baby dah keluar dan suruh aku teran lagi untuk keluarkan bahu.. aku tarik nafas dalam-dalam dan terannnnnnnnnn… akhirnye… keluarlah anak aku ke dunia.. AMAZING EXPERIENCE.. betul kata nurse tu, lepas keluar jek anak aku tu, diorang angkat dan suruh aku pegang sambil berkata “anak saya anak lelaki”.. sakit terus hilang serta merta..dan Maha Pemberi dan Berkuasa saja yang tahu perasaan yang tak tergambar selepas itu.. Aku tengok jam dinding atas kepala aku..dah pukul 2 pagi…
Proses pengeluaran uri dan stitching pun dijalankan selepas tu. Aku bernasib baik -Alhamdulillah- sebab aku dapat full bius.. so, tak sakit masa stitching dijalankan. Ada la sikit-sikit masa kena bahagian kulit luar tu.
Yang kelakanye.. laki aku tu, masa kepala dah keluar, Dr. Shahril tu suruh dia tengok.. dia dengan gelengan kepala dan tunjuk tangan sambil berkata.. "ehh.. takpelah docktor.. saya taknak tengok”.. laki aku tu memang pengecut sket.. dari awal dia dah kata tak nak tunggu aku masa bersalin, tapi akhirnye teman juga sampai anak kami keluar.. tak sangka jugak berani juga die temankan aku. Lepas tu masa baby dah siap keluar tu, die nak ambil gambar, tinggal nak snap jek.. sekali jek kena tegur dengan nurse.. kata tak boleh ambil gambar dalam Dewan Bersalin. Hahahahaha.. kalau aku jadik die.. aku terus je snap, at least sekali snap.. mesti nurse tak boleh nak kata apa juga.
Lepas tu, nurse bawa anak aku tu untuk dibersihkan. Lepas tu datang balik bilik aku dan suruh aku cium anak aku. Anak aku kena masuk ward because ada slight fever.
Officially, aku melahirkan anak lelaki, seberat 3.4 kg, sepanjang 51cm pada 1.49 am, 22 March 2008 bersamaan 14 Rabiul’Awwal 1429 di Dewan Bersalin – Bilik No. 21, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Thank you to Allah, my husband, abang, family, friends & Dr. Shahril & Team.